Friday, 23 August 2019

Kereta breakdown berhampiran pintu gerbang Gua Musang waktu Maghrib

Assalamualaikum..

 Dah hampir seminggu selepas kejadian kereta breakdown waktu nak balik KL, sekarang baru ada kekuatan untuk cerita rentetan kejadian. Hari ni nak cerita gaya bahasa novel. buleh ko?πŸ˜‚

Jam 7.15 malam.

         Kereta meluncur tidak terlalu laju membelah jalan sempit melepasi bandar Kuala Krai. Keadaan jalan raya clear. Tidak sibuk dengan kenderaan. Hanya beberapa biji kenderaan sahaja datang dari arah bertentangan, menandakan mereka datang dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai. Mata mulai mengantuk, tapi memandangkan sudah hampir Maghrib, maka terpaksa dibuntangkan biji mata supaya tidak tertidur.

      Izah bertindak sebagai co-pilot, sedia menemani suami memandu. Kedengaran alunan Surah Al-Baqarah dari corong radio. Perlahan-lahan alunan ayat suci kami ikut bersama-sama membacanya.
Untung juga waktu sekolah dulu jadi ahli kelab Tahfiz.
Sesekali rengekan suara Dhuha mengingatkan bahawa dirinya perlu disusui. Di bahagian tempat duduk belakang, Suhayl sudah hampir 20 minit lena dibuai mimpi.

    Cahaya kuning jelas kelihatan di ufuk timur, menandakan siang bakal melabuhkan tirainya.
Kereta bergerak dengan kelajuan 70km/h, tiba-tiba telinga menangkap satu bunyi, seakan-akan kain yang berkibar. Keadaan kereta semakin slow .



(ok kita masuk gaya bahasa biasa pulak.haha )

  tepatnya bunyi tu gini "kepeh,kepeh,kepeh" πŸ˜‚


"eh yang bunyi gapo ni?(eh sayang, bunyi apa ni?), Izah tanya suami.

"Macam bunyi tayar pecah", cepat suami membalasnya.

'Ke tepi yang, cepat ke tepi. Alamak, tempat nak berhenti tak dok pulok(tempat nak berhenti tiada pula). Jalan sempit ni. 

Bernasib baik, di depan sikit ada tempat sikit untuk park kereta. Allah sayang, waktu kereta tiba-tiba lost power tu, kat depan dan kat belakang kereta tiada kenderaan lain. Hanya kereta Izah satu-satunya di situ.

"Ok tak pa, jap saya call abang bagitahu dia kereta breakdown," dengan penuh tenang bagitahu suami. Bila tengok jam, 7.26 malam. Elok je buka handphone nak call, dekat skrin telephone belah kiri atas jelas terpapar
 "emergency call only". 😰😰


No internet connection, no network coverage"
 
Boleh bayang tak, waktu nak call bagitahu family kereta breakdown langsung tak dapat sebab tak ada network. 😭 Dekat mana waktu tu? punnnn kitorang tak tahu kat mana. Bila buat kira-kira mungkin 20-30 kilometer selepas bandar Kuala Krai.

Suami cakap mungkin timing belt yang putus.



Call talian kecemasan
Izah minta suami call 999 dan minta sambungkan ke Balai Polis Kuala Krai.  Suami turun kereta dan cari network coverage kat luar.
Hampir tiada cahaya mentari. Matahari dah hampir tenggelam. Dalam masa yang sama, Izah dapat 1 line untuk call. Sempat juga call abang bagitahu kereta breakdown walaupun dalam keadaan line putus-putus.

so, dalam waktu emergency macam ni, buatlah laporan dekat polis dulu untuk bagitahu keberadaan kita kat mana. Bagi no plate kereta dan jenis kenderaan kita sekali. Supaya kita ada dalam record. Kalau jadi apa-apa, balai terdekat dah tahu.

7.30 malam-10 malam stuck di situ
Dari jam 7.30 malam-10 malam memang stuck di situ. Kitorang matikan aircond dan lampu kereta sebab takut bateri pulak yang habis power. Sekali sekala je buka lampu dalam kereta bila Dhuha merengek.
Kiri kanan hutan , tiada kereta pun yang berani berhenti . Dan Izah sendiri pun takut kalau ada kereta berhenti sebab takut orang jahatπŸ˜…. Lampu jalan pun langsung tak ada okeh tempat tu.

Memang betul-betul dalam kegelapan dan kepanasan. Bunyi cengkerik je la berpesta dari dalam hutan.  Suami pula banyak duduk luar kereta sebab cari line telephone.Dia minta Izah kuncikan kereta dari dalam. Kalau ada orang jahat dari jauh dia boleh nampak katanya.
Izah pulak risau sebab takut  lori dan kereta tak nampak ada orang kat luar. Nauzubillah minta jauh dari sebarang malapetaka.

Ni lah keadaan waktu tu. Memang gelap. 


Instinct dah rasa lain macam.
Dari Tanah Merah Izah dah rasa tak sedap hati. datang satu perasaan takut yang tak boleh nak describe. Nak je bagitahu kat suami masa tu "jom kita patah balik Pasir Mas, saya rasa tak sedap hati la".
Tapi kata-kata tu berlegar dalam kepala je. Sebab suami Izah ni jenis kalau nak pergi, dia akan teruskan perjalanan je. Takkan patah balik dah. 
Cuma masa tu Izah berdoa je la "Ya Allah jauhkan kami daripada sebarang malapetaka Ya Allah. Selamatkanlah perjalanan ni hingga akhirnya."

 Doa ni supaya dijauhkan dari malapetaka ni, Izah minta sungguh-sungguh waktu hari Arafah. Alhamdulillah  syukur Allah kabulkan. Allah lindung semuanya.

 Ada hamba Allah berhenti
Ada sorang hamba Allah berhenti tanya apa yang dah jadi. Kebetulan waktu tu, suami dapat coverage dan call towing Kuala Krai untuk towing kereta. Dan hamba Allah cakap dengan orang towing tu, Izah dengar macam ni,
"Keberadaan selepas pintu gerbang Gua Musang, tempat kemalangan yang berlaku baru-baru ni".

So waktu tu baru tahu kereta sebenarnya breakdown kat mana. Maknanya, dah 50km dari bandar Kuala Krai la.

Yeay hamba Allah ni bawa bulan. Dalam kekalutan pun sempat lagi berseloroh. Dia baawa lampu putih yang bulat macam bulan. Excited sebab ada cahaya kejap. Hahaa

Tenang dan positif
Waktu-waktu macam ni sangat-sangatlah penting untuk sentiasa tenang dan positif. Sebab ada 2 orang anak untuk di jaga waktu ni. Kalau ummi ayah tak tenang, bimbang anak-anak pulak yang menangis. Izah risau juga, takut kena panic attack. Sebab ada rasa pening dan susah nak bernafas.
Dari memburukkan keadaan, so Izah dan suami sama-sama kuatkan semangat antara satu sama lain.

Suami duk tanya awak ok ke, maaf lah sebab kereta breakdown.
Ya Allah, benda ni berlaku di luar kehendak kita. So sekarang, jangan tanya kenapa semua ni terjadi. Cuba cari jalan keluar.

Suhayl? Alhamdulillah , dia faham . Always duk tengok kereta breakdwn dalam youtube, so dia tahu nanti akan ada towing datang ambil. Waktu ni Izah ajar dia baca doa banyak-banyak.



Doa ni diulang-ulang baca. 



Suhayl nasib baik kau mengerti nak.

Ayat-ayat quran
Jangan lupa baca ayat-ayat quran. 3 kul dan ayat Kursi. Al-baqarah pun baca jugak. Ayat seribu dinar pun sama. Sebab kita hidup berkongsi alam dengan Syaitan, Jin dan Iblis. Benda ni kita tak boleh deny ok?

Tak nak diorang datang memburukkan lagi keadaan. Sebab kitorang suami isteri dapat rasa keberadaan diorang di sekeliling kereta. Bukan perasaan yang melebih, tapi benda nyata yang nampak dengan mata kasar. Okeh yang ni cerita sampai takat ni je.πŸ˜…

Rupa-rupanya kawasan yang kereta breakdown tu, kawasan yang sentiasa berlaku kemalangan maut dan tempat yang kereta-kereta lain pun breakdown.




Polis tak jumpa cari, towing yang sampai
Polis tak jumpa cari kitorang sebab kitorang berada dalam jajahan Gua Musang. Diorang cari sehingga sempadan Kuala Krai, bila melepasi sempadan kes  ni terpaksa di'transfer' ke Balai Polis Gua Musang. Tepat jam 10 towing dari Kuala Krai sampai. Bila di tengah jalan, terserempak Police MPV yang cari kitorang tadi. So dorang escort sehingga ke Stesen Minyak Kuala Krai.

Abang Izah dah tunggu dekat stesen minyak yang dijanjikan di Kuala Krai.

Terima Kasih Abang-abang polis.

Yang towing kereta pun datang berteman waktu datang towing. Sunyi katanya jalan tu. Orangnya mudah berkira, seney baso. So selamatlah kereta di towing sejauh 100 km.


Terima kasih!
Terima kasih semua kawan-kawan facebook yang bertanya khabar, yang whatsapp untuk tanya keadaan. Moga urusan kalian di mudahkan Allah dan kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka. amin!




No comments:

Post a Comment