Assalamualaikum.
Khamis lepas 5/7/2019 sambut birthday Dhuha. Lewat 8 hari dari tarikh lahir dia . Cepatnya masa berlalu. Dhuha dah 1 tahun. Suhayl pulak 4 tahun. Ummi dia ? Ummi masih muda remaja, 25 tahun. muahaha . Ummi pun nak jugak.😂
Aish, nak sambut birthday ni, kejap nak buat nasi kerabu, kejap nasi minyak dengan ayam masak merah. Last-last Mademousel decide nak Mee kari.
Menu Birthday Dhuha : Mee Kari, Nasi kerabu, Serawa Durian, Rendang dan pulut Kuning.
Ceghita pasal menu, kakak Ipar Izah volunteer buatkan nasi Kerabu. Izah just masak nasi dengan ayam goreng je untuk nasi kerabu.
Tup-tup bila kakak datang, dia bawakan Rendang dengan Pulut Kuning. Yang ni Abang ipar yang masak, abang bomba. Bukan setakat hero selamatkan orang taw? Tapi dia jaguh juga dalam masakkan. Untung kakak Izah .hehe
So, jom kita selongkar Resipi Mee Kari dulu.
Yang ni Izah buat untuk 30 orang makan.
Bahan-Bahan mee kari 30 pax :
- 1/2 ekor ayam dipotong kecil
- 4 Kotak santan kara(200 ml 1 kotak)
- 2 Bungkus kecil Fish Cake dihiris kasar
- 2 Bungkus kecil Fish ball potong 2
- 250 gram isi kerang
- 1 bungkus tauhu kering dipotong dua
- Air
- Gula
- Garam
- 4 gelas air
Bahan kisar :
- 10 ulas bawang merah
- 8 ulas bawang putih
- 1 1/2 labu bawang holland
- 2 sudu besar cili giling
- 1/2 inci halia
- 1 batang serai
Dikisar asing :
- segenggam ikan bilis dikisar asing
- 12 ekor udang dikisar asing(buang kulit dan kepala)
Bahan tumis :
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 2 batang serai diketuk
- 3 biji buah pelaga
- 12 helai daun kari
Bahan tumis 2 :
4 paket kecil rempah kari daging(bancuh dengan sedikit air)
Bahan mee dan Hiasan :
- 6 bungkus mee kuning (450 gram sebungkus) (celur dan tos)
- 1 bungkus fish cake-hiris nipis dan goreng
- 8 biji telur direbus dan belah dua
- Taugeh dicelur
- sawi dicelur
- Cili merah besar dihiris nipis
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumis bunga lawang, kulit kayu manis, serai, buah pelaga dan daun kari.
- Kemudian, masukkan bahan kisar(bawang merah, bawang putih, bawang holand, serai,halia dan cili giling) dan tumis sehingga naik bau
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dan tumis sehingga pecah minyak.
- masukkan 1 mug air dan biarkan sehingga mendidih.
- Masukkan ayam yang dipotong kecil dan biarkan sehingga masak/empuk.
- Masukkan 3 gelas air , fish ball yang dipotong dua, fish cake yang dihiris kasar, tauhu kering,udang dan ikan bilis yang dikisar, dan juga isi kerang. Biarkan sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan 4 kotak santan kara ,garam dan gula biarkan sehingga mendidih.
- Sesuaikan rasa, dan boleh dihidangkan.
![]() |
Ni isi udang kisar dan isi kerang. Ikan bilis lupa plak ambil gambar. |
![]() |
Ni rempah kari, jadikannya paste. |
Kepala dan kulit udang tu , korang rebus dan blend. Kemudian tapis, ambil air je. Masukkan dalam masakan.
Blend juga udang kering masukkan juga dalam masakan.
Izah tak buat dua ni sebab kitorang memang teramat alah dengan udang kering dan kepala udang.Tu yang ambil isi udang fresh je blend.😅
Bahan hiasan, korang boleh tambah daun sup dan bawang goreng juga.
![]() |
Ni rebus. Ada gunanya was-was ni. Izah rebus jee, was-was nak masukkan dalam masakkan. So ianya berakhir sebelum bertempur. 😂 |
Sukatan garam dan gula:
Masa buat mee kari ni, Izah guna 5 sudu kecil garam dan 6 sudu besar gula.
Tapi terpulang kepada rasa yang korang nak. Ni cuma guideline sahaja.
Meekari ni sebenarnya boleh makan sampai 35 orang. Kalau korang nak buat just untuk 5 orang makan, bahagikan bahan-bahan kat atas sesuai rasa korang, hihi
![]() |
YA Allah, sedapnya! Done masuk bakul angkat sendiri. Haha |
Selamat mencuba!
Salam
ReplyDelete