Friday, 18 December 2015

Kebaikan Menggunakan Serum(anti-ageing)

Salam Alayk semua.. :)

Alkisahnya serum. Hari tu beli serum tak tahu sepenuhnya APA kegunaan Dan kebaikan serum ni.

Lepas tahu kebaikan,datang pulak perasaan sayang nak pakai. Haish ujian betul. Tup2 anak buah main serum Izah,habis separuh. Sobs. Sedih.
Lepas tu gigih berjimat sebab nak pakai time pantang. Tup2 prangggg pecah. Adik terjatuhkan. Bertambah2 sedih tu. Huu
Last2 suami cakap 6t dia ganti balik. Dengan redha cakap kat dia,"hurm xpela.,saya tak kisahpun. Dalam hati nangis. sebelum ni gigih kot jaga,tapi sampai masa nak pakai,terkubur macam tu je.

So..

Kali ni nak bercerita pasal serum.. Haa.. APA kepentingan serum ye? 

Tahu tak?serum boleh melembapkan kulit serta menambahkan nutrient kepada lapisan kulit paling dalam(deeper layer) dimana moisturizer tidak boleh menembusinya kerana moisturizer mempunyai molekul yang besar.

Serum mendeposit nutrient kedalam kulit sementara moisturizer membekalkan air  dan mengelakkan kulit daripada kering.

Cara pemakaian?
Dipakai selepas memakai toner Dan sebelum memakai moisturizer. Waktu paling baik pakai serum ni adalah pada waktu malam sebab waktu malam merupakan waktu kritikal bagi pembentukan sel kulit yang baru.

Serum yang Izah pakai Drop Of Youth keluaran The Body Shop. Suami ganti balik serum yang pecah hari tu. So dapat la qada' hajat nak pakai serum lepas bersalin. Syukur..hee

Serum ni  organik,paraben free and anti-aging. Terdiri daripada Babassu oil yang berfungsi untuk melembapkan kulit,criste marine plant stem cell untuk memperbaiki dan meremajakan kulit serta Beach bud seeds yang merupakan ekstrak dari pohon Beech bud dan terkenal sebagai "tree of the eternal youth" yang berkhasiat memperlambat penuaan dan mengelakkan kedutan.

Stem cell..Dalam bahasa mudah la kan,stem cell ni 'mother cells' la senang cite. Stem cell play a major part in skin rejuvenation process by replacing the damaged cells on the surface.stem cell tumbuhan fungsinya tak sama dengan  stem cells manusia..tapi ianya tinggi  dengan antioxidant Dan mempunyai kebolehan to protect our stem cells from UV rays and environmental insults.

The Body Shop sendiri menyatakan bahwa Nutriganics Drops of Youth mengandungi minimum 99% natural ingredients. Juga tidak mengandung paraben (pengawet) dan silikon (penghalus kimia).
Ni la produknya!



Pngalaman Izah sendiri pkai Drop Of Youth ni, kulit rasa halus je,lepas tu kulit muka jadi anjal .

Is this product anti-aging? Not entirely because it's been created for the first signs of ageing. Maknanya ianya untuk tanda awal penuaan. If you're 40 plus and expect  it to be totally age reversing by diminishing all the lines and wrinkles, tu tak jadi la. Sebab this product should be started in early 20s for the long term benefits. 

Masa lepas bersalin ni la waktu terbaik untuk jaga semuanya termasuk kulit. 
Harga bagi serum ni RM150 untuk 30ml. beli sebelum ni RM129 . Sekarang harga dah naik. tapi berbaloi sebab boleh tahan sampai setahun.

Setitik dah cukup untuk pakai kat muka.
 

P/S : Haih.jenuh nak siapkan entri ni. Kejap taip,kejap tepuk2 suhayl.kejap baru nak sambung taip,kejap suhayl muak. Latihan sebelum masuk belajar untuk siapkan assignment. Wi3


semoga memberi manfaat.. Assalamualaikum.. :)

Monday, 7 December 2015

Pantang untuk Cantik dan Sihat!

salam alayk semua!

Kali ni nak bercerita panjang pasal pantang..
tapi tak tahu nak mula dari mana..hee..

just nak share cara Izah pantang.mana tahu bakal-bakal ibu boleh ikut dan ambik manfaat mana yang baik..

sebelum tu nak bagitahu,anak Izah prolonged jaundice,so segala mak nenek herba,lada hitam,jamu dan sewaktu dengannya memang Izah tak ambil.. no ubat,no akar kayu.memang Izah sayang badan,tapi sayang lagi kat anak. sapa tak sayang anak wei?

tambah2 bila tengok baby sedang pulih dari jaundice ,lagi la rasa nak baby cepat2 sembuh jaundice tu..

so,ni je lah pantang yang boleh buat.

Hari 1-30
start hari pertama bersalin smpai hari ke 30, Izah makan hidangan paling special. rasanya perghhh best sangat!
nasi kosong dengan ikan bakar.. haa tu lah menu specialnya..tanpa kuah..wehee..nasi tu haruslah panas2.

tapi hari ke20,Izah dah try makan ayam sikit2..tu pun yang bakar..yang bergoreng langsung tak ambil.

sup sayur Izah tak ambil lagi..sebab 'elergic' benda2 hijau..time ni dalam keadaan nak adapt dengan rasa sayur ni..tapi ibu pantang,kena tengok jugak mana sayur yang boleh makan..kalau sawi tu boleh sebab tak sejuk. tapi cendawan,6-12bulan baru boleh makan..

tapi kenapa ye?
haa meh sini nak habaq mai. lepas bersalin,badan kita mengalami perubahan. ye la,menggeleber situ sini.
paling tak nak dengar ,weh perut aku buncit la..weh badan dah tak macam dulu la..itu weh ini weh.. so sekarang weh mai sini nak bagi penyelesaian..hee

nak kurangkan atau avoid terus benda ni,makan kena jaga. kenapa takde kuah?
sebab tak nak bagi perut buncit. Izah tak tahu la jugak kepastiannya,tapi ni petua dari orang dulu2.lepas bersalin,perut tu macam belon. tak boleh nak sumbat banyak-banyak. kalau sumbat lebih,macam belon la jadinya..senang mengembang.

makan dalam kuantiti yang sedikit,tapi kerap kali.tu formulanya.

TIAP KALI MAKAN HARUSLAH(ni bagi Izah lah) :
1)pakai bekung
2)setengah jam sebelum atau selepas makan baru boleh minum air.

sembelit macam mana?
kebanyakan perempuan lepas bersalin,memang akan mengalami sembeli. tapi Alhamdulillah 2mggu pertama bersalin memang Izah tak sembelit.. rahsia ? makan kurma banyak2.. disamping memperbanyakkan air susu,kurma boleh melawaskan masa nak buang tu.

lepas 2minggu?sembelit babe..sebab dah malas makan kurma..ni.la hangat-hangat shit ayam..haha..tapi bidan pesan jangan biarkan sembelit berlarutan,takut jadi buasir.
so Izah makan ostematrik shaklee.. Alhamdulillah,dah boleh buang macam biasa.

Air:
bangun pagi tu,terus minum air putih dulu..memang botol air Izah letak kt kepala tidur..minum air kena cukup..tapi kena minum sikit-sikit..bukan sebotol sekali telan.
air suam tu dah jadi favourite Izah.. kalau nak minum air,mesti nak air suam panas..lepas tu best sebab badan berpeluh.

start hari 30-40
time ni Izah try sikit2 gulai,ayam pedas dan makanan lain..just ambik rasa je..try2 makan..sebab ni anak sulung. kalau lepas makan xda masalah,anak tak meragam,perut tak sakit,anak seterusnya boleh la makan..tapi sikit je la..time ni dah makan sup..cuma ambik sikit je la kuah sup untuk makan dengan nasi.

sekarang dah 58hari pantang,tapi still jaga makan..makanan yang sejuk macam timun,laksa memang Izah tak ambil..laksa tu setahun baru boleh makan.
sebab apa? sebab urat tak sepenuhnya elok lagi. peranakan pun tak sepenuhnya kecut elok. nanti tak nak la nampak tua sebelum usia.tak nak la kejap2 demam sakit urat.
kaitan? kalau perasan,orang lepas bersalin mukanya bengkak dan sembab lagi.kan? sebab peranakan masih bengkak. sebab tu orang tua2 tak bagi makan makanan sejuk. nak jaga peranakan.

so,tu perlunya jaga makan,dan segala jenis 'ber' ,berbekung,berurut,bertungku,bertangas kenalah buat.
sebab nak jaga peranakan.
time berjalan,kena slow2 tak boleh laju. memang kita rasa sihat,tapi dalaman kita masih belum pulih sepenuhnya.
until now,izah masih bertungku.tapi tungku sendiri. dah pandai dah tungku sendiri.


stoking kena pakai,tak nak bagi masuk angin dalam badan. rambut kena ikat kemas2. ni untuk elakkan sakit kepala.

hari tu jumpa doktor,doktor pesan berpantang tu penting. memang pantang tu bagus. haa ni doktor pesan.
but again,untill now tak makan lagi apa2 ubat dan jamu. cuma ambil b-complex,vitamin c,ostematrik.

Penjagaan wajah :
1)Izah guna vitamin C buat masker kat muka. sometimes guna vitamin E sebagai masker wajah.
2)bangun pagi guna minyak yang ada kat muka buat urutan muka untuk melancarkan peredaran darah di muka.
3)sometimes guna cube ais.

Kempiskan perut :
1) siang hari Izah pakai bekung, malam barut perut dengan ragi+cuka. kalau nak guna limau nipis+kapur+ragi pun boleh..ni untuk pecahkan lemak secara tradisional.
2)tungku pun boleh pecahkan lemak.
3)disamping tu bertungku boleh mengecutkan urat2 yang bengkak.
4)bertangas jangan lupa.

EeeHHHHhhh..yang tak bersalin pun blh guna tips barut perut tu untuk kempiskan perut!

ni bekung yang Izah pakai. best sebab badan rasa panas je dan ada FIR(far-infrared).


ni la tempat bertangas. guna kerusi marmar. bawah tu letak arang y dah dibakar.rasa panas la.so korang blh tidur atas tu.


sekarang 58 hari,tiap2 petang Izah akan bertungku, ..sekarang start nak minum air inai..untuk pemulihan dalaman disamping mecantikkan kulit dari dalam.

WAJIB TAHU.!
urat peranakan paling besar terletak kat ibu jari kaki..sebab tu time nak berjalan,kena jaga ibu kaki.. silap hari bulan kalau tersadung,boleh tumpah darah.
Izah sendiri,adik terpijak kaki,esok tu  berjalan rasa tak stable..macam nak tumbang je.

badan ni kita nak guna lama,bukan setahun dua.. so jagalah kalau tak nak bentan.. nak2 lagi bila berusia..bila tak jaga,badan senang dapat demam,sakit urat.

bila dah 70hari,baru nak ambik set berpantang shaklee.. road to pantang 100hari pulak.. one month to go..so,nikmati hari2 pantang dengan senyuman..meheheh

Muhammad Suhayl Danish..day 1st..


k bai.. and assalamualaikum. :D