Tuesday, 8 September 2015

breakfast jimat masa!

Rasa nk share pasal breakfast jimat masa! Ok la sebab blh buat 3 benda dalam satu masa.



eh tetiba plak ada gambar baju. Haa sebab senang sangat . Time tengah iron baju suami ke kelas pun blh prepare untuk breakfast ni. Simple , roti bakar dengan telur masak separuh+air tea. kalau dekat kopitiam, mahu untuk semua  ni belas2 ringgit. Macam membazir la plak.

LOL. mengada betul, resipi telur masak separuh pun nak share!ki3 tapi serius dulu nak buat telur masak separuh, kena google dulu! tapi sekarang nak eksyen sikit. blh gitu? ala, telur masak separuh je pun. Tak yah nk eksyen lebih. 


 tapi tak pe, mana tahu berguna tips ni.
mana tahu jugak kan,6t Izah berpantang, suami rindu nk makan telur masak separuh, so boleh la godek2 blog ni. eh, suami sdri pun kena godek blog k? hoho



Cara buat telur masak separuh :
1) Didihkan air dalam periuk. Biar betul2 mendidih. pastikan bila letak telur tu, telur tengggelam dalam air.
2)bila dah mendidih sepenuhnya, padamkan api dan masukkan telur.
3)Tutup periuk dengan penutup periuk.
4) cukup 7 minit/8 minit, blh angkat telur dan siap untuk dimakan!



tapi kalau nak telur yang masak 3/4 perfect, blh buat 8 minit. Sebab suami Izah makan roti bakar cicah dengan telur masak separuh. hee. so 6t blh la taruk kicap or kalau yang suka blackpepper tu, blh la taruk sekali.

Roti plak, Izah set time 1 minit setengah. Xde terlalu garing. tapi kalau gigit tu, rasa la crunchy tu. 





n taraaa!! cukup untuk membekalkan tenaga sepanjang pagi ! telur masak separuh baik juga untuk otak . senang kan? so bagi student yang dduk hostel tu, blh buat guna water heater. pandai2 la seludup masuk telur simpan bawah katil. heheh . jimat untuk breakfast pagi dan semestinya makanan  ni berkhasiat! 





No comments:

Post a Comment