Assalamualaikum and hye!
Apa khabar semuanya? Apa khabar iman? Apa khabar hati? In shaa Allah moga iman sentiasa meningkat Dan Dalam petunjukNya sentiasa. Amin.
Hari ni macam terpanggil buat satu entry "suami kita Milik siapa?" Entri ni khusus untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga dan yang sudah berumahtangga. Tergerak hati nak tulis sebab banyak tengok dalam drama lepas kawin,anak lelaki lupakan ibu bapanya. Melebihkan isteri.. Sejujurnya anak lelaki berat tanggungjawabnya . sebab tu lelaki diciptakan untuk menjadi pemimpin/leader. Awak,saya Dan semua yang bernama perempuan,kena tahu bahawa suami kita bukan milik kita sepenuhnya. Tapi milik ibunya. Apa? Yes! Sekali lagi,milik ibunya!
Ingatlah,penat lelah mertua membesarkan suami. Yang mengandung 9bulan,dididik,diasuh,disekolahkan. Dan kita tidak mengeluarkan wang walau sesen pun. Tiba saatny, sang ibu berkongsi kasih dengan menantu. Cemburu? Sudah tentu cemburu! Kita wanita asing,yang kini sentiasa disayang oleh anak lelakinya. Namun,direlakan dirinya berkongsi kasih ..
"aku milik SuamiKu,Dan SuamiKu milik ibunya"..
Al-Imam An-Nasaa’iy rahimahullah meriwayatkan dalam Sunan-nya :
أَخْبَرَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلانَ، قَالَ: نا أَبُو أَحْمَدَ، قَالَ: نا مِسْعَرٌ، عَنْ أَبِي عُتْبَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ: ” زَوْجُهَا “، قُلْتُ: فَأَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الرَّجُلِ؟ قَالَ: ” أُمُّهُ “
Telah mengkhabarkan kepada kami Mahmuud bin Ghailaan, ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Ahmad, ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Mis’ar, dari Abu ‘Utbah, dari ‘Aaisyah -radhiyallaahu ‘anha-, ia berkata, aku bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, “Siapakah manusia yang paling berhak atas seorang istri?” Beliau bersabda, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak atas seorang laki-laki?” Beliau bersabda, “Ibunya.”
[Sunan Al-Kubraa no. 9099]
[Sunan Al-Kubraa no. 9099]
![]() |
Mak and suami |
Dan anak lelaki kita akan mencontohi apa yang dilakukan oleh ayahnya in shaa Allah..
Isteri hendaklah taat kepada suami,Dan suami hendaklah ihsan terhadap isteri.. :)
Maksud ihsan dalam konteks ni,suami bertolak ansur dengan isteri. Contoh la,isteri request nak duduk 2,3 hari rumah ibu kandungnya,no hal. Suami bg. Kiranya saling bertolak ansur. Suami sentiasa meraikan pendapat isteri . kalau suami tak tak setuju untuk benda2 tertentu,dia cakap elok-elok sampai isteri faham dan boleh terima.
Even dah kahwin,dah ada anak pun dah, Izah dgn ma still macam dulu.
![]() |
Love u ma! |
Dulu sebelum kahwin, suami tanya 1 benda je kat Izah "awak boleh terima mak saya?" Dan satu syarat yang suami letak sebelum kawin ialah, "awak kena terima mak saya,Dan awak kena tahu di hati saya lepas Allah Dan rasul ialah mak saya,lepas tu baru awak". Ok ni syarat sebelum kawin.
Dan bila dah kahwin,alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Mertua dah macam mak sendiri..masa pantang,mertua yang jaga dengan ma.. Ma and mak,I love u both!
Moga kalian dalam rahmatnya sentiasa serta dipanjangkan umur.!
perkongsian yang menarik
ReplyDeleteTq dik sebab sudi singgah baca. Feel free to share . :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete