Assalamualaikum.
Tajuk macam nak buat karangan sekolah kan? Tapi Izah rasa good to share. Bila kita mendirikan rumahtangga, syaitan yang berteriak tangis.
Mana tidaknya satu pintu untuk goda anak Adam ke kancah perzinaan dah tertutup.
Perkahwinan ni, satu ibadah yang mulia.
Namun harus ingat, datangnya bersama-sama tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Tanggungjawab sebagai suami isteri dan tanggungjawab sebagai ibu bapa khasnya.
Mana tidaknya satu pintu untuk goda anak Adam ke kancah perzinaan dah tertutup.
Perkahwinan ni, satu ibadah yang mulia.
Namun harus ingat, datangnya bersama-sama tanggungjawab yang besar untuk dipikul. Tanggungjawab sebagai suami isteri dan tanggungjawab sebagai ibu bapa khasnya.
Amanah yang perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
Bila kita kahwin, kita bukan kahwin dengan pasangan sahaja, namun dengan seluruh ahli keluarga nya. Am I right?
Pergaduhan dalam perkahwinan
Kalau tanya Izah, pergaduhan dalam perkahwinan tu normal. Dua-dua dibesarkan dalam suasana berbeza, pemikiran juga berbeza. Kita rasa kita betul, pasangan kita rasa kita salah. Dah tu macam mana? Izah sendiri awal-awal kahwin banyak juga gaduh. Bukan tak gaduh. Tapi, kena cepat-cepat selesaikan.
1)Komunikasi kena jelas, perlu adanya komunikasi dua hala.
2) banyakkan peluk pasangan
3) Suami isteri jangan sampai merendahkan/menghina pasangan
4) Untuk 5 tahun pertama, banyakkan bersabar.
5) Rajin minta maaf dan rendahkan ego
Ni general statement yang Izah boleh simpulkan macam mana nak buat bila bergaduh.
masih ada rasa tak puas hati dengan pasangan dan asyik gaduh , penyebabnya adalah Dasim
Dasim ni syaitan yang akan selalu berusaha supaya rumahtangga tak bahagia, bergaduh sentiasa, dan benda utama yang dia nak adalah runtuhkan sesebuah rumahtangga.
Dihasut supaya isteri membenci suami dan sebaliknya.
Anak-anak pula asyik duk gaduh juga.
Anak-anak pula asyik duk gaduh juga.
Rasa cinta macam mula-mula kahwin lama-lama makin pudar. dari situ timbul rasa hambar dan tawar hati pada pasangan.
Adaa je benda tak kena dimata pasangan.
Berperang mulut suami isteri, nampak keburukan pasangan je, baiknya dah tak nampak. Lepas tu masing-masing tak nak kalah, dua-dua ego. Pernah tak alami situasi ni?
Ucapkan salam sebelum masuk rumah
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا بُنَيَّ
إِذَا دَخَلْتَ عَلَى أَهْلِكَ فَسَلِّمْ يَكُنْ بَرَكَةً عَلَيْكَ وَعَلَى
أَهْلِ بَيْتِكَ
Dari Anas bin Malik RA ia berkata; Rasulullah SAW berkata kepadaku:
“Wahai anakku, jika kamu masuk menemui keluargamu, ucapkanlah salam,
niscaya akan menjadi berkah bagimu dan bagi keluargamu.” (HR Tirmizi No:
2622) Status:Hasan Sahih.
Yang ni memang Izah sangat-sangat tekankan. Masing-masing bagi salam, atau orang yang mula-mula buka pintu rumah, bagi salam dulu.
Kita datang dari luar, kita tak tahu apa yang ikut belakang kita.
Dan kita tak nampak Dasim menunggu di pintu rumah untuk memulakan MISInya memecahbelahkan keluarga.
Jadikan rumah kita ni,sebagai tempat selamat dan bebas dari syaitan yang terkutuk.
Masuk pintu bilik, bagi salam juga. Moga ada keberkatan dalam rumah kita.
Makan sama-sama
Makan sama-sama kunci kemesraan juga. Sebelum makan, baca doa makan. Sekarang, suhayl yang jadi pengemudi, "ummi ayah baca doa makan dulu".
So, berdoalah sama-sama.
Baru tiada makhluk yang menumpang makan sekali.
Lazimi zikir dan doa
Sambil-sambil buat kerja rumah, boleh je zikir. Ada masa terluang je, berzikir.
Masa masak nasi, doa supaya makanan yang kita makan jadi makanan yang berkat, suami isteri saling berkasih sayang dan anak-anak mudah dididik.
Teringat je dekat suami,dekat anak, terus doa. Doa dalam hati pun tak apa.
Allah dengar setiap bisikan doa hamba Nya.
Nak tidur part paling penting.
Baca 3 qul dan ayat Qursi. Moga segala kejahatan yang timbul di malam hari dapat ditepis dan tiada syaitan yang mengulit tidur dan mimpi kita.
Allah berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Dan Rabb-mu berfirman: ‘Berdo’alah kepada-Ku, nescaya akan Aku
perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri
dari menyembah-Ku akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”
(al-Mu’min 40: ayat 60)
Kerapkan baca Quran
Rumah tanpa bacaan Al-Quran macam kubur lah. Sunyi sepi, ada penghuni tapi realitinya tiada. Macam Izah, lepas subuh baca Quran walaupun sedikit.
Lebih cantik, tambah pulak dengan Mathurat. Lepas asar pun sama. Baca Mathurat. Ni benteng dari segala kejahatan dan kacau bilau jiwa dan emosi.
Setiap kali lepas solat, baca sikit pun jadilah even sepotong ayat Qursi.
Sifat iri hati
Moga kita dijauhkan dari sifat iri hati dengan kebahagiaan orang lain.
Doa yang baik-baik. Allah akan bagi yang baik juga untuk kita. Kan?
Lama mana sangat kita hidup dan kita tak tahu bila kita bakal dijemput Ilahi.
Kalau Allah ambil kita dalam keadaan kita tak sempat minta maaf dengan orang yang kita tak puas hati macam mana? jangan pula sampai menyihir dan ada niat ke arah tu.
Bukan orang yang layak
Hanya share apa yang Izah amalkan. Sebab awal-awal kahwin Izah pun banyak gaduh.
Sampai sekarang still gaduh, tapi gaduh 5 minit jer.
Lama-lama tak syok. Bebankan fikiran je. Lebih baik berdamai? Untung-untung suami bawak keluar jalan-jalan. muehehe
Salam sayang semua, moga dijauhi dari musuh utama kita, dasim dan kuncu-kuncunya.💪
No comments:
Post a Comment