Hari ni rasa nak buat tajuk ni. 😁
Kalau nak berbahas soal hidup. Perbahasannya takkan pernah habis.
Dari awal kelahiran hingga kematian.
A cakap macam ni, B cakap jalan hidup dia macam ni. C pula cakap apa yang dilaluinya macam ni. Rencah yang berbeza. Onak yang dilalui tak sama.
"Bestnya kehidupan dia",. Pernah kan hati kita tergetus macam ni?
Kehidupan dia nampak perfect tiada cacat.
Tapi kita tak pernah tahu apa yang disembunyikan di lubuk hati mereka.
Setiap orang ada masalah
Ye Setiap orang ada masalah. Hidup tanpa masalah tu memang mustahil.. Cuma Setiap masalah manusia berbeza.
Yang selalu suami Izah pesan, jangan sampai masalah tu membunuh awak.
Membunuh semangat dan kecekalan.
Kita kena pandai deal dengan masalah. Anggapnya cabaran. Cari jalan keluar. Bukan berterusan merintih membuang masa dan lama-kelamaan semangat juga terbang hilang bersama-sama.
Lagi bertambah masalah. Ye tak?
Jangan terlalu fikir masalah
Jangan terlalu fikir akan masalah. Bukan bermaksud kita meninggalkan terus, tapi cuba cari jalan macam mana untuk keluar.
Bila kita terlalu fikir masalah, kita fokus untuk masalah tu.
Cuba kita fokus 'Aku boleh atasi semua ni, datanglah ribut, taufan, umpat cela, caci maki, kita masih boleh bertahan. Malah makin menjadi manusia berguna. Kental dan teguh. Seteguh karang di laut?'
Allah tidak membebani seseorang sesuai kesanggupannya.
Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
Kita rasa berat untuk lalui, tapi ujian tu sentiasa setimpal dengan kekuatan yang kita ada.
Setiap kesabaran dari mereka yang menjatuhkan, kita dapat pahala nya.
Mungkin ni antara amal yang akan tarik kita ke syurga.
Tak perlu menjelaskan siapa kita
Biarlah kita dipandang rendah oleh manusia lain, kita tak perlu menjelaskan siapa kita.
Sebab yang kita perlu fokus adalah darjat kita di sisi Allah. tu yang utama.
Kita?
Tetap terus berusaha, buat je kerja kita.
Ikhlaskan niat.
Biarlah mereka yang tak suka tu. Itu hanya picisan yang tak perlu kita pening kan kepala pun sebenarnya.
Terus berusaha, pandang ke depan.
Rezeki kita bukan ada di tangan manusia, tapi di tangan Allah.
Nak tarik hati manusia atau hati Allah?
Masih ada yang sayang
Ada lagi yang masih setia menemani kita. Bersyukur sebab masih ada yang sayang.
Masih ada ibu bapa, masih ada keluarga yang menyokong.
Masih ada kawan-kawan yang sudi meminjamkan bahu saat kita lelah dengan tomahan.
Kita berutung kerana masih ada tempat berteduh, makanan tak pernah sampai bercatu, baju yang masih bertukar. 😊
Biarkan kejayaan kita yang berbicara nanti.
Biarkan kelakuan kita yang menjelaskan siapa kita sebenarnya.
Tak perlu untuk banding kan diri dengan siapa-siapa pun sebenarnya.
Allah lebih berhak untuk kita tarik perhatian Nya. 😊
P/S : mengantuk teramat, tapi Cuba untuk celik kan mata. Sebab tu terhasilnya entri ni. 😆
No comments:
Post a Comment