Sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan, PKP. Hari-hari berdoa supaya wabak Covid-19 ni cepat berlalu dan moga kita semua terselamat daripada wabak ni. Amin.
Straight to the point, Izah nak share resepi Nasi Kerabu Kuning. Ni kali kedua Izah buat nasi kerabu selepas 6 tahun kahwin. hihi. Kali pertama buat, ma Izah guide. Kali ni sendiri guide. Oh terasa diri ini sudah sedikit tua. 😁
Biasa mertua buatkan nasi kerabu bila balik ke Bangi hujung minggu. Atau kalau nak makan, beli je yang siap. Musim PKP ni, nak keluar pun risau.😅
Oh yaa jom masak. Cadangan hidangan untuk 6-8 orang makan. Kalau lebih, boleh simpan dalam peti ais.😁
Sambal ikan kelapa nasi kerabu
Bahan-bahan :
1/2 biji kelapa parut
7 ekor ikan sardin
5 ulas bawang merah(tumbuk)
1 inchi halia(tumbuk)
Serai 2 batang(tumbuk hingga hancur)
Gula 1 sudu
Garam 1/2 sudu kecil
1/2 keping gula melaka
Budu 1 sudu besar
Cara2:
1)Rebus ikan dgn asam keping dan garam.
Angkat dan ambil isi ikan.
Goreng isi ikan tanpa minyak sehingga kering air ketepikan.
2)Goreng isi kelapa parut tanpa minyak hingga perang dengan api yg sangat2 kecil. Ketepikan.
3)masukkan gula ke dalam air panas, gula melaka garam, budu. Kacau sebati. Anggaran air panas tu dalam 80 ml. Ketepikan.
4)Masukkan isi ikan yg dah di goreng dan isi kelapa parut ke dalam kuali. Gaul rata.
5)Kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk(serai, halia, bawang merah), masukkan campuran gula, gula melaka, garam dan budu.
6) Gaul hingga sebati ke semua bahan. Siap dan tutup api.
p/s : sepanjang handle ni, Izah guna api yang kecil untuk elakkan sambal ikan kelapa ni hangit.
![]() |
goreng sampai perang macam ni isi kelapa. |
![]() |
isi ikan yang digoreng tanpa minyak |
![]() |
Ni bila dah campur dengan semua bahan-bahan. |
Tumis Nasi kerabu (tumis nasi kerabu ni banyak sikit taw, kalau just nak makan untuk 4-6 pax orang boleh bahagikan bahan-bahan kepada dua bahagian)
Bahan kisar :
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah,
1/2 labu bawang putih
1/2 biji bawang holland
1/2 inch halia
Bahan lain :
2 batang serai diketuk
1 keping asam keping
2 kotak santan kara
Garam
2 sudu besar gula
4sudu besar budu
Garam 1/2 sudu kecil
Cara-cara :
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan 1 cawan air dan biarkan sedikit kering.
Masukkan santan dan kacau dan kacau. (so that santan tak berketul),
Masukkan serai dan asam, kacau sehingga mendidih sebelum masukkan gula.
Masukkan gula dan gula melaka.
Masukkan garam dan masak sehingga pecah minyak.
Doneeee.
![]() |
Bahan untuk Nasi Kuning:
2 helai daun limau purut
1 sudu besar butter
Sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit atau nak guna pewarna kuning pun boleh.
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas sewaktu memasak nasi.
Sayur-sayur:
Taugeh
Kubis
Kacang panjang
Atau korang boleh guna mana-mana sayur yang korang suka.😊
Hiris nipis-nipis.
Ikan celup tepung :
Ikan
Tepung Cap Bestari
Telur 2 biji
1/3 cawan air
![]() |
Ni tepung cap Bestari tu. rasa dia pedas-pedas. |
Cara-cara :
Masukkan 2 biji telur, tepung cap bestari dan air ke dalam satu mangkuk dan gaul rata.
Celup ikan dan goreng.
Sewaktu menggoreng, letakkan bancuhan tepung sedikit ke atas ikan. Jadi, tepung tu akan melekat.
😁
![]() |
Dah siap. Boleh makan. seee tangan kecil Dhuha nak ambil sayur.😂 |
No comments:
Post a Comment