Straight to the topic.. tips Travel dengan anak kecil. Tak kiralah penerbangan antarabangsa atau penerbangan domestik/ atau menaiki bus,tak kisah.
Agak mencabar nak travel dengan anak kecil ni,anytime anak boleh tantrum. Nak-nak pulak anak yang baru pandai berjalan,fuhh memang menguji kesabaran.
Last holiday pergi Korea,masa tu anak baru 6 bulan. Merangkak belum pandai lagi. So tak ada pe'el sangat la kan. Smooth je nak handle.
Tapi makin besar ni,makin cerdik. Sel-sel otak berhubung nak explore semua benda baru di sekeliling.
Caranya macam mana nak handle ni?
Persiapan sebelum berlepas
Kalau flight pagi ,pastikan malam sebelumnya anak ckup tidur. So that pagi tu anak bangun tak da lah moodnya swing. Cuba bayangkan kalau anak tak ckup tidur,kita kejut bangun pagi, bila nak mandikan anak,dia akan buat perangai . Anak akan nangis,semua benda akan tak kena. Dan tak mustahil bila sampai airport pun anak akan buat perangai. Untuk part ni,seboleh-bolehnya cipta pagi yang ceria untuk anak.
Nanti pesan kat anak,yang kita nak pergi travel,nak enjoy every moment,nanti buat perangai baik2 je. anak kecil,ingatannya sangat kuat. Masa ni dia belajar mana satu betul,mana satu salah.
![]() |
Sesi pujuk memujuk sebab suhayl nak jilat cermin tepi tu..😂😂 |
Semasa di airport/stesen bas
1)Ajak anak bermain
Masa ni memang bab kejar mengejar memang akan ada. Merangkak atas tile,lepas tu kita ambik dia,dia dah start nangis kuat2. Start nk guling-guling. Macam Izah,suami dan Izah akan ambik peranan masing-masing. Kalau Izah pujuk, anak tak juga diam,suami akan take over. Biasanya anak akan lebih dengar apa yang ayahnya cakap. Once ayah cakap kat suhayl 'NO' ,dia macam dah faham. Tapi kalau dengan ummi,dengan ummi sekali nak terjatuh..😂😂 so Ibu kat luar sana tolong tambah sikit berat badan..😂😂
Ajak anak bermain. Dalam bag,Izah dah letak siap2 buku untuk baby,nak2 buku yang ada bunyi,flashcard untuk bekal dalam perjalanan. So that apa-apa senang,buka buku,buka flashcard nanti lama2 dia akan leka bermain.
![]() |
Ni buku boleh tekan2 keluar music. |
2)Alih Perhatian anak
Bila dah tantrum,anak tak dengar apa dah,Bawak anak tengok kawasan sekeliling . Sambil dukung,sambil bercerita kat anak apa tu,apa ni .. nak buka lagu ke apa ke tak kisah. Janji Perhatian anak teralih kepada benda lain. Nyanyi sama-sama dengan anak.
3)Kenyangkan perut anak
Jangan biarkan anak lapar. Bagi dia makan kenyang-kenyang sebelum berlepas. Baby yang berumur setahun,dia tak pandai lagi nak cakap lapar ke apa. Kalau lapar,dia nangis. Start gelabah la kita,minda Duk fikir apa la yang tak kena. Padahal anak lapar. So,biarkan anak kenyang dulu.
4)Make sure anak tak tidur
Sebelum berlepas make sure anak tak tidur. I means masa kat airport ni.. Sepanjang tu ajak anak bermain ke apa tak kisah,janji dia tak tidur. Sebab? Nanti bila dah Naik flight/bus dia akan tidur nyenyak senyenyak-nyenyaknya sebab letih! Hihi
Time dia tidur,boleh la Izah lelapkan mata kejap. Bila dah jadi mak2 memang tak ckup tidur.
![]() |
Letih main. Sepanjang dalam flight,tido. |
5)Dalam flight
Let say anak terbangun,ya Allah tak mustahil dia akan nangis sebab nak turun merangkak/berjalan. Time ni memang kena pandai pujuk hati anak. Bagi balik mainan dia biar dia bermain. Atau memang tak tahan sangat dah, dukung anak kejap ke belakang tandas.haha. tapi pastikan tanda isyarat padamkan tali keledar dah dipadamkan. So keadaan selamat untuk bawak anak kejap.
6)Tu je kot?
Buat masa ni tu je kot. Hihi
Jadi pelajar,isteri dalam masa sama jadi Ibu muda agak mencabar. Tapi in shaa Allah semuanya boleh jika kita set kat Minda kita,kita boleh! Tuhh macam lagu dah tu! Haha.
Ok bai!