Monday, 29 September 2014

Kahwin awal..part 2-ujian dan cabaran-

Kehidupan xkan seindah di dalam drama dan xkan sesenang seperti menaip abc..sungguh,kehidupan itu mempunyai warna yang pelbagai.

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Kita takkan merasa manisnya kejayaan andai tak pernah menerima keperitan..orang lain tak tahu keadaan kita kerana they are not in our shoes.kita yang lalui.kita yang rasa.

Bila diutarakan bahawa kawin semasa belajar itu pilihanku, ramai yang bangkit mempersoalkan.tapi satu yang Izah pegang "if Allah say 'kun' so it be.."

"Nak kawin? Nanti kau nk mkn apa?pasir?sering kali kita mendengar persoalan seperti ni..

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Allah dah jawab dlm quran..kahwinlah.! Allah akan bagi rezeki. Siapa kita nak persoalkan rZeki Allah?janji kita berusaha..
"Kau masih belajar la beb,mcm mna nk tggung ank bini kau?pelajar kot, mcm mna nk jana income?"
Dimana ad kemahuan, di situ ada jalan..
Boleh je buat side income, berniaga kecil2an.,bg pelajar y dpt ptptn atau biasiswa,jimat2kan duit tu utk keperluan harian..kalau tak kawin pn,msing2 tetap akn gunakan duit tu utk belanja harian.right?

Allah tu Maha Pemberi rzeki.. Kami xpernah terfikir dpt beli kreta semasa belajar.. Tapi benarlah, rzeki Allah tu luas.. Alhamdulillah, 2 bulan kawin, Allah bagi rzeki utk kami beli kereta. Dapat sewa rumah. Rzeki bertambah2. Dapat melihat negara org. Pernah terfikir tak ? Tentunya tidak.
Ini lah dikatakan rezeki Allah Maha Luas dan kat mana2.. Janji kita usaha.:)

Bukan senang nak meyakinkan smua pihak yang kami mampu utk kawin pada usia muda. Percayalah, Allah akn tlg jika kita buat sesuatu ikhlas kerana Nya.

Kami kenal 4 bulan tu pn just kawan2 j. Xsangka dia betul2 serius nk jdkn izah isteri. Lalu izah buat istikharah. Dan jawapan y Izah nmpk adlh kawin. So, Izah slow talk dgn fmly..mreka stuju. Tapi bukan ahli famly y bising. Ad y menghalang. Hanya stu j y mmpu kami buat. Berdoa dan terus berdoa dengan penuh berharap. Jika rzeki Allah ad utk dia melafazkan lafaz sakinah, tiada siapa dpt menghalang. Tapi jika belum rzeki lg, kami akan m'ignore antara satu sama lain kerana cinta Allah lebih utama.

Jika cinta Allah lebih utama, mengapa berkawan dan ada rasa cinta antara perempuan dan lelaki? Fitrah manusia, fitrah hati mempunyai rasa cinta terhadap manusia.. Cinta itu fitrah. Mcm mana kita urus fitrah agar tidak bertukar menjadi fitnah itu yang harus dipersoalkan. Yang haram adlah apabila kita menyuburkannya dengan benda2 yang haram seperti berpegangan tangan dan berdua2an.

Oleh sebab kami cintakaNya, kami ingin mempercepatkan benda yang membawa kepada redhaNya.bukan hanya serius tanpa ikatan. Biar semuanya bertukar menjadi pahala.

Kerana cinta kami kepadaNya lebih utama, kami ingin menjaga kehormatan kami.

 “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.(HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Ini janji Allah. Allah akan tolong jika kita berkahwin kerana ingin menjaga agamaNya..

Pernah Izah dpt berita, ada org mengatakan kami dah kawin. Kawin lari. Kami dah bertunang. Namun, kami diam je. Sebab satu hari kebenaran akan terungkap.

ADAT? Macam mana?kau tak de rumah lagi. Kau xda kereta lagi,apatah lagi pekerjaan.


Coretan buat yang berkapel.jika ini yang difikirkan,maka selamanya kau akan ragu untuk berkahwin. Jika belum ada pekerjaan, maka kau akan fikir mcm mana nk sara ank bini.kerana kau masih belajar.apabila kau bekerja,maka kau akan fikir cukupkah kewangan mu?kerana nikah itu menjadi susah, maka zina itu menjadi senang. Sekarang zaman yang serba mencabar,.utamakan syariat lebih dari adat. Ikhlaskan kerana Allah.. Dia akan menolongmu. 

Izah sendiri, akad nikah je dulu. Majlis besar belum lagi. Mungkin lepas abes diploma. Buat yang wajib. Kerana pahala itu akan berganda..!

Jalan hidup berbeza
Setiap orang mempunyai jalan cerita masing2.. Tidak semestinya setiap orang mesti berkahwin apabila tamat belajar, dan tidak semestinya student tidak boleh berkahwin. Ada yang umur 20,tapi cara pemikiran seperti orang berumur 30 n vice versa. Apa yang menjadi kayu ukur ialah agama yang kita praktikkan dan kematangan yang kita tunjukkan.
Usah dipandang sinis jika ada ank muda ingin berkahwin awal. 

Bila tetapkan tarikh kawin?
Bila niat kami awalnya dihalang, kami hormati keputusan mereka. Namun doa dan harapan xpernah putus. Allah pemilik hati setiap hambaNya. Kami belajar seperti biasa. Xputus kami mengalirkan air mata, mengharapkan biar semuanya berjalan lancar. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya.

Lepas bercuti operate, Izah msuk belajar. Sjujurnya,3 minggu sebelum akad, tarikh akad nikah diputuskan. Segala puji bagi Allah yang memiliki isi langit dan bumi, sungguh itu anugerah yang terindah. Dengan kursus kawin xbuat lagi, bridal xtempah lagi. Tapi smua tu berlaku dengan 'smooth' je.. Tanpa rasa stress.. Blik cuti smggu, tdetik nk g bridal. So, time tu trus tempah bridal. Terasa segala kesabaran kini ada hasilnya.. Tanpa tunang, kami terus akad.

Benarlah, Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha pengasih dan penyayang.
Jangan sesekali berputus harap dengan Allah. Yakin, rzeki di tanganNya.

Terima kasih buat kawan2 yang sentiasa mendoakan kami.. Kawan2 yang banyak tolong time akad nikah izah.. Khususnya utk nana, tasnim, fatin(dpt vid dari kanada..huu), wardah.,aina, nabilah dan sakinah.
N terima kasih juga y hdir pada hri akad kami.. Moga Allah merahmati kita smua.




1 comment:

  1. Hi admin. Thanks for sharing. Entry yg menarik kali ni Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

    >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

    ReplyDelete