Wednesday, 4 September 2019

Keluar darah sebelum bersalin, perlu solat atau tidak?

Assalamualaikum. Entri ni tertunda dari tahun lepas lagi. Nak tulis, nak update tapi hampeh duk layan benda lain dulu. Ampunnn..😅

     Terdetik untuk share topik ni selepas lahirkan Dhuha. Izah lahirkan Dhuha di Kota Bharu Medical Centre, tapi sebelum ke KBMC, Izah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Krian sebab ada pre-term contraction sebelum 37 minggu. Sempatlah bermalam di HUSM selama 3 hari hari 2 malam.  Jadi, sewaktu menunggu di labour room, biasalah sometimes jadi banyak mulut pulak. Tanya tu, tanya ni dengan ibu preggy yang lain. 

Terlepas waktu Maghrib
Bila masuk waktu solat maghrib, Izah minta dengan staff nak solat. Staff cakap tunggu dulu ye sebab doktor nak datang check kejap lagi. Tik tok jam dah 8 malam, bila bangun lagi sekali minta untuk solat,jawapan staff masih sama. Supaya tunggu kejap. 
Sehinggalah habis waktu Maghrib doktor tak juga datang check. Haa waktu ni Izah dah rasa macam sedih la sebab bab solat boleh buat macam ni. 
Bila masuk je waktu Isyak, 
Izah pergi dekat staff cakap nak solat. 
Terbebel lah sikit bagitahu : " dari tadi cakap doktor nak datang check, saya nak minta diri untuk solat pun minta tunggu sehingga terlepas waktu maghrib. Ni dah masuk Isyak ." 
Staff tu pun nampak rasa serba salah. Minta maaf ya, tiada niat untuk marah banyak, niat untuk marah sikit je sebenarnya.😆.
 Last sekali Izah pergi ambil wudhu', solat dekat ruang kosong depan bilik rawatan.Kat situ ada kain sembahyang, staff ambil dari dalam almari di sisi dinding. Tiada orang yang lalu lalang, bersih dan tiada masalah kalau nak solat. 

Akak dah solat?
Lepas siap solat fardhu+qadha  , Izah masih setia menunggu di hadapan labour room, ada akak kat tepi dalam usia 40 tahun menunggu untuk naik ke ward. Duk borak-borak tu, Izah tanya :
 "akak dah solat? Dalam almari hujung sana ada kain sembahyang."
Akak tu jawab :
Belum lagi dik, show dah ada(darah), jadi tak solat la.
Entah kenapa, mulut boleh pulak terkunci. Izah diam je tak bagitahu apa-apa. Dalam kepala je bermonolog. Bimbang takut kata nak ajar orang lebih tua pulak. Tambah-tambah duk tengok dia tengah tahan contraction, jadi diam waktu ni lebih baik rasanya. 😅 

3 hari 2 malam di ward :
Wad ni menempatkan hanya ibu-ibu yang mengandung. Di wad, katil Izah berhadapan dengan bilik solat. kebenaran yang pahit untuk diterima adalah hampir separuh ibu preggy tak solat. Mulanya ingat mungkin Izah yang tak perasan yang dorang dah solat kot? Jadi hari ke dua, tak ada kerja, kita cari kerja, kita tengok la muka-muka yang masuk solat. Semua muka-muka sama. Izah minta maaf dengan kebenaran yang Izah bagitahu ni. Tiada niat untuk membuka aib, cuma keadaan ni sepatutnya tidak berlaku.😔😔
Keluar darah sebelum bersalin, perlu solat atau tidak?
Perlu. Mengikut Mazhab Syafie, darah yang keluar sebelum bersalin adalah darah fasad/istihadah(darah yang rosak), bukan darah nifas. 
Setelah melahirkan baru disebut darah nifas. Jadi, hukum solat : wajib.
Boleh ditunaikan mengikut keadaan ibu mengandung. Kalau tak mampu berdiri, boleh tunaikan secara duduk. Tak mampu duduk, boleh tunaikan secara berbaring.
 
Kalau darah keluar banyak macam mana ? atau air ketuban keluar tak henti ?
Yang ni, sebelum berwudhuk, cuci kemaluan dulu.
 Pakai pad dan berwudhu'lah macam biasa.
Cuma, 1 wudhuk untuk 1 solat fardhu. Untuk solat fardhu yang lain, perlu perbaharui wudhu'.


Bersalin satu jihad, jika meninggal ia dikira syahid 
Bukan mudah untuk lahirkan sorang-sorang anak ni. Sakitnya macam nak terputus nyawa. Time contraction ni jangan ada pak lawak sudah. Dah la tengah sakit, nak kena gelak lagi layan dia melawak. Rasa nak tendang ja. Dah la kita nak guna banyak tenaga .😂
Kalau waktu ni Allah tarik nyawa, in shaa Allah kita syahid setelah melaksanakan hak Allah (solat).


Sampai ketemu lagi yaa!



Gambar sekadar hiasan


Tuesday, 3 September 2019

Cabaran pekerjaan untuk Generasi Y dan Z

Assalamualaikum.  
 Entri kali ni olahan kepada apa yang membelenggu dalam minda. Kebetulan semalam kitorang keluar, biasa dalam kereta jadi tempat untuk berdiskusi kami suami isteri. Sebelum tu, sekali lagi Izah bukan orang yang tepat untuk berbicara soal ni. Cuma rasa nak share apa yang Izah rasa ada bernasnya.

  Sebenarnya banyak benda yang Izah fikir kebelakangan ni. Kalau tengok sekeliling, kenapa peluang pekerjaan terlalu sengit? Fresh graduate ramai yang menganggur. Sedangkan mereka dah usaha sehabis baik dalam menuntut ilmu dan menamatkan pengajian. 
Kesimpulan yang Izah dapat buat dari apa yang suami share adalah :


5 generasi

gambar ihsan google


1. Pre Baby Boom (lahir pada ≤ 1945 )
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. Generasi X (lahir antara 1965 – 1979) – Generasi X
4. Generasi Y (lahir antara 1980 – 1994) – Generasi Y
5. Generasi Z lahir selepas 1995

Ok, yang Izah highlight adalah generasi Baby Boom dengan generasi Y/ Milennial, (iaitu Izah sendiri).

Baby Boomer adalah mereka yang paling bertuah. Kenapa  macam tu? Sebab waktu ni, peluang pekerjaan senang dapat. Habis belajar memang dapat kerja. Keadaan ekonomi stabil, negara pulak baru nak membangun, jadi banyak peluang pekerjaan wujud. Bila lahirnya generasi Y, iaitu anak-anak kepada baby boomer, mereka melihat ibu ayah mereka sebagai orang yang berjaya.  Kebanyakkannya adalah ibubapa yang bekerjaya dan ekonomi waktu ni melimpah ruah. Jadi, generasi Y berharap akan berjaya seperti ibu bapa mereka.

Apa yang Izah selalu dengar dari kecil, belajar rajin-rajin nanti dapat kerja besar. Gaji besar. Kerja kerajaan, hidup senang. So, inilah yang kita duk semai nak capai.

Ekonomi merosot
Pada tahun 1997, ekonomi mulai merosot. Sejujurnya, pengakhiran sementara untuk sesebuah kebahagiaan yang dicapai. Harga barang meningkat, ekonomi merudum, peluang pekerjaan terhad. Tapi, teknologi berkembang pesat.
Kami baru nak bertatih kot?
Tahun demi tahun, banyak pekerja yang hilang pekerjaan. Kerja banyak di ambil alih oleh mesin dan robot. Peluang pekerjaan masih ada, tapi susah sangat nak dapat. Sijil-sijil pengajian dah jadi seperti cop sirim .'Ok done, yang ni dah habis belajar.'
Sedih bukan?


Isu Global Bukan Hanya di Malaysia- petikan Metro 4 September


 Laporan baru-baru ini menunjukkan, siswazah yang sudah enam bulan menyelesaikan pengajian mereka adalah antara 400,000 individu sedang menganggur dalam negara.

 Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, antara cabaran besar dihadapi mereka selepas menamatkan pengajian ialah kesukaran memperoleh pekerjaan sesuai, pembayaran gaji kurang setimpal dan tidak mempunyai pengalaman seperti dikehendaki majikan.

Apa sepatutnya Gen Y, Gen Z perlu lakukan?
"Jadi kita nak buat apa yang?", soal Izah pada suami.

 Rebut setiap peluang yang datang. Kalau kita dapat tawaran kerja yang rendah dari kelulusan kita, grab je dulu. Jangan tangguh dan bazirkan masa dengan menunggu tawaran yang lebih baik. Kalau awak menunggu selama dua tahun dengan menolak tawaran gaji RM1800 sebulan, berapa banyak gaji yang dah awak lepaskan semata-mata menunggu yang lebih baik?

Kalau tawaran kerja tak datang-datang, banyak lagi optional lain yang awak boleh lakukan.
 Contoh, berniaga kecil-kecilan , atau buat grab sementara waktu, atau asah skill yang sememangnya awak dah ada. 
Skill tu mahal. Zaman sekarang, siapa ada skill yang orang lain tak ada, dia beruntung. 
Contoh lagi, kalau awak minat menulis, awak gilap skill awak jadi penulis berjaya. 
Tak semua orang ada skill menulis taw? Kalau awak ada skill mengunting rambut, awak asah sampai jadi barber yang berjaya. Skill ni tak semua orang ada. Tapi masih boleh dipelajari.
Awak faham apa yang saya cuba sampaikan? Generasi milennial kena bijak curi peluang dan grab cecepat peluang yang datang. 

Tuntut ilmu satu keutamaan
 Tapi awak tetap harus belajar. Hidup ni, sampai ke mati kita kena belajar. Gunakan sebaik mungkin otak yang Allah bagi untuk sentiasa berfikir. Membaca, berfikir dan menyelesaikan masalah. Tu kunci untuk tackle otak supaya ianya sentiasa bekerja. Saya masih akan sambung belajar sehingga peringkat tertinggi, walaupun lambat dari orang lain. Bukan semata-mata untuk kerja, tapi untuk ilmu tu sendiri.-Omrie Hasbullah, suami yang sentiasa bagi semangat.


Sentiasa berusaha
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS.13:11

  Nasib kita, kita yang tentukan. Pilihan tu sendiri adab di tangan kita. Kalau dalam fikiran nak mengharapkan kerja kerajaan semata-mata, susah jugak. 😅 Scopes rezeki ni luas. Bertebaranlah di bumi Allah dalam mencari rezeki yang halal. Bukan manusia memberi rezeki, tapi Allah. Kita? Kena berusaha.