Wednesday, 20 May 2015

Senggugut(period pain) Wajib tahu!

Hari tu Izah ad  nk share pasal period pain kn? haa. Ni berdasarkan pengalam sendiri selama bertahun2. Bila dah sering keluar masuk wad, wajib berurusan dgn doktor. Time ni bnyk la jgk Izah tnya perihal senggugut.


Sakit sangat2 kot sguggut ni.. sbb dri sblm kawin smpai dah kawin tiap2 bulan wajib ke hospital sbb sguggut teruk sgt! Sehingga la pregnant, baru xda senggugut sbb xperiod.. hihi .. smpai doktor ckp, sy xpernah jumpa org sggugut seteruk awk.. Dah bg ubt paling kuat pun still xhlg. Mana taknya sakit berlarutan smpai 2,3 hari.. mkn xblh, mnum xblh..  Muntah xyah ckp la berplastik2 kena tadah.. Sakit tu Allah je tahu.. Smpai satu fmly risau kalau Izah period.. So kaum adam, jgn gelak kalau perempuan sggugut.. sbb skitnya mcm skit nk bersalin la. cuma sakir bersalin lebih lg..

Pernah hmba Allah ni ckp , 'dah thu tiap2 bulan sggugut , awal2 mkn la ubt'.. Sedih kot dengar statement dia.. Mkn ubt pun xtahan, msuk wad pun xjd.. nk buat mcm mana? kann.. sbr jela.. sbb hnya y mngalami mslh ni j y thu sakit tu mcm mana.

Lepas kawin, abes ayt suami bc, urut lg.. mmg xthn.. smpai nangis2 dia punya sakit tu. Ok now meh kita berkenalan dengn  sggugut ni.

APA TU SENGGUGUT?

Senggugut atau nama saintifiknya 'dysmenorrhoea' merupakan kesakitan yang teruk dialami oleh mereka y kdtgn haid disebabkan oleh kontraksi/pengecutan otot rahim yg amat kuat. Pengecutan otot rahim dibantu oleh hormon 'prostaglandin'  bertujuan untuk mengeluarkan ketulan darah haid yg bercmpur dgn sedikit tisu drpd selaput endometrium(dinding rahim). Namun, jika homon 'prostaglandin' ini dikeluarkan secara berlebihan ianya akan menyebabkan senggugut.

Terdapat dua jenis dysmenorrhoea iaitu:

  • Dysmenorrhea Primer
  • Dysmenorrhea Sekunder

Dysmenorrhea Primer : Biasanya berlaku pd wanita yg belum bkahwin. Senggugut jenis ni sering terjadi pd hari pertama dan kedua kedatangan haid. Mengikut kajian, sebanyak 60% wanita akan mengalami senggugut jenis ini.

SIMPTOM:

  • Sakit kepala
  • Mual/muntah
  • Cirit-Birit
  • Sakit yang teruk pada abdomen
Dysmenorrhea Sekunder : Mempunyai simptom sama dengan senggugut primer namun kesakitan mungkin dialami beberapa hari sebelum haid dan berterusan 2-3 hari semasa haid. Senggugut jenis ini biasanya menyerang wanita yg sdkit berusia dan masih sbur. Perlu diketahui bahawa sgugut sekunder mgkin disebabkn oleh pnyakit didalam rahim seperti fibroid, endometriosois,masalah kecacatan pada rahim, tiub fallopian tersumbat.

SIMPTOM :

  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelihan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks

RAWATAN :


Baca surah an-nahl ayat 69

  • Senggugut biasanya dilegakan dengan 'menefamic acid' atau lebih dikenali sebagai ponstan. Namun ada sesetengah individu  tdk sesuai dgn ubt ini. elergic mungkin terjadi. 
  • Paracetamol. Paracetamol boleh melegakan kesakitan senggugut.Norgesic. sejenis ubt untuk melegakan kesakitan senggugut.
  • Diclofenac. Digunakan untuk melegakan imflammation. namun tidak sesuai untuk pesakit jantung.
p:s : berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. . sbb sstgh ubt mungkin xsesuai untuk bdn kita.

Jangan lepas berzikir.. tambah2 time period.. sebab syaitan ada kt mana2 je.. hehe. ingat Allah,  mohon tiada kemudaratan.

Izah pernah jugak ambik LD Venus , alhamdulillah ok sikit sakit tu .. haa ni dia LD venus.. Satu kotak ad 20 botol mkn msa sblm period. But harganya a little bit expensive..




CARA TRADISIONAL : 

  • Gunakan haba : Masukkn air panas ke dalam  botol plastik dan tuam diperut untuk memudahkan pngeluaran darah haid.
  • Urutan : bagi yang pndai mngurut, blh la urut atau blh jumpa bidan kmpung untuk mngurut. 
  • Air halia : Campur air perahan halia dan lada hitam dan minum ( biasa jgk ma Izah bg air perahan halia dgn lada hitam..tapi rasanya fullamakk wehh smpai termuntah. )


PASTIKAN!
Pastikan anda mengambil diet y seimbang. Lebihkan mkn buah-buahan. Diet y berlemak, rendah protein,rendah serat akan meningkatkn risiko mendapat senggugut. Elakkan mengambil gula yang banyak, alcohol dan kopi ketika haid. 
dapatkan rehat y mencukupi dan hindari stress untuk mngelakkan ketidakseimbangan hormon dlm bdn.
BETUL KE SENGGUGUT BLH BUATKN SUSAH HAMIL?

Bergantung pd jenis sgugut. Jika snggugut sekunder mungkin sedikit ssh sbb ianya ada kaitan dengan masalah rahim. Namun mcm Izah sendiri, berubat xhenti, doa xptus. Alhamdulillah, skrg little caliph dah membesar dengan jayanya dlm perut ni.. :)

Dulu pernah tnya doktor, doktor sy ni ad endometriosis k? teruk sgt sggugut.. doktor ckp blh nk thu, tp kita kne buat laparoscopic dlu. wi3. Time tu Izah bru je buat laparoscopic untuk apendicitis. 


Thank you sebab baca. Jumpa di entri lain pulakk.. May Allah Bless!!


1 comment:

  1. thank you for the good information
    haryati hidayah
    https://sapusapusihat.com/

    ReplyDelete