Nikmat ujian Kau beri
Pada 9 Ramadhan 1432H
Tika cahaya zohor mengorak langkah,
Badan tersadai lemah
Dan..
Di katil putih itu ibu mengingatkan tentang hikmah.
Tika sahabat lain berjuang untuk
Percubaan SPM
Aku berjuang di hospital untuk terus hidup
Tanpa disedari 'drip line' di tangan.
Kesakitan yang tiada henti
Hanya Allah tahu antibiotik melalui drip line itu perit
Venturi mask itu tidak menyenangkan
aku harus kuat
Quran menjadi teman akrabku
Walaupun ada ketika nafasku menjadi begitu payah,
Namun aku kuatkan diri
untuk membacanya
Inilah kalam Allah, yang tak boleh aku tinggalkan
Biar payah, biar sakit
Aku tidak kisah
doa tidak pernah putus
Mengharap yang terbaik dariNya..
Tidur tidak lagi memberi kerehatan,
Makanan tidak langsung menarik minatku,
Kerana tika itu, seolah-olah aku manusia tanpa nafsu.
Sering ku dengar alunan Quran
Namun entah dari mana
Azan asar berkumandang
Dengan kepayahan 'drip line' ditangan,
Aku gagahi untuk berwudhuk
Kain sembahyang ku ambil,
Namun tika itu seolah-olah masa untuk ku tiada lagi
Nafas bagaikan terhenti seketika
Tangan dan kaki membiru
Lafaz "lailahaillallah" di ajar kepadaku..
Terdengak esak tangis abangku
Aku pasrah, aku redha..
Jika itu terbaik buatku..
Aku ikhlas untuk pergi..
Kau sudah memberi ruang untukku
Untuk merasakan kehidupan seorang insan normal
Yang punya keluarga dan teman-teman
Dan..
Mata terpejam tanpa di sedari..
Benar..
Ajal itu tidak boleh dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat
Allah..
Ternyata masih ada rezeki buat ku..
Walaupun dengan wayar oksigen
Kau mengizinkan untuk aku terus bernafas.
-azizah,KPJ Perdana,2012..
Allah maha Penyayang. Ujian adalah rahmat. Masih ada tercatit rezeki untuk izah terus hidup. Untuk terus berjuang buat agama.
Kesakitan yang dilalui, mengingatkan izah tentang kekuasaanNya. Namun seolah2 keajaiban berlaku. Bukan hanya sekali izah warded, lepas tu pun berkali2 warded. Sepanjang tu, ma yang temankan izah dlm wad. Bsengkang mata jaga izah.. Thanks ma.. :')
"Sudah lama Allah memberi kesihatan padaku, ini hanyalah kesakitan yang sedikit,iman harus kuat. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya"
Setelah sakit, rupanya Allah nak anugerahkan hadiah yang tidak ternilai. Penyatuan dua jiwa dalam lafaz sakinah. Kebahagiaan yang Allah bagi pada hari ni juga merupakan ujian. Allah daiman fi qalbi.
No comments:
Post a Comment