salam alayk! sementara suhayl tido,nak ceghita sikit pasal emosi tak stabil masa berpantang ni.
tekanan perasaan semasa berpantang boleh menyebabkan babyblues.
bila dah pantang,baru tahu kan macam mana rasa bila emosi tu tak stabil,?,
penyebab?
time2 macam ni,senang syaitan nak masuk jarum sebab keadaan kotor. emosi tersangatlah senang terganggu.
faktor lain , sebab hormon. pernah dengar meroyan? haa,kalau tak pandai control emosi dan terlalu ikut perasaan,senang la cik 'mariam,' tu nak singgah.
macam mana nak atasi?
bagi Izah sendiri,kalau rasa macam tetiba sedih or rasa nak marah tu,cepat2 istighfar. ingat Allah banyak2. baca ayat qursi dan fahamkan maknanya. lagi cantik kalau boleh pasang alunan ayat2 quran dalam rumah.
sokongan dari ahli family sangat2lah perlu terutamanya suami. suami perlu sentiasa ada untuk dengar luahan isteri,sentiasa ada di sisi bagi sokongan.
bagi yang datang nak lawat tengok baby ataupun sekadar whats app bertanya khabar, tolong jangan buat mulut laser sangat. "eh ,aku dulu tak kena jahit pun".. ",air susu aku bergelen" , "ala,orang lain ramai lagi lahirkan anak masa 32 minggu,ok je".
tak payah nak eh,nak ala sangat. tu rezeki awak ,lain orang lain rezekinya. ye dak?hihi ..lainla kalau si ibu berpantang tu tanya,tu lain..boleh la nak jawab. but important sini, tolong jaga perasaan orang yang tengah pantang.
bagi ibu yang tak dapat bf bayinya,jangan rasa stress. cuba positif. tak semua orang dapat rezeki bf anak kan?
masa sebelum bersalin, ada tanya bersalin kat mana,just cakap kat selangor sebab suami dekat2 nak exam time due. boleh je dia jawab ,ala bukan suami kau pun yang nak bersalin,kau yang nak bersalin. macam mana perasaan bila orang lain cakap macam tu? of course la bila nak bersalin,orang yang paling penting time ni adalah suami. sokongan dari suami tu penting. ye dak? mohon bila berkata2 hati jangan kering sangat.
ibu berpantang tidur memang tak cukup. biasanya anak akan bangun every 2 hour untuk menyusu. bila anak dah siap menyusu,nak tepuk2 bagi sendawa sebab risau takut susu terkeluar balik kan? kejap2 bangun tengok anak,anak ok ke? lagi kena kuat bila anak berjaga malam. kita baru je nak lelap,anak bangun. that whylah kenapa ibu berpantang tak cukup tidur..
benda2 macam ni boleh menyebabkan babyblues. badan pun cepat letih. kalau boleh,ambik supplement yang multivitamins untuk pastikan badan cukup vitamin dan bertenaga. sedikit sebanyak boleh reduce rasa letih tu.
p/s:"macam kau sorang je beranak,orang lain ok je masa pantang".
-sekadar berkongsi, mana yang baik boleh ambik buat rujukan.. :)
ok,babai and assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment