Malam ni rasa nak meluahkan apa yang duk tahan dalam dada ni .haha
1) Jangan mengeluh
Ni nak cakap perihal ujian Allah bagi. Sakit,sihat,bahagia, semua itu adalah ujian . Macam mana kita sebagai hambaNya jalani semua tu.bersyukurkah kita saat gembira? Sabarkah kita saat derita?
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)
So jangan sesekali mengeluh. Memanglah sebagai manusia kita kadang2 lemah. First sekali yang kita kena buat,bagi masa untuk diri bertenang. Sentiasa positif,suntik balik semangat dalam diri supaya terus kuat disaat hati sedang goyah.
Nikmat yang Allah dah bagi terlalu banyak. Kenangkan nikmat yang banyak tu. Sentiasa tengok ke bawah,tengok orang yang lebih susah dari kita .
Ujian Allah ni pelbagai bentuk. Allah nak tahu siapa dalam kalangan hambaNya yang paling bersyukur. Syukur dengan ujian. Kuatkan semangat,teruskan melangkah.
Macam Izah sendiri, macam2 ujian sebelum ni Izah telan. Time tu cakap kat diri Allah tahu yang terbaik dan akan bagi/ganti dengan lebih baik.
Exam spm dalam ward tanpa preparation yang ok. Agak2 macam mana keadaan tu? Tapi at last Allah bagi izah rasa gembira saat tengok result.
Allah bagi nikmat yang bertambah2..kahwin time Izah struggle dengan penyakit. Tapi Allah bagi suami yang boleh jaga Izah. Yang sanggup jaga Izah. Mana nak cari seorang laki2 yang sanggup kahwin awal sebab nak jaga seorang perempuan yang semestinya akan buat dia tak tidur malam,kena get ready anytime sebab wife dia sakit? Allah campak kasih sayang ke dalam hati suami untuk jaga Izah.
Dan semua orang tak expect izah dapat prgnnt. When Allah say kun,so it be. Alhamdulillah sepanjang mengandung Izah enjoy it. Time tu time paling aktif dan bertenaga. Alah nikmat Allah terlalu luas dibandingkan dengan ujian yang seciput.
Apa Allah buat ada hikmahnya. Sebab Allah adalah sebaik2 perancang. Doakan izah terus kuat dan kuat demi anak dan suami .. sekarang tengah struggle nak habiskn sem ni.. tiap2 Malam tak dapat tidur sebab sakit..😥 tapi harap dapat kuat hingga ke akhirnya..
Hidup ni kejap je,sementara masih hidup,nak buat yang terbaik sementara menunggu kehidupan yang abadi di sana.
Lots of love :Izah..😘😘
P/S: jangan lupa like page Zeneera HQ. Sape teringin nak pakai jubah seluar bolehlah beli dengan Zeneera HQ..nanti raya haji boleh kejar lembu sebab jubah tu ada seluar ..haha.. ok doakan kejayaan Izah..😇😇
No comments:
Post a Comment