Wednesday, 15 November 2017

Breastfeeding sehingga 2 Tahun,Apa Tips?

Sehingga entri ni ditulis,Izah berjaya susukan Suhayl sehingga 2 Tahun 1 Bulan.

Berat badan Izah only 41kg-42kg bukan bermakna tak mampu untuk susukan anak sehingga 2 tahun.LOL.

Tapi semuanya bergantung atas rezeki yang Allah nak bagi. Sesetengah orang ada rezeki untuk susukan anak direct. Sesetengah orang tak mampu nak susu kan anak atas faktor tiada susu dan faktor lain.
So,entri ni bukan entri berat sebelah,cuma nak share pengalaman macam mana Izah susukan anak sehingga 2tahun+.😇


Ni hari pertama lepas lahir


1)Niat
Before mengandung,Izah sentiasa diingatkan suami,
"if kita ada anak,sebolehnya saya nak awak susukan anak kita sehingga 2 tahun ".

So,izah tanamkn niat hingga laut dalam yang Izah nak susukan anak sampai 2 tahun.

Pentingnya niat sebab kita akan set minda kita apa yang kita nak,dan badan akan sedaya upaya realisasikan niat tersebut.


Ni masa umur 4 bulan


2)BILA TAHU MENGANDUNG
Sebelum mengandung Izah dah tanam niat hingga laut dalam nak susukan anak,bila dah tahu mengandung sampai ke lapisan inner core bumi niat tu tertanam.kah3.

3)Kurma
Bermula awal kehamilan Izah dan kurma berpisah tiada.
Pagi sebelum ke kelas Izah akan blend fresh milk+kurma.
Izah buat siap2 simpan dalam peti ais,balik kelas nanti minum balik.

Oh yaa,dalam bag kuliah wajib ada kurma dan kismis.
Kismis tu Izah curi-curi makan masa lecturer mengajar.haha
Kurma tak leh curi-curi makan sebab dia besar,so Izah akan makan masa waktu gap antara dua kelas.

Berkilo-kilo kurma Izah telan sepanjang pregnant.
6 bulan

+Amal makan pati delima-Izah makan yang gulsan tu.
Entah time mengandung,Izah tak suka masam.
Dan Izah paksa juga makan gulsan even rasa dia masam.-anything for you baby suhayl.haha

Khasiat kurma : Adanya nutrient tryptophan yang akan rangsang penghasilan hormon serotonin,dan serotonin akan bantu proses laktasi iaitu penghasilan susu badan.

Kolostrum(susu pertama)keluar seawal bulan ke 3 pregnant tapi tak banyak la keluar..sometimes je.hihi

7 bulan


Lepas bersalinnnn.....
Izah tahu izah ralat tak pesan awal2 dekat nurse nak breastfeeding baby.
Sebab dah letih time tu,Izah pun tak tahu time bila nurse bawa baby ke nursery.

Pertama kali menyusukan suhayl,air susu tak banyak ok.
Just 2-3 titik.

"More demand,more supply"
So Izah ambil langkah untuk susukan Suhayl 1jam,1x(boleh agak kan Izah tidur macam mana time tu?😁)

Dari permulaan 2,3titik je,makin lama susu makin banyak sehingga pernah juga stress sebab susu terlampau banyak sampai terpaksa salin baju setiap 2-3jam sekali.

Cepat2 ingatkan balik diri tu rezeki anak dan Allah dah bagi apa yang kita minta.

Kain sarung+pump
At last,Izah guna kain sarung untuk tampunG susu yang keluar dan juga Izah pump susu simpan stok dalam peti ais.
Dalam masa 10 minit pump, berjaya collect 8oz susu untuk sebelah Breast.
Start boleh merangkak, suhayl dah makin kurus.

0 month-6 month(exclusive breastfeeding)
Exclusive breastfeeding ni,hanya susu yang diberikan masa baby umur 0-6 bulan tanpa campur susu formula atau makanan lain.

Poyo je tajuk..haha..
walhal maSa suhayl 5 bulan Izah bagi dia makan puri brocolli.i'm sorry suhayl..😅 lepas ni tak buat dah.

Untuk pastikan bekalan susu cukup....
Izah sentiasa berdoa biar Izah mampu susukan anak sampai 2 tahun.
Izah ambil
1)ESP shaklee(protein untuk pembentukan Sel baru),
2)b-complex(mengandungi 8 vitamin B)
3)Ostematrik(untuk kalsium),
4)minyak ikan (Untuk otak ibu dan anak)
5)Alfafa
6)Vitamin C

Yang atas ni memang Izah ambil,untuk pastikan bekalan susu cukup dan nutrient penting Izah dapat.
So that,khasiat tu anak akan dapat sama.
Badan tak letih dan Izah lebih produktif buat tugasan belajar.

Sokongan
Act,sokongan daripada suami dan orang sekeliling penting.
Dann sentiasa cakap dekat diri yang kita mampu,minta tolong dengan Allah sentiasa.

Oh ya,Izah pun ada juga orang yang downkn Izag dari bagi susu badan.
Ayat yang Izah ingat sampai sekarang "kau tak kan mampu susukan anak kau sampai dua tahun"

Tapi semangat tu kena kuat,ignore lah mak cik bawang macam tu.
😁

6 month-1 year
Haa punya lah ummi pump stock susu,boleh pulak suhayl tak nak minum botol even tu adalah susu ummi.😑

Mama suhayl suapkan dengan sudu @ gelas baru dia minum. Tu pun sikit je minum.
Dia sanggup berlapar tunggu ummi balik kelas bagi susu.

1 year -2 year
Masa dekat rumah mama, Izah bekalkan fresh milk untuk suhayl.
Bila dekat rumah direct BF.

Fresh milk ni,lepas 3 hari kena buang susu tu.
Banyak la yg Izah buang. Membazir?Yes.
Sebab dia tak minum sangattt.
After 3hari,memang kena lupuskan susu tu bila dah dibuka.
time ni dah setahun lebih

Another alternatif
Izah beli susu ducth lady .
Dalam kotak yang kecil2 tu,so senang suhayl nak minum.
Susu ducth lady tu dia minum la jugak even sekotak kadang2 2hari baru habis.

Bila refer doktor,doktor cakap tiada masalah kalau anak minum susu ducth lady kotak.
Asalkan dia menyusu .

Sampai sekarang 2 tahun 1 bulan....
Yes sampai sekarang suhayl masih menyusu badan.
Susu kotak ducth lady+susu badan.

Konklusi :
Tanamkan niat dari awal,pastikan badan dapat zat yang mencukupi ,sokongan dari orang sekeliling perlu,jangan putus asa dan sentiasa berdoa.
cukuplah 2 tahun umur Abang Suhayl


Gud luck semua!

Friday, 27 October 2017

Package Birthday Terbaik by The_Bakul

Salam semua.

Entri ni special untuk siapa-siapa nak tahu pasal detail package yang Izah ambil masa sambut birthday Suami dan Suhayl hari tu.

PENTINGNYA SURVEY!
To be honest, Izah rasa ni package yang paling murah yang Izah jumpa.
Nak sambut birthday, haruslah yang berbaloi dengan harga kan?
 Ada satu package ni, untuk event malam for 2 pax include food, RM600 taw. Boleh buat kenduri doa selamat untuk beberapa puluh orang dah..huhu

So korang jadilah pengguna yang bijak. Survey dulu. Sebab banyak package yang offer jauh lebih berbaloi.
Sebab jenis Izah, Izah akan tengok detail satu-satu sebelum buat keputusan. Bukan sayang duit, tapi better ambil sesuatu yang berbaloi.
so duit yang lebih tu boleh guna untuk benda lain. Got it?

nurazizahchehussin.blogspot.com


 TEMPAT?
Boleh pilih nak buat dekat mana. Nak buat dekat rumah sendiri pun boleh.
suggestion yang ada :
Tasik Titiwangsa
Taman Layang-layang Kepong
Putrajaya
Shah Alam

Ahh ikutlah nak buat mana-mana , semua boleh, swimming pool pun boleh..
Tapi kalau luar kawasan macam Pantai Bagan Lalang tu, dia akan charge harga minyak.

PILIHAN WAKTU
Haa Kak Mia ada waktu yang dia available memandangkan Kak Mia bekerja.
Weekend = pagi, petang , malam
Weekday = Malam

PACKAGE DETAIL
Package yang ada ;
2 pax = RM170
1-4 pax = RM220
4-8 pax = RM320

Kalau nak tambah belon helium boleh.,nanti tambahlah duit sikit.hihi

Kat bawah Izah attach gambar untuk package.
Izah ambil package yang 8pax RM320.
Even 8 pax, tapi Izah boleh bawak hingga berpax2 yang Izah mahu. haha

Decoration dia cantik wehh..


Bagi package 2 pax, Izah tak ada gambar.
 Nanti boleh tengok dekat Instagram dorang ok?

Follow instagram dorang nanti!

ig : the_bakul_picnic
Package 2 pax
Ni bagi yang nak sambut berdua.
Package untuk 1-4 pax

Ni contoh package RM250 sebab tambah belon helium 



Package 4-8 pax
nurazizahchehussin.blogspot.com
Ni yang Izah ambil hari tu

nurazizahchehussin.blogspot.com
Sandwish and salad tu termasuk package

nurazizahchehussin.blogspot.com
Overall view birthday tempoh hari

Tu je kot yang nak share buat masa ni?

EH JAAPPP! 
Kalau korang bawa ramai orang, Izah suggest masak sendiri sikit.
Hari tu Izah masak spaghetti,pasta goreng, nugget, fries, puding caramel.
lepas tu tambahlah kek sikit.

Photographer?
Izah kerahkan suami Izah and kakak jadi photographer.hihi
Kalau boleh buat video sebagai kenangan lagi cunnn... :)

ENTRI IDEA BIRTHDAY →Birthday untuk Suami Dan Anak

thank you semua for reading!

Idea Nak Sambut Birthday Tersayang?

Assalamualaikum.. sihat semua?

Hari ni nak share idea bernas untuk sambut birthday, atau anniversary atau apa-apa event yang korang rasa special!

Seeloknya, plan awal-awal so that tak kalut bila last minute. Kannn??

So, kali ni, Izah hired event planner.
8/10/2017 genaplah 23 tahun umur suami hamba dan suhayl turns 2 years old 10/10/2017. Maka hamba cuba plan something special dengan harapan dia tak hidu apa yang hamba rancangkan. Akhirnya hamba yang sendu seorang diri sebab rancangan tak berapa menjadi tapi masih boleh diselamatkan! haha

Add caption


Pada birthday suami, Izah just pesan mintak suami balik awal sebelum jam 1.30 wajib sampai rumah.

 JANGAN ANGKUH
Tiba-tiba dia gelak and then cakap,
"Tahun ni awak plan apa pulak?"
Izah jawab, "eh awak ni, tak payahh nak perasan, saya tak plan apa-apa pun, cuma saya masak sikit nak sambut birthday awak".
angkuh kan jawapan?


Sekali bila Izah call suami jam 1.45,dia cakap dia masih tak bertolak, maka berair mata lah kejap Izah.
Izah dah booking pada jam 2 petang - 5 petang dekat Taman Metropolitan Kepong.

"WE CAN'T CONTROL THE EVENTS,BUT WE CAN CHOOSE WHAT TO FOCUS ON"
At last, jam 3 petang baru suami sampai. Perasaan tipulah tak sedih. Izah ambil masa 10 minit untuk bertenang dan pujuk diri. Kah3

Suami Izah selalu pesan, kalau benda yang kita planned tak menjadi 100% seperti apa yang kita rancangkan, kita fokus kepada benda yang boleh memberi makna.
Fokus kepada benda yang boleh tinggalkan moment manis untuk dikenang.
Sebab apa?
Bila kita fokus kepada MASALAH , keseluruhan event tu akan musnah.
Dapat tak apa yang Izah cuba sampaikan?

"THANKFUL FOR THE LIFE YOU HAVE"
Bila suami sampai je tepi tasik (Izah sampai awal dari suami) dekat taman, Izah tengok muka suami excited dan happy sebab apa yang dia hidu tak sama dengan apa yang Izah plan.

Bila tengok muka dia happy, Izah dah start fokus untuk buatkan suami rasa this is special day for him.
Bonus sebab sekarang birthday sambut sekali dengan anak.

Kena bersyukur banyak-banyak bila Allah rezekikan ni semua.
Hargai saat family masih didepan mata.
Because of you I laugh,I smile and i dare to dream more than I ever have



and.....I LOVE YOU BOTH!





THANK YOU FAMILY!
Terima kasih mak sebab izinkan menantu mak menumpang kasih dengan insan bernama Omar Farid.
Besarkan dia hingga jadi anak dan suami yang bertanggungjawab.


Terima kasih Suraya a.k.a mek yaa, Nurul Tasnim and Kak Suhani serta family sebab banyak tolong terutamanya dalam bab masak memasak . Dari pagi hingga lewat tengah hari bertungkus lumus kat dapur. Dengan kakak sulung  tunggu hari nak meletup(bersalin), dia tetap gigihkan diri masak pasta goreng.






 


NAK TAHU DETAIL PACKAGE?
klik link ni taw! → Package Birthday



 

Thanks for reading!
Moga menjadi saham akhirat.

Tuesday, 5 September 2017

Chalet Mewah atas Air di Malaysia! Happy 3rd anniversary

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 22/3/2017 genap 3 tahun usia perkahwinan. Hari tu ad suarakan kat suami nak pergi Gemia Island.  Suami cakap tak taw nak g bila. Kebetulan ada matta fair, pun ajak dia pergi jugak.  Tapi suami bagitahu ada hal.  Izah macam senyap je la.

Minggu tu busy exam, Izah pun terlupa pasal matta fair.  But suddenly masa hari jumaat, suami balik dari meeting, tengok ad tag MATTA FAIR dekat tangan.  Izah apa lagi, sergah suami 'haa pergi MATTA FAIR dengan sape? ' terus dia macam takut Izah syak bukan2.. And then terus bagitahu pergi matta fair nak buat surprise beli package holiday untuk kita.

And then automatik Izah gelak sebab nampak sangat muka suami macam takut.. Haha

Then terus dia buka beg, tunjuk package dia beli sambil membebel "patutnya ni bagi nanti 22hb hadiah anniversary,tapi awak dapat hidu awal,sambil2 keluarkan pamplet smua, sambil membebel cakap ummi ni spoil mood.. Haha

Dah tuu sape suruh tak buka tag MATTA FAIR awal2..😂

Dia cakap act nak bagi barang kemas, tapi memandangkan Izah pernah bersuara nak pergi Gemia Island,  lps buat comparism, so dia beli la package Water Chalet di Avillion.


Meh nak bagi tips pasal avillion.
Avillion port dickson ada yang water chalet, dan garden view.

Water chalet:

1)Premium water chalet:
-Yang jenis ni kita akan dapat balkoni pemandangan laut lepas.
So boleh fefeling duk maldives.  Depan balkoni tu memang laut, private seaview gittew.

-free access ke avi lounge di avispa.
(avi lounge ni strict  kepada visitor 16tahun ke atas, khas untuk pengunjung avispa dan customer yang duduk premium water chalet)
-so bagi yang ada baby, harap maaf anda tidak dibenarkan ke avi lounge.

Credit hotel malaysia
Ni avi lounge, gambar credit kepada owner.. Tak dapat gambar lawa masa ke avi lounge, sebab lepas hujan

Avi lounge



2)water chalet
Yang ni balkoni berhadapan dengan balkoni orang lain




TIPS:
kalau ambik water chalet ,boleh ambik water chalet Tumasek. Situ boleh tgk sunset. Kat sini tak berhadapan dengan mana2 balconi, boleh tengok direct sunset. 
Dan view depan tu laut atau pantai. Boleh pilih, tapi make sure booking awal2.
Riau beach (private beach) 
FYI, kat sini ada Riau beach, dengan Tumasek beach.
Tumasek beach with private seaview, you can enjoy sunset too!


Act, memandangkan izah ada baby,kalau ambik premium water chalet, kami tak xleh access ke avilounge,sebab tak da orang nak jaga anak.  so suami ambik water chalet Tumasek, boleh tengok sunset.. tapi bila sampai nak check in dekat receptionist ,dia cakap malam tu ada event dekat tumasek.. Memang bising, and she's pretty sure yang akan bising sampai tengah malam. 
Maka frust la kejap.. Kalau tahu macam tu, kitorg ambik yang premium water chalet. 

Nak upgrade ke premium water chalet boleh, tapi kena tambah rm300..
So macam membazir la kan, rm300 tu boleh pergi spa dah.. 😜



Receptionist  nampak kami frust, so dia bagi bilik yang berdekatan dengan spa, view yang lawa juga katanya.

Izah cakap kat suami, tak pe lah, tak da rezeki nak tengok sunset. Just enjoy the day.
"if you want to control everything, you will never enjoy nothing".

Maka,  kitorang enjoy je apa yang Dia rezekikan pada hari tu..


Detail bilik dan resort :
1)Bed pangkin.  Boleh lepak dekat situ dengan family kecil. Family time dan Masa ni lah nak create bonding time. 
Hujung sana bed pangkin.


 2) Kelainan pada open 🚿 shower dekat area pancur air hujan..

Malam syok mandi,dongak atas kau boleh kira bintang di langit,sesekali boleh tengok kapal terbang melintas..
Bangun tengah malam masuk toilet, kau boleh dengar deruan ombak dan angin laut menyapa tubuh..  Gila tak best!
Tingkap shower boleh dibuka dari dalam bilik, so kalau nak lepas anak mandi pancur hujan, boleh monitor la dari tingkap ni.



 3)Balkoni mengadap air laut.

Time ni Izah lepak lepas subuh, tenannnggg teramat.. Sejuk bayu laut dan paling best dengar deruan ombak.




 4) Televisyen
Tv ada jangan risau, tapi izah lebih suka habiskan masa tanpa menonton tv.

5) Breakfast.
Package izah ambil include breakfast untuk dua orang.


6) Swimming pool
Haa swimming pool ada dua.  Satu untuk orang dewasa, satu untuk budak. Untuk dewasa dibuka 24h.

7)Mini zoo
Ada mini zoo taw, anak2 mesti suka.  Merak pun dilepaskan bebas dekat sini.

8) SPA
YANG NI SPECIAL! SEBAB IZAH SUKA SPA DIA. GLASS SPA OK! above the sea. Untuk spa kena ada special review. Wakaka.

9)Private Beach
Maknanya, beach ni tetamu avillion je boleh access.. Tak dibuka kepada orang luar. Tak crowd. View lawa. Bila lagi nak merasa macam ni kan? Jauhhh dari kesibukan kota.
Kalau honeymoon, meh la sini. Luangkan masa dgn partner, tengok laut. 

Tu lah avillion,resort atas air. 

 Layankan anak, nanti besar suhayl pimpin tangan ayah dengan ummi pulak ye? Love you both!


Lastly, Happy 3rd Anniversary! Kecik gila wish.haha.. Act, kitorang dah sambut 3rd anniversary sebelum ni.  So mcm tak ada idea dah nak decorate macam mana.i'm just wanna enjoy the moment, sampai gambar sendiri tak ada!  Haha


Harga untuk satu malam izah tak ingat sebab entri ni di update 6 bulan selepas ke avillion. Haha

Tapi range rm500-rm600.. Kalau nak murah, pergi time matta fair..  RM380 dah dapat untuk 1 malam termasuk breakfast untuk 2 orang.


Thursday, 9 March 2017

DIY Lip Scrub untuk bibir Kering

Assalamualaikum..

Minggu lepas minggu yang hectic bagi Izah.  Letih sampai badan dehydrated,sakit kepala,sekali gus demam.

Punca utama kalau Izah sakit kepala adalah sebab kurang minum air.
Lepas tu bibir akan sakit dan pedih sebab tak cukup air. Siap pakej merekah lagi.  Sakit berdenyut.

Hari ni bangun tidur Izah try buat lip scrub untuk bibir yang kering. Buka peti ais, cari apa yang ada untuk buat lip scrub.

Bahan-bahan :
1)Madu
2)Butter
3)Brown sugar
4)coconut oil
5)Glycerin

Satukan bahan2 di atas untuk jadikan paste..


Semua bahan yang Izah guna bersifat untuk melembapkan bibir.

Madu dan butter mempunyai khasiat untuk memerahkan bibir yang gelap.

Brown sugar bertindak untuk melancarkan aliran darah di bahagian bibir.
Let say tak da brown sugar, guna gula biasa pun dah ok.

Coconut oil berkhasiat untuk mengembalikan kelembapan bibir.
Nak guna olive oil pun boleh. Terpulang.
Jangan guna minyak masak sudah la.. 😂😂

Kalau ada aloe vera, ambil isi aloe vera masukkan sama2 untuk dijadikan paste.


Lepas siap boleh letak dalam bekas kecil, dan boleh start scrubbing dekat bibir..
Oles dengan cotton bud pun ok, biarkan beberapa ketika.
And then blh basuh.
Nak scrub pagi petang lagi elok.
Lepas seminggu boleh mula perasan depan cermin sorang2 tengok bibir dah kembali merah! Haha

ni rupa lip scrub yang Izah buat 


Ingat!  Lip scrub ni bagi rasa manis sebab ada madu dan brown sugar.. Jangan jilat pulak bibir masa scrub tu!kang tak sempat khasiat bahan2 tadi diserap oleh bibir..hihi

Tak pasal2 nanti level glucose naik sebab addicted scrub bibir, tapi duk asyik rasa manis scrub tu dengan lidah.. Mak tak bertanggungjawab.. Haha

Ok selamat mencuba!

Wednesday, 8 March 2017

Perempuan 'complicated' atau lelaki Tak Memahami? -Selamat Hari Wanita Sayang!

Assalamualaikum.


Suami isteri. Saling melengkapi. Ibarat jalinan jari jemari yang memenuhi ruang celah jari yang kosong.haha kemain puitis yang tak berapa puitis.. Hahaha


Ok, nak ceritanya kelebihan suami melengkapi kekurangan isteri.. Haa gituuu...

Wanita insan yang dipenuhi dengan kelembutan, lelaki insan yang berfikiran rasional.
Lelaki sentiasa mengatakan wanita susah dibaca fikirannya, wanita akan mengatakan lelaki kurang peka terhadap perasaan wanita.
Haa mcm mana tu?

Lelaki, kalau korang nak tahu wanita ni simple. 'tak nak' bermakna tak nak, 'tak nak' juga bermakna nak. Haha
Pening memang pening.  Tapi boleh cuba faham situasi.  Kalau perempuan cakap "tak nak makan kat luar sebab kesian awak letih baru balik kerja nak kena keluar balik, ".

Tengok kat situ ada perkataan 'sebab'. Pengikat/penghalang yang buat dia tak nak makan kat luar.  Bermakna kalau suami tak letih, isteri nak la makan kt luar . Tapi dalam hati sebenarnya dia memang nak makan kat luar.

Jawapan paling selamat jawab dekat isteri "tak apa awak, saya tak letih.  Kesian awak dah penat hari ni jaga anak, jom kita keluar".. Haa gituuuu..haha


Dulu suami selalu cakap saya tak faham apa yang awak nak.  Kejap nak, kejap tak nak. So slow2 izah ubah.  Try bagitahu apa yang nak sebenarnya.  Sebab suami cakap saya tak boleh baca fikiran awak. 😂😂
Ha'a lah kan.  Suami tak boleh baca fikiran kita. Tapi selalu terkeluar ayat'ala awak ni, tak faham perasaan saya'.

Kadang2 Izah 'argue' suami,izah akan cakap entah la sebab Allah ciptakan wanita memang berfikiran complicated mcm ni.. Haha..

Tapi kann.. Sekarang dah pandai control emosi. Betul wanita ni dalam fikiran dia ada macam2, tapi izah cuba asingkan.

Kalau gaduh sebab terasa hati,  izah akan asingkan dari kepala berserabut assignment tak siap, pinggan tak basuh,badan rasa gemuk.. Please3,jangan campurkan masalah.. Kalau cmpur aduk, masalah akan jadi lebih besar. Cuba selesaikan satu2..

Haa nak bagitahu perempuan ni suka surprise.. Tapi tak semua.. Even suami bagi coklat as a surprise.. Allah, isteri punya suka sampai sayang nak makan coklat tu!
Benda2 kecil macam ni boleh buat hubungan makin akrab.

Lelaki, kadang mesti rasa stress yang amat kalau wanita merajuk. Tapi syukurlah Allah bagi fikiran yang rasional untuk laki.  Benda macam tu boleh dididik.
Perempuan ni, kalau kena cara didikan in shaa Allah semua akan okay ..

Ya it will take time..tapi kena sabar.
Lagi satu jangan lupa doakan pasangan kita supaya dia mudah lembut hati, minta diberikan rasa kasih sayang antara suami isteri..


Hari ni balik kolej petang.. Letih..  Suami mesej cakap nk makan kat luar sebab kesian ummi balik nak kena masak, dengan malam tak cukup tidur dah berapa minggu tak ingat.

Sampai dekat kedai makan, tiba2 suami keluarkan dua box kek secret recipe.
Ummi macam sedapnya, tapi tiba2 fikir tak da anniversary apa, kenapa beli kek..

And then suami cakap Selamat Hari Wanita Sayang. .!ummi macam hari wanita apa yg?  Hari untuk wanita lah suami jawab.
Saya tengok dalam fb hari ni hari wanita, so sy belikan kek untuk awak.  Nanti jangan lupa bagi mama suhayl satu kek ni taw, cakap selamat hari wanita ..




Nampak simple, tapi penghargaan yang suami tunjukkan tu buat Izah rasa terharu.
sama2 kita cuba fahami pasangan masing2..
Lelaki dan perempuan tak sama, punya perbezaan dari banyak aspek.  Tapi cuba memahami dan lengkap melengkapi.!



P/S :Tengok betapa excited sampai tak perasan panjang entri yang Izah taip..  Haha

Saturday, 4 March 2017

Pentingnya Car Seat untuk anak!

Assalamualaikum.

Masa suhayl baby, kalau long journey memang Izah letak dalam car seat. Sepanjang perjalanan Izah tak risau sebab suhayl tidur. Bangun menyusu and then tidur balik.

Tapi bila dah besar sikit,dia dah pandai tantrum bila letak dalam car seat. Menangis-nangis duduk dalam car seat. Umur pun dah setahun, otak berpusing ligat nak bergerak bebas.

Lepas tu macam tak ada kesedaran nak letak anak dalam car seat.


Sehinggalah....

Accident. Masa tu Izah pangku suhayl kat depan, airbag on. Nasib baik suami putar stereng ke kanan, so bahagian depan kereta tak crash dengan kereta depan. Kereta rempuh divider jalan. Bahagian belah kanan kereta jela rosak teruk.

Kalau suami tak elak macam tu, bahagian depan akan rempuh kereta lain, air bag akan keluar and then bayi akan tercampak keluar atau airbag tu sendiri akan hentam kepala penumpang yang tak pakai seat belt. Even izah pakai seat belt, it is still unsafe for our baby.. Alhamdulillah Allah tolong.
Allah selamatkan dari hilang nyawa..
Berkali2 ucap syukur.

Lepas kejadian tu,baru ada kesedaran tentang pentingnya letak anak dalam car seat.

Bagi ibu bapa yang sentiasa travel even dekat, tolong letak anak dalam car seat.
Sebab malang tak berbau. Selagi boleh elakkan, kita elakkan sebarang mudarat.

Di UK,US dan beberapa negara lain, government wajibkan anak2 duduk dalam car seat. Kalau tak, kena saman.


Nak train anak yang dah berpangkat toddler ni bukan senang. Sebab dia dah besar, dah pandai nak melasak.
Kena ada cara.  Kena pandai pujuk. Paling menguji kesabaran bila kena hadap tantrum anak.

Tapi demi keselamatan, kena jugak cari cara.. Alhamdulillah, sekarang dah ok bila letak dalam car seat.  Fuhh satu kejayaan bagi kami suami isteri sebagai parent.  😇😇

Thanks ayah jagakan suhayl! 

Seboleh-bolehnya letak car seat kat belakang. Tapi kalau terpaksa letak kat depan, tarik kerusi menjauhi dashboard.

Ikat tali pinggang dengan betul. Kalau dapat car seat dan kereta yang ada isofix lagi bagus. 
Sebab bila ada isofix,  car seat tidak akan bergoyang bila perlanggaran berlaku. Sebab car seat akan attach dekat kerusi.

Sebelum pasang car seat, baca arahan dekat manual. Sebab semuanya melibatkan keselamatan. 

Nanti ummi share macam mana nak train toddler untuk duduk dekat car seat..   😇😇



Friday, 3 March 2017

Tips Belajar Sebulan Sebelum Exam

Assalamualaikum.

Ummi izah kat sini. Hee. Memandangkan exam Izah tinggal tak sampai sebulan,  Izah nk share tips untuk study.

TBH,  ada satu subject yang Izah rasa memang tak belajar.  Ad 21 bab. Bayangkan dengan masa tak kurang sebulan macam mana nak belajar sendiri semuanya.. 😂😂

2 minggu ni,  Suhayl tak sihat.  Demam on off..  So selama 2mggu langsung tak buat revision.  Even untuk kelas esok nya pun Izah tak sempat study.

Nak study malam,  anak tidur lewat.  Jam 1@2 pagi.

Tengah duk haru fikir macam mana nak buat,  Izah mengadu kat suami Izah banyak kerja. Nak study.  Muka cuak stress giler depan suami.

So suami cakap,"meh sini planner awak, saya tolong awak plan".

Planner yang suami beli dua bulan lepas.
Baru nak sentuh. Haha


First thing dia mintak buat :
LIST SEMUA BENDA

1)sem ni Izah ambik 5 subject, so Izah list kelima-lima subject tu.

2)Lepas tu setiap subject Izah list berapa bab yang ada.
Eg : Islamic Law and Administration :6 bab
Islam and Modern Science : 8bab
Bahasa Arab : 7bab

3)Total up semua bab.
Eg : 48bab

4)anggarkan masa untuk ulangkaji setiap bab.
Eg : 1 bab 1 jam.  So Izah perlukan 48jam untuk study semua bab untuk semua subject.

Slot ulangkaji : 2 slot satu hari
Setiap slot(jam): 1jam setengah.
Setiap hari :2x1.5jam =3jam
Izah perlukan 48jam,sehari 3 jam.
48/3=16.
So izah perlukan 16 hari untuk habiskan 48 bab untuk 5 subject.


Bila slot tu?
  Slot pertama :Lepas subuh.(time ni suhayl tidur lagi.. Ki3)
Izah decide untuk study after solat subuh.  Let say 6.30 dah siap solat.  So 6.30 a.m -8.00 a.m Izah akan study.

Slot kedua : Malam
10.30 p.m-12 a.m.

Maka cukuplah 1 hari 3 jam selama 16 hari.



Masa buat plan ni suhayl nak berdukung,so suami la yang tolong tulis untuk setiap hari sampai exam apa yang nak buat.

Kalau terlepas satu slot, make sure cari masa ganti balik slot yang terlepas.

Lepas siap dia tanya, tersusun tak? Agak2 sempat tak?izah jawab dah nampak dah.. Lega rasa macam terlepas seribu beban.. Haha
Dah habis beberapa bab Izah buat revision.

Perempuan ni 'simple'.. Complicated sangat fikir.
Sebelum ni, duk fikir macam mana nak study, anak tak sihat, izah sendiri tak sihat.
Banyak fikir last2 apa pun tak buat. Kah3

Cara revision :
Izah hadamkan satu2 bab, dan buat peta minda.  Dalam satu paper Izah buat dua bab. Nanti bwa nota kecil2 tu je la untuk last touch before exam.

Untuk adik atau kakak student kat luar sana, boleh la try walaupun tak seberapa. Heheh

Sem ni harap dapat dean list macam sem-sem lepas.. Aminnnn...

P/S : yang penting, biar semua organize.
Barulah hati senang macam terlepas hutang seribu. Haha
Thanks suami sebab selalu tolong wife awak bila saya rasa semua benda tak kena.