Sunday, 9 October 2016

Cabaran Membesarkan Anak ketika Belajar

Assalamualaikum..

Cabaran Membesarkan Anak ketika Belajar.
Haa tu tajuk.. macam besar je cabaran..haha..sebenarnya tak pun..cuma nak bg gambaran untuk mommy-to- be out there cabaran tu dari segi apa..😂😂

Nak manage antara belajar dan anak,macam mana ye? Nak2 masa masih belajar.

Bila dah kahwin, Allah bagi rezeki anak. Alhamdulillah, bukan semua pasangan yang berkahwin Allah bagi anak. So for those yang dapat anak masa belajar,jangan gelabah tak tentu hala. Anak tu rezeki dan pengalaman membesarkan ank masa belajar ni tak semua orang dapat..

Dah bersedia nak ada anak?
Kena juga bersedia fizikal dan mental untuk tempuh semua ni.

1) Cabaran Menyiapkan Assignment
Mencabar kalau tak ada planning yang betul. Macam mana nak siapkan assignment?
Bila dapat je assignment,terus buat.jangan tunggu last minute baru nk siapkan. Nanti haru dunia.haha ..kenapa? Sebab kita tak tahu bila anak ok,bila anak tak ok. Dibuatnya anak sakit,memang 'takkan buat la assignment tu.
Bila nak buat assignment? Ada je masa free kat university or ada masa gap kt u,terus buat..manfaatkan masa sepenuhnya..

2)Cabaran bila ada quizzes 
Quiz ni something yang sakit otak kalau tak hadam betul2 time dalam kelas. Esok quiz, malam ni gelabah sebab tak sempat study.
So cara terbaik,sebelum masuk kelas sila tahu apa yang lecturer akan ajar. Kiranya masuk kelas tu tanya apa yang tak faham je. Kalau habis kelas awal,boleh la pergi ke library dan buat revision.so dengan cara ni,bila tiba hari quiz,tak da lah rasa terbeban sangat. Macam izah,lepas siapkan apa yang patut kat library,baru Izah pergi ambik anak. Bila anak dah kat rumah,memang susah sikit nak study sebab nak monitor anak buat apa. Nak2 anak dah pandai jalan,panjat memanjat tu memang dah kerja suhayl..

3)Simpan elok2 buku2 atau assignment 
Lawak kan point ni? Haha. Tapi betul.. Izah dah kena, suhayl panjat rak buku tarik buku2 dan start koyak buku. Kalau kena nota yang penting macam mana?😂😂

4) tak ckup rehat
Pagi nak pergi kelas,malam anak jam 1 atau 2 pagi baru tido. Rabak tak mata? Dah la  esoknya ada presentation. Fuhh memang mnguji kesabaran .. tapi kena keep positif,enjoy every moment. Sebab lepas ni sure akan rindu saat ni bila dah habis belajar. Allah sedang melimpahkan pahala kat kita. In shaa Allah kalau kita ikhlas, Allah akan mudahkan pelajaran kita.. dan benda ni izah akui memang betul.

Pernah malam tak ckup tidur,esoknya nak present+quiz..dalam hati ya Allah mudahkan segalanya. Last minute,tup2 lecturer WhatsApp cakap kelas batal.  Tup2 lecturer kelas satu lagi cakap nak habiskn silibus dulu. Bukankah tu pertolongan Allah? Haa ada la masa lagi nak prepare untuk present dan quiz.

Alhamdulillah izah enjoy jaga anak. Sekarang suhayl dah pandai panjat,agak letih bagi Izah nak berkejar tambah2 dengan sakit pinggang yang menjadi2.. tapi dengan keadaan ni lah Izah jadi makin kuat.

Anak adalah amanah yang Allah titipkan buat kita. Izah hepy dengan keadaan sekarang. Belajar,jaga anak, urus rumahtangga. In shaa Allah nanti dah tua,anak pulak jaga Izah. Nak pencen awal. Umur 35 nak round the world. Time tu anak dah besar.😁

Please,enjoy every moment.. suhayl jangan cepat besar taw,nanti ummi akan rindu saat2 ni..😭😭

Bagi yang cakap susah ada anak time belajar,for me tak susah kalau kita pandai handle..😘



Time tidur nak suh dia bangun,time bangun nak suh tidur.😅

No comments:

Post a Comment