Assalamualaikum. Entri ni tertunda dari tahun lepas lagi. Nak tulis, nak update tapi hampeh duk layan benda lain dulu. Ampunnn..😅
Terdetik untuk share topik ni selepas lahirkan Dhuha. Izah lahirkan Dhuha di Kota Bharu Medical Centre, tapi sebelum ke KBMC, Izah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Krian sebab ada pre-term contraction sebelum 37 minggu. Sempatlah bermalam di HUSM selama 3 hari hari 2 malam. Jadi, sewaktu menunggu di labour room, biasalah sometimes jadi banyak mulut pulak. Tanya tu, tanya ni dengan ibu preggy yang lain.
Terlepas waktu Maghrib
Bila masuk waktu solat maghrib, Izah minta dengan staff nak solat. Staff cakap tunggu dulu ye sebab doktor nak datang check kejap lagi. Tik tok jam dah 8 malam, bila bangun lagi sekali minta untuk solat,jawapan staff masih sama. Supaya tunggu kejap.
Sehinggalah habis waktu Maghrib doktor tak juga datang check. Haa waktu ni Izah dah rasa macam sedih la sebab bab solat boleh buat macam ni.
Bila masuk je waktu Isyak,
Izah pergi dekat staff cakap nak solat.
Terbebel lah sikit bagitahu : " dari tadi cakap doktor nak datang check, saya nak minta diri untuk solat pun minta tunggu sehingga terlepas waktu maghrib. Ni dah masuk Isyak ."
Staff tu pun nampak rasa serba salah. Minta maaf ya, tiada niat untuk marah banyak, niat untuk marah sikit je sebenarnya.😆.
Last sekali Izah pergi ambil wudhu', solat dekat ruang kosong depan bilik rawatan.Kat situ ada kain sembahyang, staff ambil dari dalam almari di sisi dinding. Tiada orang yang lalu lalang, bersih dan tiada masalah kalau nak solat.
Akak dah solat?
Lepas siap solat fardhu+qadha , Izah masih setia menunggu di hadapan labour room, ada akak kat tepi dalam usia 40 tahun menunggu untuk naik ke ward. Duk borak-borak tu, Izah tanya :
"akak dah solat? Dalam almari hujung sana ada kain sembahyang."
Akak tu jawab :
Belum lagi dik, show dah ada(darah), jadi tak solat la.
Entah kenapa, mulut boleh pulak terkunci. Izah diam je tak bagitahu apa-apa. Dalam kepala je bermonolog. Bimbang takut kata nak ajar orang lebih tua pulak. Tambah-tambah duk tengok dia tengah tahan contraction, jadi diam waktu ni lebih baik rasanya. 😅
3 hari 2 malam di ward :
Wad ni menempatkan hanya ibu-ibu yang mengandung. Di wad, katil Izah berhadapan dengan bilik solat. kebenaran yang pahit untuk diterima adalah hampir separuh ibu preggy tak solat. Mulanya ingat mungkin Izah yang tak perasan yang dorang dah solat kot? Jadi hari ke dua, tak ada kerja, kita cari kerja, kita tengok la muka-muka yang masuk solat. Semua muka-muka sama. Izah minta maaf dengan kebenaran yang Izah bagitahu ni. Tiada niat untuk membuka aib, cuma keadaan ni sepatutnya tidak berlaku.😔😔
Keluar darah sebelum bersalin, perlu solat atau tidak?
Perlu. Mengikut Mazhab Syafie, darah yang keluar sebelum bersalin adalah darah fasad/istihadah(darah yang rosak), bukan darah nifas.
Setelah melahirkan baru disebut darah nifas. Jadi, hukum solat : wajib.
Boleh ditunaikan mengikut keadaan ibu mengandung. Kalau tak mampu berdiri, boleh tunaikan secara duduk. Tak mampu duduk, boleh tunaikan secara berbaring.
Kalau darah keluar banyak macam mana ? atau air ketuban keluar tak henti ?
Yang ni, sebelum berwudhuk, cuci kemaluan dulu.
Pakai pad dan berwudhu'lah macam biasa.
Cuma, 1 wudhuk untuk 1 solat fardhu. Untuk solat fardhu yang lain, perlu perbaharui wudhu'.
Bersalin satu jihad, jika meninggal ia dikira syahid
Bukan mudah untuk lahirkan sorang-sorang anak ni. Sakitnya macam nak terputus nyawa. Time contraction ni jangan ada pak lawak sudah. Dah la tengah sakit, nak kena gelak lagi layan dia melawak. Rasa nak tendang ja. Dah la kita nak guna banyak tenaga .😂
Kalau waktu ni Allah tarik nyawa, in shaa Allah kita syahid setelah melaksanakan hak Allah (solat).
Sampai ketemu lagi yaa!
No comments:
Post a Comment