Tuesday, 17 June 2014

Kawin Awal..itu perancangan MU..You knows best Allah..

              
                   Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji bagi Allah Yang menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Begitu indah aturan yang Kau berikan buat hamba Mu..

                 "bukan Dia tak tahu derita hatimu, sakit hatimu.. tapi kerana Dia lebih mengetahuilah, Dia kirimkan ujian untuk mu.. ujian adalah tanda kasih sayangNya pada mu.. kerana akhirnya pasti  ada pelangi yang indah yang akan menemani mu..-azizah-"
                  
                Allah Kau sebaik-baik perancang. And for sure, Kau nak hamba Mu bersabar di atas setiap ujian yang Kau berikan. Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan hamba-hambaNya. :)

                Alhamdulillah. Dah dua bulan lebih Izah mendirikan 'masjid'. Kejap je masa berlalu. Tup2, dah nk start blajar balik. CFSIIUM, i'm coming.!! Tapi tak tahu untuk berapa lama. hehe. Bcz..... tak blh lagi nk ckp knapa..hee .. in Shaa Allah, hope ada yang terbaik ahead!

               Tapi bukan tu yang izah nak cerita. Izah nak cerita pasal mission yang Izah rasa patut untuk di'share'. 'sharing is caring n sharing is loving' kan? .. ok. tak nak membebel panjang.. hehe

           Sebab ramai yang tnya, mcm mne knl dgn suami, apa tips untuk kawin awal. Izah nk berceloteh sedikit.. Nk dijadikan cerita, Izah dan suami dulunya satu kelas. masa form4 and form 5, kami classmate. Tapi mungkin sbb Allah nak jaga kot, kami tak pernah bercakap. Masing-masing buat hal masing-masing. Hinggalah masa abang Izah nk kawin, we really need photographer. Masa tu mmg kalut cari photographer, and masa tu Izah call Omar Farid tny dia sama ada blh tak dtg utk ambik gmbr wedding abg, sbb dia buat phtographer. time tu mse dia tggu result SPM.

Awalnya, dia cakap "aku tak boleh la,sbb aku ada event kt lain".     

                   Malam sebelum majlis,dia call cakap blh jer nak dtg sbb event tu dtukar ke malam.. Time hari wedding abg pun, Izah tak bercakap pn dgn Omar Farid ni. Dia dgn abg j. Lps majlis tu la abg tnya " pakwe ke?", . Nak tersedak rse.. mane taknya, cakap pun 'kau,aku', nak kapel? mmg tak la..hehe

                    Dipendekkan cerita, dia pun berkias bgthu mcm ni,"aku rasa aku suka kau la"..
Dengan selamba nye Izah jawab , "ye la, kita kan kawan. sbb tu kau suka aku". Dalam hati, dah thu niat sebenar , cuma tak nak bg dia harapan. Masa tu Izah nk ambik SPM sbb Izah delay SPM 1 tahun (exm SPM pn dlm ward).

                 Hari berlalu, masa berganti. Last2 dia bgthu Izah yang dia nk lamar  untuk djdikan isteri. Dia cakap, lagi cepat, lagi bagus. Entah knapa time ni Izah ambik serius. Lalu, istikharah dilakukan, bgthu bnda ni kt bonda tersayang. Terangkan pasal kawin khitbah. Alhamdulillah, jawapan dari Allah adalah yang terbaik. Masa istikharah Izah nmpak jalan y tbaik kawin awal. Berkali2 jgk Izah lakukan istikharah. 

                Every people have a limited knowledge and deficient intellect, so we need to do istikharah. Ask Him for the best answer. Setiap perkara yang baik yang hndak kita lakukan,pasti akan ada halangan nya. Bukan sedikit org yang memerli kami. Malah ada yang mempersoalkan niat ini. Tapi we need to be strong. 

               Apapun keputusan yang bakal di ambil, tanya Dia,. Yakin bahawa Allah akan  berikan yang terbaik untuk kita. Apabila ada di antara kita yang mempunyai dua pilihan untuk dipilih, maka lakukan lah solat istikhrah,. Pohon jawapan dari Nya. jangan ragu denganNya. 

               Bersangka baik dengan Allah sentiasa. Dari Abu HUrairah ia berkata bahawa Rasulullah bersabda, Allah berfirman, " Aku sesuai dengan persangkaan hambaKU"' -mutfaqun alaih..

                 Dalam apa hal sekalipun, walau di uji seberat mana sekalipun, ingat Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, tohmahan yang dilemparkan tdk sedikitpun menganggu-gugat kami. Bahkan terus bersemangat untuk memberitahu dunia bahawa Islam itu mudah dan senang. Jangan kita dibebankan dengan adat semata-mata sehinggakan yang wajib kita tangguh sebab nak kumpul duit sebanyak mungkin dan akhirnya dosa juga turut kita kumpul bersama.

                 "Ada 3 golongan yang Allah berhak tolong mereka, iaitu mujahid fi sabilillah, seorang hamba  yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin menjaga kehormatannya." (HR Ahmad, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no :2518 dan Hakim 2:160)

                Ya, aku kawin kerana inginkan yang terbaik buat agama Mu,demi menjaga kehormatanku  agar aku dapat menewaskan syaitan yang menghasut. Alhamdulillah, tanggal 22/3/2014, Izah sah menjadi isteri buat Omar Farid Bin Hasbullah dengan sekali lafaz. Walaupun kami masih lagi belajar, namun itu bukan halangan untuk kami berkahwin. Ya! kerana Islam itu indah dan mudah!!..

              


                    


                       
       


               

 

4 comments:

  1. may Allah ease your way my dear :)

    ReplyDelete
  2. Tq anis.. MogA Allah redha dan memberkati serta memudahkan urusan kita smua.. :)

    ReplyDelete