Friday, 25 March 2016

Eco dan romantik!- Philea Resort,Melaka.

Assalamualaikum and hai!

Jangan tanya mengapa lama menyepi..hee
Post2 lepas ni pun mungkin berkaitan percutian Dan tempat makan best. Misi sekarang? nak ternak lemak balik! Haha

Lepas bersalin 2bulan lebih, ada family gathering belah keluarga suami. Sebab plan last minit,banyak tempat dah penuh untuk book. So,ke Philea Resort lah kita.

Siapa-siapa yang rasa nak bercuti kat tempat yang more to nature,tenang,jauh dari kesibukan kota walaupun tak jauh sangat haha, haa Philea Resort ni highly recommended! Serious suka giler dengan keadaan kat resort ni!

Lobi utama-google
See? Dibina dari pine log yang disusun cantik Dan diimport khas dari luar negara. Perabot kat lobi seperti kerusi dan meja diperbuat daripada kayu kapal yang karam. Lupa pulak nak ambik gambar. Tapi serius kita tak kan sangka tu kayu kapal karam.
Sekeliling resort,ditanam dengan ribuan pokok. So udara sangattt freshh..tangga kat depan room pulak dibina dari kayu landasan kereta api.


N then moh kita ke bilik. Terdiri dari Pavilion room,Philea suite dan Royal Villa. Kalau datang nak honeymoon boleh la pilih philea suite , Dan kalau nak Villa yang ada private swimming pool boleh book Royal Villa. Royal villa limited, hanya ada dua unit je!beza Philea suite dengan Pavilion room? Pavilion room,satu unit ada 4 bilik. Dan Philea suite 1 unit khas untuk 1 tetamu.
Philea suite-google


Royal villa-google

Family besar kami ambik 2 unit Pavilion room. So ada 8 bilik. First time masuk waa Izah is jatuh hati ualls! Sebab room kat sini guna interlock system. Maknanya tak guna paku untuk bina room . namanya pine log,maka haruslah sejuk. Tak payah on
aircond,buka kipas pun dah rasa sejukkk...

Namanya resort 5 star,servis haruslah tiptop. So nak ke bilik, pihak resort sediakan buggy.. Kalau nak fefeling romantik gitu,jalan kaki pun boleh. And kalau ada plan nak bawak basikal round2 resort,tak da hal lah bro! Tapi kena berhati2 sebab jalan sedikit berbukit. Waktu untuk check in jam 3 petang dan check out jam 12tengah hari..
Kalau tersampai awal, boleh la jalan2 area zoo melaka.. 3km je dari Philea. And yang mana gigih nak shopping, boleh ke Freeport A'Famosa Outlet Dalam 31km dari Philea resort.


Bagi yang nak merasa spa,bolehlah try spa kt sini. Tapi bayaran untuk spa kira lain.
Siapa2 nak swimming ,swimming pool ada disediakan.. Layann habis suasana kat swimming pool.. Sebab ada air terjun.. Boleh la feeling macam duduk dalam hutan yang ada deruan air terjun.

Jom layan gambar,(gambar ni Izah ambik dari abang ipar )
Waktu malam depan Pavilion room
Kat tingkat atas






Bilik air

Suhayl's first time swimming. 


Waterfall buatan Dan swimming pool


Pavilion room..husband's family.. Cari mana Izah.? Yang gigih pegang baby sibuk nak ikut jalan2 walaupun tak habis pantang 100hari lagi..haha
Room's rate untuk Pavilion room, hari tu dapat 699 sebilik termasuk breakfast.. Satu Pavilion room ada empat bilik. Rate harga untuk cuti sekolah dengan hari biasa lain.  Biasanya kalau school holiday,harganya lebih mahal. Tun Dr Mahathir Dan Shah rukh Khan pun pernah sampai ke resort ni.



Alamat:
Lot 2940-1, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Toll, Melaka, Malaysia

Thursday, 3 March 2016

SuamiKu Milik Ibunya

Assalamualaikum and hye!

Apa khabar semuanya? Apa khabar iman? Apa khabar hati? In shaa Allah moga iman sentiasa meningkat Dan Dalam petunjukNya sentiasa. Amin.

Hari ni macam terpanggil buat satu entry "suami kita Milik siapa?" Entri ni khusus untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga dan yang sudah berumahtangga. Tergerak hati nak tulis sebab banyak tengok dalam drama lepas kawin,anak lelaki lupakan ibu bapanya. Melebihkan isteri.. Sejujurnya anak lelaki berat tanggungjawabnya . sebab tu lelaki diciptakan untuk menjadi pemimpin/leader. Awak,saya Dan semua yang bernama perempuan,kena tahu bahawa suami kita bukan milik kita sepenuhnya. Tapi milik ibunya. Apa? Yes! Sekali lagi,milik ibunya!

Ingatlah,penat lelah mertua membesarkan suami. Yang mengandung 9bulan,dididik,diasuh,disekolahkan. Dan kita tidak mengeluarkan wang walau sesen pun. Tiba saatny, sang ibu berkongsi kasih dengan menantu. Cemburu? Sudah tentu cemburu! Kita wanita asing,yang kini sentiasa disayang oleh anak lelakinya. Namun,direlakan dirinya berkongsi kasih ..

"aku milik SuamiKu,Dan SuamiKu milik ibunya"..
Akad dilafaz,jnji diucap..ikatan y pnuh barakah..duhai ibu,ank mu kini beralih ketaatan..tp xkn pernah ku lupa akn drimu..suami ku kini mjd ank mu jua..bersama kita meraih redhaNya..duhai mertua ku,ank mu kini mgalas tggjwb baru..nmun jgn khuatir,ketaatannya masih pd mu..diri mu harus di utamakan melebihi diri ku..terima kasih ya Allah..separuh imanku sudah lgkap smpurna.. cc : zauj tercinta @omriefarid
Ig : nurazizah_chehussin
(Quote masa kawin dulu)




Al-Imam An-Nasaa’iy rahimahullah meriwayatkan dalam Sunan-nya :
أَخْبَرَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلانَ، قَالَ: نا أَبُو أَحْمَدَ، قَالَ: نا مِسْعَرٌ، عَنْ أَبِي عُتْبَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ: ” زَوْجُهَا “، قُلْتُ: فَأَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الرَّجُلِ؟ قَالَ: ” أُمُّهُ “
Telah mengkhabarkan kepada kami Mahmuud bin Ghailaan, ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Ahmad, ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Mis’ar, dari Abu ‘Utbah, dari ‘Aaisyah -radhiyallaahu ‘anha-, ia berkata, aku bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, “Siapakah manusia yang paling berhak atas seorang istri?” Beliau bersabda, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak atas seorang laki-laki?” Beliau bersabda, “Ibunya.”
[Sunan Al-Kubraa no. 9099]

Mak and suami

Buat isteri Dan bakal isteri,sentiasa ingatkn suami akan ibunya. Usahlah cemburu dengan mertua mu jika suami melebihkan ibunya,kerana itu adalah yang sepatutnya.
Dan anak lelaki kita akan mencontohi apa yang dilakukan oleh ayahnya in shaa Allah..

Isteri hendaklah taat kepada suami,Dan suami hendaklah ihsan terhadap isteri.. :)
Maksud ihsan dalam konteks ni,suami bertolak ansur dengan isteri. Contoh la,isteri request nak duduk 2,3 hari rumah ibu kandungnya,no hal. Suami bg. Kiranya saling bertolak ansur. Suami sentiasa meraikan pendapat isteri . kalau suami tak tak setuju untuk benda2 tertentu,dia cakap elok-elok sampai isteri faham dan boleh terima.
Even dah kahwin,dah ada anak pun dah, Izah dgn ma still macam dulu.
Love u ma!




Dulu sebelum kahwin, suami tanya 1 benda je kat Izah "awak boleh terima mak saya?" Dan satu syarat yang suami letak sebelum kawin ialah, "awak kena terima mak saya,Dan awak kena tahu di hati saya lepas Allah Dan rasul ialah mak saya,lepas tu baru awak". Ok ni syarat sebelum kawin.

Dan bila dah kahwin,alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Mertua dah macam mak sendiri..masa pantang,mertua yang jaga dengan ma.. Ma and mak,I love u both!
Moga kalian dalam rahmatnya sentiasa serta dipanjangkan umur.!