Friday, 24 August 2018

Pinggang kembali Ramping selepas bersalin!

Wahh tajuk kemain! haha
Terlebih dahulu Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah hari ni dah 58 hari bersalin.
Dan dah dapat balik pinggang kerengga macam Che Ta ! πŸ˜πŸ˜‚





Selalu tak tengok orang lepas bersalin perut buncit dan tak ada shape?
9 bulan perut membesar macam belon, tak mudah balik macam biasa kalau tak ada effort.
Ok guys, pejam mata kejapppp..

Cuba bayangkan....

"Bayangkan belon, kita tiup dan at the end dia pecah, apa jadi? Ada kesan rekahan, kedut-kedut , yang penting tak lawalah.!" 

Now,imaging tu adalah perut kita..   Eeee buruknyaaa.. Dengan kesan hitam dan menggelebeh lagi..😱😱
Tapi itulah pengorbanan seorang ibu.
Sekarang  buang rasa buruk tu.. letak tepi..  Jangan risau, ada cara untuk hilangkan semua tu. But... It takes time and effortlah sikit!

DIASTASIS RECTI

Pembesaran perut semasa hamil boleh menyebabkan diastasis recti selepas bersalin iaitu pemisahan otot-otot perut menyebabkan sixpac melebar dan menghasilkan jarak dan perut juga hilang keelastikan.. Tu sebab perut senang menggeleber dan buncit.

Apa yang Izah amalkan ni pun sebab Ma Izah dan orang sekeliling selalu ingatkan supaya buat.
So bila nasihat hari-hari masuk dalam telinga, sedikit sebanyak terkesan jugak. Hee

SEPANJANG PANTANG 44 HARI  :
Benda utama BERBENGKUNG!
Bab bengkung liat mulanya nak buat sebab Izah rasa leceh. Tapi sebab ma ada, so mula-mula bengkung tu ma yang tolong bengkungkan.
Hari seterusnya suami tolong barutkan perut dengan bengkung.
 And then Izah sendiri ada kesedaran untuk barut sendiri. haha

Kalau dah terlepas fasa berpantang,boleh je amal ni dan buat senaman tertentu untuk dapatkan balik shape yang cantik untuk badan.

Kenapa perlu berbengkung?
  1. Mengecutkan rahim
  2. Mengetatkan otot perut yang longgar semasa hamil
  3. Mengelakkan perut buncit dan menggeleber
  4. Memperbetulkan postur badan
  5. Memecahkan lemak dan selulit
  6. Cepat rasa kenyang bila makanπŸ˜‚
Bila dah 58 hari waa rasa bersyukur sebab masa pantang Izah berbengkung hampir sepanjang hari walaupun ada jugak lompangnya beberapa hari bila malas melanda..haha


 Izah guna 3 jenis bengkung :
1) Premium Beautiful
2) Bengkung bertali zig zag
3)Bengkung bertali

Gilir-gilir guna, bukan guna semua sekali gus. πŸ˜‚

Guna mana-mana bengkung pun boleh, asal kita berbengkung.

1) Premium Beautiful
Yang  ni ada 3 beradik : Long Bra, Waist nipper and Long girdle(seluar). 
Tapi masa pantang Izah tak guna long bra atas sebab-sebab tertentu. 
 
2) Bengkung Zig Zag+ Bengkung Bertali( Macam barut baby yang bertali).
Mula-mula Izah akan pakai bengkung bertali lepas letak ubat barut herba, lepas tu tindih dengan bengkung Zig Zag.
Sebab ianya lebih kemas kalau tindih macam ni.

Boleh cari dekat kedai jamu untuk bengkung bertali zigzag macam ni. Harga Rm40.


Bengkung Zig Zag V Asia.

Tapi sebelum berbengkung, Izah akan sapu sesuatu dulu dekat perut supaya lebih berkesan.

 Orang sains cakap sebagai as catalyst lah kiranya.

"CATALYST" :
Maaf orang kimia, Izah pinjam perkataan ni kejap sebab tak tahu nak guna words apa. Haha
So sebelum berbengkung,memang Izah akan guna bahan-bahan ni supaya lagi effisien pembakaran lemak.

Bahan 1 : Cuka + Ragi (yeast)
Lepas basuh, kulit akan nampak lembut dan kesan regangan sedikit pudar. Kalau sentiasa amal, memang cantik kulit perut.


Bahan 2 : Lemon+kapur

Bahan 3 : Serbuk barut perut akar setunjang bumi + Air suam

 Kadang-kadang Izah tambah jugak VCO dalam ni.

Yang ni best sebab just tambah air je. Tak payah tumbuk-tumbuk kunyit. Dalam tu dah cukup lengkap dengan kunyit, minyak kayu putih dan lain-lain herba.

Membuang lawas, darah nifas pun keluar dengan lancar.
Oh yaa, yang senggugut pun blh try guna ni. In shaa Allah berkesan.
Harga : RM 20
Dah siap isi masuk bekas plastik.


Lupa nak snap gambar masa  mula-mula beli, nahh buruk ghopenya .haha



Bahan 4 : MMG & KILLOSS



Yang ni paling senang, bau pun wangi. Both untuk hilangkan selulit .. 

MMG lebih kepada hilangkan angin dalam badan,selsema,lenguh-lenguh sendi, bau pun wangi sangat macam pakai minyak yang ada kat spa!

Harga MMG : RM45. Tapi MMG selalu ada promo.

Killos tu Izah pakai untuk hilangkan strechmark, tapi beserta bonus untuk inch loss. 
In one night Izah hilang 2 Inchi dekat perut lepas pakai killoss. Happy hati ni tahu tak!

Harga Killos : RM 65.(beli 4 botol dapat  RM45 sebotol)

Tujuan Catalyst :
  1. Keluarkan darah nifas dengan lancar
  2. kecutkan rahim
  3. bakar lemak
  4. hilangkan selulit

Nahh lepas pakai catalyst ni lah baru izah pakai bengkung..
Tapi gilir-gilir antara bahan 1-4.

Alhamdulillah dah dapat pinggang macam Che Ta! 

Yang tak bersalin atau masih belum kahwin pun boleh amal berbengkung ni. 😁


NIAT 
sebagai penutup, Izah pantang macam ni bukan untuk orang lain, tapi untuk suami dan nak sihat. badan ringan, lagi mudah untuk lakukan ibadan .
dengan slipped dics, so harap boleh kurangkan beban dekat pinggang. 

Jumpa lagi!