Wednesday, 8 October 2014

Ujian adalah Rahmat.. Diari seorang Hamba.


Nikmat ujian Kau beri
Pada 9 Ramadhan 1432H
Tika cahaya zohor mengorak langkah,
Badan tersadai lemah
Dan..
Di katil putih itu ibu mengingatkan tentang hikmah.

Tika sahabat lain berjuang untuk
Percubaan SPM
Aku berjuang di hospital untuk terus hidup
Tanpa disedari 'drip line' di tangan. 
Kesakitan yang tiada henti
Hanya Allah tahu antibiotik melalui drip line itu perit
Venturi mask itu tidak menyenangkan
aku harus kuat
Quran menjadi teman akrabku
Walaupun ada ketika nafasku menjadi begitu payah,
Namun aku kuatkan diri 
untuk membacanya
Inilah kalam Allah, yang tak boleh aku tinggalkan
Biar payah, biar sakit
Aku tidak kisah
doa tidak pernah putus
Mengharap yang terbaik dariNya..

Tidur tidak lagi memberi kerehatan,
Makanan tidak langsung menarik minatku,
Kerana tika itu, seolah-olah aku manusia tanpa nafsu.
Sering ku dengar alunan Quran
Namun entah dari mana

Azan asar berkumandang
Dengan kepayahan 'drip line' ditangan,
Aku gagahi untuk berwudhuk
Kain sembahyang ku ambil,
Namun tika itu seolah-olah masa untuk ku tiada lagi
Nafas bagaikan terhenti seketika
Tangan dan kaki membiru
Lafaz "lailahaillallah" di ajar kepadaku..
Terdengak esak tangis abangku
Aku pasrah, aku redha..
Jika itu terbaik buatku..
Aku ikhlas untuk pergi..
Kau sudah memberi ruang untukku 
Untuk merasakan kehidupan seorang insan normal
Yang punya keluarga dan teman-teman
Dan..
Mata terpejam tanpa di sedari..

Benar..
Ajal itu tidak boleh dicepatkan atau dilambatkan walau sesaat
Allah..
Ternyata masih ada rezeki buat ku..
Walaupun dengan wayar oksigen
Kau mengizinkan untuk aku terus bernafas.
-azizah,KPJ Perdana,2012..

Allah maha Penyayang. Ujian adalah rahmat. Masih ada tercatit rezeki untuk izah terus hidup. Untuk terus berjuang buat agama.
Kesakitan yang dilalui, mengingatkan izah tentang kekuasaanNya. Namun seolah2 keajaiban berlaku. Bukan hanya sekali izah warded, lepas tu pun berkali2 warded. Sepanjang tu, ma yang temankan izah dlm wad. Bsengkang mata jaga izah.. Thanks ma.. :')

"Sudah lama Allah memberi kesihatan padaku, ini hanyalah kesakitan yang sedikit,iman harus kuat. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya"

Setelah sakit, rupanya Allah nak anugerahkan hadiah yang tidak ternilai. Penyatuan dua jiwa dalam lafaz sakinah. Kebahagiaan yang Allah bagi pada hari ni juga merupakan ujian. Allah daiman fi qalbi.











Sunday, 5 October 2014

Rezeki Kawin. Ibrah di Hong Kong

Assalamualaium.. Per citer smua? Hope smua fine.! Entry ni dah lama nk publish, tapi ni baru sempat.😁 Alkisahnya, 15/5 izah dan suami pergi bercuti kr Hong Kong. Rezeki y xdjgka. Alhamdulillah..Bila Allah kata 'ni' adalah rezeki mu, so ia akn dtg dlm wlau apa cara sekalipun. 😉

Flght dri kl-Hk jam 7.10 pagi if i'm not mistaken on 15th May. Suami izah tggu kt airport. Klia 2. Izah dri klntn. So flght izah jam 11 mlm sblm. Sbb flght k HK pg, so kami tdo kt airport j. Sbb perlepasan antarabangsa kne ad 2 jam sblum. Punyerlah sejuk kt airport. Tu pn dah pkai sweater. Namanya airport kn, so izah tido berbantalkan lengan suami j.  😁

Terbang di awan nan biru. Subhanallah. Cantik. 😍

Tiada perbezaan waktu antara Mlysia dan HK kerana berada dlm zon wktu y sama. Cuma kt sana jam 5 pagi dah cerah. Time izah p tu summer. So cuaca lebih krg mlysia. Mlysia k HK mngmbil masa 4 jam. Boring la jgk dlm flight. Xtaw brapa kali terrtidur.. HK adalah negara iklim subtropika y mmpunyai 4 musim. 

Nk travel ni, coklat bar n biskut kecil2 tu penting.. Bukan apa, senang nk bwk. If lapar telan je.. Utk tenaga. Tapi sebelum tu kunyah la dlu ye.. Hehe.

Bwk la ubt2an siap2.. Panadol, cool fever, plaster, ubt btuk, ubt dmam n etc tu bwk la ye. Tkt smpai sna tiba2 sakit. At least korg bwk ubt. Smua tu suami y siap2 prepare.  Ye la isteri bukan jenis bdn y than sgt. Antibodi lemah. Air pn dia bwk sekali msuk luggage.. 100plus.. Hee
Air kt sana mahal der.. Stu btol mineral ad smpai belas2 ringgit y 700ml. Dah la berjalan kuat, mahunya terhidrate. 
Nsi grg ai tu if xsilap 35rm stu pinggn.. 
Mggi tu bawak la if mlm2 tiba2 lapar..



Ni tempat menginap.. Regal oriental hotel., Kowloon city.

TUKARAN WANG
Tukar siap2 duit kt mlysia. 6t sng smpai kt sana. Xde kelam kabut.. if xsempat, blh je tukar kt airport HK. Tapi agak mahal la sikit compare tu mlysia. 


Hri tu suami tukar dlm 4k.convert blh la dlm 8ribu HKD(hong Kong Dolar).

Antara tempat menarik :
Waiting for symphony of light at victoria harbour.. Tiap2 mlm show ni, 10 mnit evry night.

Ni Temple Street. Tempat tumpuan pelancong untuk beli buah tgn.

      Haa.. Ni menara jam. Berada di selatan pantai Tsim Sha Tsui. Tepatnya betul2 depan tmpt tgk symphony of light td. 

   Bauhinia flower. Simbol penyerahan HK kpd China. HK dinaungi oleh negara China tapi diberi hak utk mggunakan mata wang sendiri iaitu HKD. 



Haa ni izah xigt tempatnya nama apa.. Hehe.. Nampak x kapal tu? Most of org2 kaya parking dorg punya kapal kt sini la. Private kapal. 'Perkampungan nelayan ' ni izah round2 dgn boat.. 30rm utk 20mnit. 



Ni Harbour City. Bebas cukai kot! Huhu. 
Cuma adida outlet tu xcnfirm sama ada harbour city atau Tun Chung Outlet. Sempat la beli beg 2,3 bji.. Seratus lebih je murah dri Malaysia..
Ocean Park.. 130rm xsilap utk msuk Ocean Park. Valid utk satu hari ye.

Ni pn dlm Ocean Park.
Cable Car in Ocean Park. Betul2 tepi laut. Banyak lagi y kami xteroka dlm ocean park dek kerana hujan.
Jgn lupa sediakan pyung sbb hujan boleh turun bila2 masa je.

 80% penduduk HK guna public transport utk k satu2 tempat. Maklumlah minyak 1 liter 7 or 8 ringgit. Sewa parking dahla mahal. Utk 1 bulan , 4 ribu lebih. Mudah nk jumpa teksi n bus. Tapi utk 3/4 km dlm 15rm mcm tu lah.

Yang izah n suami  rasa bangga sebagai anak Malaysia ialah kbnyakan bus y dgunakan di HK dipasang di Malaysia! 😊 

Tempat dduk terhad di HK. Sebab xbnyk tanah pamah. Rumah dibina dicerun2 bukit. Penduduk pn rmai. So utk elakkan jammed, ad waktu2 tertentu y dorg turun utk kerja. Contoh, group pertama akn turun jam 8 pg. dan group kdua jam 9 pagi dan bgitulah seterusnya. Sama jgk dgn waktu rehat, jam 10 pg group lain, jam 11 group lain. So benda ni akn elakkan jammed dan 'crowded' utk satu2 masa.

Bila dorg gunakan MTR, msa nk tggu mtr tu, diorg beratur. Bila tgk cara dorg berjalan, xde lah lambat. Mmg laju. Sbb msing2 kejar masa. Sama dgn semaa pemanduan, bila lmpu hijau, terus tekan minyak pergi. Xde nk lengah2kan masa.

Mereka struggle utk hidup. Mmg masa amat dijaga.  

Bila keluar ke tempat org, tgk diorg punya cara hidup., tgk tempat org.,tgk alam ciptaan Allah, rasa macam.....ya Allah. Banyak lg benda aku xtahu. Every single thing rasa mcm bnyk j izah sia2kan.

Harap dpt berubah menjadi y lebih baik.
Yang penting, masa kena jaga. Tak nak dah biarkan ia berlalu tanpa di isi. In shaa Allah.. Esk lebih baik daripada hari ini.. 


Monday, 29 September 2014

Kahwin awal..part 2-ujian dan cabaran-

Kehidupan xkan seindah di dalam drama dan xkan sesenang seperti menaip abc..sungguh,kehidupan itu mempunyai warna yang pelbagai.

Allah telah berfirman: "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Kita takkan merasa manisnya kejayaan andai tak pernah menerima keperitan..orang lain tak tahu keadaan kita kerana they are not in our shoes.kita yang lalui.kita yang rasa.

Bila diutarakan bahawa kawin semasa belajar itu pilihanku, ramai yang bangkit mempersoalkan.tapi satu yang Izah pegang "if Allah say 'kun' so it be.."

"Nak kawin? Nanti kau nk mkn apa?pasir?sering kali kita mendengar persoalan seperti ni..

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Allah dah jawab dlm quran..kahwinlah.! Allah akan bagi rezeki. Siapa kita nak persoalkan rZeki Allah?janji kita berusaha..
"Kau masih belajar la beb,mcm mna nk tggung ank bini kau?pelajar kot, mcm mna nk jana income?"
Dimana ad kemahuan, di situ ada jalan..
Boleh je buat side income, berniaga kecil2an.,bg pelajar y dpt ptptn atau biasiswa,jimat2kan duit tu utk keperluan harian..kalau tak kawin pn,msing2 tetap akn gunakan duit tu utk belanja harian.right?

Allah tu Maha Pemberi rzeki.. Kami xpernah terfikir dpt beli kreta semasa belajar.. Tapi benarlah, rzeki Allah tu luas.. Alhamdulillah, 2 bulan kawin, Allah bagi rzeki utk kami beli kereta. Dapat sewa rumah. Rzeki bertambah2. Dapat melihat negara org. Pernah terfikir tak ? Tentunya tidak.
Ini lah dikatakan rezeki Allah Maha Luas dan kat mana2.. Janji kita usaha.:)

Bukan senang nak meyakinkan smua pihak yang kami mampu utk kawin pada usia muda. Percayalah, Allah akn tlg jika kita buat sesuatu ikhlas kerana Nya.

Kami kenal 4 bulan tu pn just kawan2 j. Xsangka dia betul2 serius nk jdkn izah isteri. Lalu izah buat istikharah. Dan jawapan y Izah nmpk adlh kawin. So, Izah slow talk dgn fmly..mreka stuju. Tapi bukan ahli famly y bising. Ad y menghalang. Hanya stu j y mmpu kami buat. Berdoa dan terus berdoa dengan penuh berharap. Jika rzeki Allah ad utk dia melafazkan lafaz sakinah, tiada siapa dpt menghalang. Tapi jika belum rzeki lg, kami akan m'ignore antara satu sama lain kerana cinta Allah lebih utama.

Jika cinta Allah lebih utama, mengapa berkawan dan ada rasa cinta antara perempuan dan lelaki? Fitrah manusia, fitrah hati mempunyai rasa cinta terhadap manusia.. Cinta itu fitrah. Mcm mana kita urus fitrah agar tidak bertukar menjadi fitnah itu yang harus dipersoalkan. Yang haram adlah apabila kita menyuburkannya dengan benda2 yang haram seperti berpegangan tangan dan berdua2an.

Oleh sebab kami cintakaNya, kami ingin mempercepatkan benda yang membawa kepada redhaNya.bukan hanya serius tanpa ikatan. Biar semuanya bertukar menjadi pahala.

Kerana cinta kami kepadaNya lebih utama, kami ingin menjaga kehormatan kami.

 “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.(HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Ini janji Allah. Allah akan tolong jika kita berkahwin kerana ingin menjaga agamaNya..

Pernah Izah dpt berita, ada org mengatakan kami dah kawin. Kawin lari. Kami dah bertunang. Namun, kami diam je. Sebab satu hari kebenaran akan terungkap.

ADAT? Macam mana?kau tak de rumah lagi. Kau xda kereta lagi,apatah lagi pekerjaan.


Coretan buat yang berkapel.jika ini yang difikirkan,maka selamanya kau akan ragu untuk berkahwin. Jika belum ada pekerjaan, maka kau akan fikir mcm mana nk sara ank bini.kerana kau masih belajar.apabila kau bekerja,maka kau akan fikir cukupkah kewangan mu?kerana nikah itu menjadi susah, maka zina itu menjadi senang. Sekarang zaman yang serba mencabar,.utamakan syariat lebih dari adat. Ikhlaskan kerana Allah.. Dia akan menolongmu. 

Izah sendiri, akad nikah je dulu. Majlis besar belum lagi. Mungkin lepas abes diploma. Buat yang wajib. Kerana pahala itu akan berganda..!

Jalan hidup berbeza
Setiap orang mempunyai jalan cerita masing2.. Tidak semestinya setiap orang mesti berkahwin apabila tamat belajar, dan tidak semestinya student tidak boleh berkahwin. Ada yang umur 20,tapi cara pemikiran seperti orang berumur 30 n vice versa. Apa yang menjadi kayu ukur ialah agama yang kita praktikkan dan kematangan yang kita tunjukkan.
Usah dipandang sinis jika ada ank muda ingin berkahwin awal. 

Bila tetapkan tarikh kawin?
Bila niat kami awalnya dihalang, kami hormati keputusan mereka. Namun doa dan harapan xpernah putus. Allah pemilik hati setiap hambaNya. Kami belajar seperti biasa. Xputus kami mengalirkan air mata, mengharapkan biar semuanya berjalan lancar. Namun, takdir Allah mengatasi segalanya.

Lepas bercuti operate, Izah msuk belajar. Sjujurnya,3 minggu sebelum akad, tarikh akad nikah diputuskan. Segala puji bagi Allah yang memiliki isi langit dan bumi, sungguh itu anugerah yang terindah. Dengan kursus kawin xbuat lagi, bridal xtempah lagi. Tapi smua tu berlaku dengan 'smooth' je.. Tanpa rasa stress.. Blik cuti smggu, tdetik nk g bridal. So, time tu trus tempah bridal. Terasa segala kesabaran kini ada hasilnya.. Tanpa tunang, kami terus akad.

Benarlah, Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha pengasih dan penyayang.
Jangan sesekali berputus harap dengan Allah. Yakin, rzeki di tanganNya.

Terima kasih buat kawan2 yang sentiasa mendoakan kami.. Kawan2 yang banyak tolong time akad nikah izah.. Khususnya utk nana, tasnim, fatin(dpt vid dari kanada..huu), wardah.,aina, nabilah dan sakinah.
N terima kasih juga y hdir pada hri akad kami.. Moga Allah merahmati kita smua.




Wednesday, 10 September 2014

Jogging Petang Taman Botani Putrajaya


Boring la plak ptg2 ni.. Blog ni dah berkulat kot.. Dah lama tersangat2 kot xupdate..
Khas buatmu muslimah brutal.. Ni haa akak update dah..hihi

.. Isnin-jumaat sibuk dgn cls, assgnmnt, presentation, so hjg mggu la msa y ad utk briadah bersama2 dgn suami terchenta.(sblm ni mmg xberiadah pn, mngada j lps kawin, cari pahala lebih..hkui3)
Ye la..jumaat lps suami p hiking dkt hutan tepi highway karak tu, mne xjelesnye.. Nk jugak hiking.. Tp xikut sbb dia dgn geng laki...

.Plan asalnya nk g cycling dkt taman botani kt putrajaya.. Lps beli brg2 rumah, blik solat asarr dlm jam 5 ptg trus g Putrajaya... Sbb hjg mggu Izah kt bangi, so dkt la ng Putrajaya tu..dlm 15 mnit dah smpai..

Excited giler kot nk g cycling dgn cik suami.. Mood honeymoon lg la katakan..sweet2 gtu  cycling ptg2...hehe.. Smpai tu trus berlari g kaunter, alih2 tgk kt situ kul 5 dah ttup utk cycling.. Frust  sgt2 la.. Mmg  'grrrrr'  la dlm hati.. Punyalah exsited, tgk2 xdpt...  Huh...

Muka dah cuak, tp xkn nk blik.. Time ni la suami cari akal xnk isteri sdh.. So start la dgr dia bercerita perihal dia zman skolah mnegah.. Mklumlah, msing2 xprnah bercakap time sekolah.. Haa smbil2 cerita, smbil2 pusing taman botani.. Ad la jgk mata2 y memandang sbb pgg tgn.. Nsib baik mggu lps pkai inai, so ad la jgk bukti kt situ.. :D

Smbil2 pusing2 tu, tgk pokok2 y ad.. Ad canopy bridge, palm hill, tasik, nk naik boat pn blh..
Nk picnic k ptg2 dgn family blh la.. Best woo.. Bwk ank2.. Tp buat msa ni kmi bdua jela.. Rzeki utk ad ank xdak ag.. Sobs..

Mmg tman botani ni luas sgt.. Tp sdr xsdr, Stu taman ni kot Izah ng suami pusing.. Haha
Terasa penatnya.. Tp xpela, suami ad kn.. Smuanya indah.. Jom lyn gmbr skeping dua.. Xsmpt nk ambik bnyk sbb leka bersembang..hihi




Tuesday, 17 June 2014

Kawin Awal..itu perancangan MU..You knows best Allah..

              
                   Bismillahirrahmanirrahim.. segala puji bagi Allah Yang menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Begitu indah aturan yang Kau berikan buat hamba Mu..

                 "bukan Dia tak tahu derita hatimu, sakit hatimu.. tapi kerana Dia lebih mengetahuilah, Dia kirimkan ujian untuk mu.. ujian adalah tanda kasih sayangNya pada mu.. kerana akhirnya pasti  ada pelangi yang indah yang akan menemani mu..-azizah-"
                  
                Allah Kau sebaik-baik perancang. And for sure, Kau nak hamba Mu bersabar di atas setiap ujian yang Kau berikan. Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan hamba-hambaNya. :)

                Alhamdulillah. Dah dua bulan lebih Izah mendirikan 'masjid'. Kejap je masa berlalu. Tup2, dah nk start blajar balik. CFSIIUM, i'm coming.!! Tapi tak tahu untuk berapa lama. hehe. Bcz..... tak blh lagi nk ckp knapa..hee .. in Shaa Allah, hope ada yang terbaik ahead!

               Tapi bukan tu yang izah nak cerita. Izah nak cerita pasal mission yang Izah rasa patut untuk di'share'. 'sharing is caring n sharing is loving' kan? .. ok. tak nak membebel panjang.. hehe

           Sebab ramai yang tnya, mcm mne knl dgn suami, apa tips untuk kawin awal. Izah nk berceloteh sedikit.. Nk dijadikan cerita, Izah dan suami dulunya satu kelas. masa form4 and form 5, kami classmate. Tapi mungkin sbb Allah nak jaga kot, kami tak pernah bercakap. Masing-masing buat hal masing-masing. Hinggalah masa abang Izah nk kawin, we really need photographer. Masa tu mmg kalut cari photographer, and masa tu Izah call Omar Farid tny dia sama ada blh tak dtg utk ambik gmbr wedding abg, sbb dia buat phtographer. time tu mse dia tggu result SPM.

Awalnya, dia cakap "aku tak boleh la,sbb aku ada event kt lain".     

                   Malam sebelum majlis,dia call cakap blh jer nak dtg sbb event tu dtukar ke malam.. Time hari wedding abg pun, Izah tak bercakap pn dgn Omar Farid ni. Dia dgn abg j. Lps majlis tu la abg tnya " pakwe ke?", . Nak tersedak rse.. mane taknya, cakap pun 'kau,aku', nak kapel? mmg tak la..hehe

                    Dipendekkan cerita, dia pun berkias bgthu mcm ni,"aku rasa aku suka kau la"..
Dengan selamba nye Izah jawab , "ye la, kita kan kawan. sbb tu kau suka aku". Dalam hati, dah thu niat sebenar , cuma tak nak bg dia harapan. Masa tu Izah nk ambik SPM sbb Izah delay SPM 1 tahun (exm SPM pn dlm ward).

                 Hari berlalu, masa berganti. Last2 dia bgthu Izah yang dia nk lamar  untuk djdikan isteri. Dia cakap, lagi cepat, lagi bagus. Entah knapa time ni Izah ambik serius. Lalu, istikharah dilakukan, bgthu bnda ni kt bonda tersayang. Terangkan pasal kawin khitbah. Alhamdulillah, jawapan dari Allah adalah yang terbaik. Masa istikharah Izah nmpak jalan y tbaik kawin awal. Berkali2 jgk Izah lakukan istikharah. 

                Every people have a limited knowledge and deficient intellect, so we need to do istikharah. Ask Him for the best answer. Setiap perkara yang baik yang hndak kita lakukan,pasti akan ada halangan nya. Bukan sedikit org yang memerli kami. Malah ada yang mempersoalkan niat ini. Tapi we need to be strong. 

               Apapun keputusan yang bakal di ambil, tanya Dia,. Yakin bahawa Allah akan  berikan yang terbaik untuk kita. Apabila ada di antara kita yang mempunyai dua pilihan untuk dipilih, maka lakukan lah solat istikhrah,. Pohon jawapan dari Nya. jangan ragu denganNya. 

               Bersangka baik dengan Allah sentiasa. Dari Abu HUrairah ia berkata bahawa Rasulullah bersabda, Allah berfirman, " Aku sesuai dengan persangkaan hambaKU"' -mutfaqun alaih..

                 Dalam apa hal sekalipun, walau di uji seberat mana sekalipun, ingat Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk kita. Alhamdulillah, tohmahan yang dilemparkan tdk sedikitpun menganggu-gugat kami. Bahkan terus bersemangat untuk memberitahu dunia bahawa Islam itu mudah dan senang. Jangan kita dibebankan dengan adat semata-mata sehinggakan yang wajib kita tangguh sebab nak kumpul duit sebanyak mungkin dan akhirnya dosa juga turut kita kumpul bersama.

                 "Ada 3 golongan yang Allah berhak tolong mereka, iaitu mujahid fi sabilillah, seorang hamba  yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin menjaga kehormatannya." (HR Ahmad, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis no :2518 dan Hakim 2:160)

                Ya, aku kawin kerana inginkan yang terbaik buat agama Mu,demi menjaga kehormatanku  agar aku dapat menewaskan syaitan yang menghasut. Alhamdulillah, tanggal 22/3/2014, Izah sah menjadi isteri buat Omar Farid Bin Hasbullah dengan sekali lafaz. Walaupun kami masih lagi belajar, namun itu bukan halangan untuk kami berkahwin. Ya! kerana Islam itu indah dan mudah!!..