Sunday, 20 November 2016

Symptom dan rawatan HFMD

Assalamualaikum.

HFMD ialah singkatan untuk Hand,foot and mouth disease.

Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan HFMD dengan virus yang biasa adalah Coxsackie A16, yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana.

Kadangkala, terdapat jenis kuman virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus polio, virus coxsackie dan echovirus.

2,3 mggu  lepas family kecil Izah pergi rumah kakak kat langkawi,so nak dijadikan cerita suhayl dapat HFMD dari situ . Anak kakak yang mulanya kena HFMD,so Izah dan suami dah ambik langkah berjaga2 dari awal sebenarnya.
Kitorg decide untuk stay dekat hotel.
masa mula2 sampai,kitorg pergi rumah kakak,dan suhayl langsung xmain dengan sepupu dia yang kena HFMD. Kesian hafiy(sepupu suhayl) punyalah nak main dengan suhayl,suhayl pun nak main dengan dia,tapi tak dapat.


Budak aktif kena warded.

INCUBATION PERIOD HFMD 3-5 hari= maksudnya tempoh bermula kemasukan pathogen sehingga keluarnya tanda pertama penyakit.



Macam mana detect HFMD?
1) Blister
Mula2 Izah tengok macam ada biji air dekat mulut suhayl. Sikit je,dalam 2 biji. Lepas tu atas leher 1 biji.
Kebanyakan kes,blister akan keluar dengan 'geng' dia lepas demam.. blister ni banyak di mulut,kaki, dan tangan. Dan blister ni gatal dan sakit taw.
Dia macam makan isi daripada dalam.
Cer letak semut dekat tempat luka macam mana rasa?😝

Blister macam ni. Ada isi air okeh.

Ulcer- Cuba tengok dalam tekak anak,ada ulcer tak? Sebenarnya ulcer ni yang buatkan anak sakit untuk menelan apa2 jenis makanan.


Air liur : sebelum detect ulcer dalam mulut,air liur suhayl Duk meleleh je..macam nak Naik gigi.

2) Demam 
Lepas tengok macam ada blister,malam tu suhayl dah start demam. Suhu sampai 40°C. Gila tak risau. 😂 Risau takut kena sawan je. Izah bagi ubat bontot terus sebab nak turunkan suhu dengan cepat. Demam suhayl sampai 3 hari,on off.. lepas habis kesan ubat,dia terus demam balik. Ubat demam untuk bontot (supp)disyorkan untuk demam 38.5°C ke atas.

Lepas demam teruk baru blisters makin bertambah dam bertambah. 

Cara rawatan 
Sebenarnya tiada ubat khusus untuk HFMD. Cuma ada cream sapu untuk hilangkan gatal dan oral aid untuk ulcer dalam tekak.
Calamine cream untuk hilangkan gatal. Aloclair spray tu untuk spray ulcer dalam tekak . Ad jual jugak kat farmasi.
Blister tak banyak : izah mandikan suhayl dengan sabun garam laut mati. So bila Duk perhati,blister tak Naik banyak.


OOTD : sebolehnya pakaikan anak baju lengan panjang dan seluar panjang untuk elakkan anak dari menggaru..

Spray mulut : memandangkan lepuhan dalam mulut tu buatkan anak tak nak makan, Izah suggest beli spray mulut yg macam gambar kat atas tu Aloclair Plus spray.

Spray sebelum anak makan sebab dia akan buatkan mulut terasa kebas. So boleh kurangkan sakit bila nak makan.

Calamine lotion : Biji-biji yang naik tu sebenarnya gatal. Izah sapu calamine lotion nak kurangkan gatal tu.. Sian anak tergaru-garu. 

Bila perlu dibawa ke hospital? 
Bila suhu tinggi sebab bimbang berlakunya sawan dan bila anak start refuse susu dan makan.So,cepat2 bawak anak ke hospital.

Makanan yang Sesuai?
Sebab suhayl tak boleh nak telan makanan ,izah bagi ice-cream perisa vanilla. Tu je yang dy makan selama 3 hari. Kalau bernasib baik ,dia makan la roti dengan ice-cream. Izah bagi benda2 yang sejuk je.. tapi jangan la melampau  sampai letak anak dalam peti ais.😝

Siapa yang berisiko? 
1) kanak2 berumur 10 tahun ke bawah berisiko untuk dapat HFMD jika langkah pencegahan tidak diambil. Sebab tu kena isolated pesakit tu. Bimbang berjangkit.
2) amat jarang kes berlaku pada orang tua . Cuma izah dan suami rsa gatal2 dan Naik biji.. tapi xtaw biji2 apa..haha

Komen kak Nurse Pasal kumpulan berisiko :
.. Act hfmd not a serious disease tp kalau biarkan boleh jadi outbreak.. And leceh tol kalau outbreak ni.. Btw, org dewasa pun boleh kena tp maybe symptoms xde.. And ada jugak org dewasa yg jangkit dgn anak tp ada symtomps.. Depends on that person either dia dah immune atau x.."

Last,kena warded jugak.
Dah memang suhayl refuse susu,makan ,badan dah start dehydrated . Mulut start kering ,kulit pun dah tak elastic sgt,dan kurang kencing. Badan pun dah nampak lemah.
 So kali ni memang kuatkan hati bawah anak pergi hospital,packing barang siap2 sebab confirm suhayl kena warded nanti.

Kitorang decide bawa suhayl ke KPJ Ampang Puteri,sebab situ KPJ yang paling dekat dengan rumah.

Sampai hospital ,bila cakap anak refuse mkn minum,so doc decide untuk admit ward.

Guess what? Lepas habis satu botol air,suhayl terus aktif..ulcer dalam mulut makin kurang,dan malam first dekat hospital suhayl dah start makan Malah kemaruk makan lagi ok!😂


Sememangnya tak boleh duduk diam..😣

PENTING! 
1) For those yang terkena HFMD elakkan direct contact dengan pesakit ,jangan berkongsi makan,minuman dengan pesakit atau menggunakan bekas yang sama.
2)Lagi satu, lelehan air liur pesakit yang terkena lantai perlu dicuci dengan pembasmi kuman/bakteria seperti dettol.
3) basuh baju secara berasingan.
4)kalau pergi tempat makan,tolong lap dengan wet tissue anti-bacteria sekeliling meja anak tu..takut2 tempat tu dah ada virus HFMD..

5) Hand sanitizer
  • Boleh beli dkt drugstore  
Yang ni letak je dlm bag kalau pergi mana2.. Apply sokmo2 ore kelate royak.. Hihi.. So apply je hand sanitizer ni sentiasa.. 



P/S:Masa ni masa kritikal sebab minggu exam..dengan anak tak sihat, nak buat revision lagi.. Nasib baik boleh ambik special exam.😇
Nak jadi Ibu,kena siapkan mental dengan fizikal. Sebab tak ada istilah rehat masa anak2 tengah membesar. Nak-nak lagi Ibu muda. Tapi, enjoy every moment! Nanti anak dah besar ,you'll miss this moment!😘




Thursday, 27 October 2016

Tips Travel dengan Anak Kecil

Assalamualaikum..

Straight to the topic.. tips Travel dengan anak kecil. Tak kiralah penerbangan antarabangsa atau penerbangan domestik/ atau menaiki bus,tak kisah.

Agak mencabar nak travel dengan anak kecil ni,anytime anak boleh tantrum. Nak-nak pulak anak yang baru pandai berjalan,fuhh memang menguji kesabaran.

Last holiday pergi Korea,masa tu anak baru 6 bulan. Merangkak belum pandai lagi. So tak ada pe'el sangat la kan. Smooth je nak handle.

Tapi makin besar ni,makin cerdik. Sel-sel otak berhubung nak explore semua benda baru di sekeliling.

Caranya macam mana nak handle ni?

Persiapan sebelum berlepas
Kalau flight pagi ,pastikan malam sebelumnya anak ckup tidur. So that pagi tu anak bangun tak da lah moodnya swing. Cuba bayangkan kalau anak tak ckup tidur,kita kejut bangun pagi, bila nak mandikan anak,dia akan buat perangai . Anak akan nangis,semua benda akan tak kena. Dan tak mustahil bila sampai airport pun anak akan buat perangai. Untuk part ni,seboleh-bolehnya cipta pagi yang ceria untuk anak.

Nanti pesan kat anak,yang kita nak pergi travel,nak enjoy every moment,nanti buat perangai baik2 je. anak kecil,ingatannya sangat kuat. Masa ni dia belajar mana satu betul,mana satu salah.

Sesi pujuk memujuk sebab suhayl nak jilat cermin tepi tu..😂😂
P/S : berminat dengan baju ni boleh contact Izah terus.sempat lagi promote.haha
Semasa di airport/stesen bas
 1)Ajak anak bermain
Masa ni memang bab kejar mengejar memang akan ada. Merangkak atas tile,lepas tu kita ambik dia,dia dah start nangis kuat2. Start nk guling-guling. Macam Izah,suami dan Izah akan ambik peranan masing-masing. Kalau Izah pujuk, anak tak juga diam,suami akan take over. Biasanya anak akan lebih dengar apa yang ayahnya cakap. Once ayah cakap kat suhayl 'NO' ,dia macam dah faham. Tapi kalau dengan ummi,dengan ummi sekali nak terjatuh..😂😂 so Ibu kat luar sana tolong tambah sikit berat badan..😂😂

Ajak anak bermain. Dalam bag,Izah dah letak siap2 buku untuk baby,nak2 buku yang ada bunyi,flashcard untuk bekal dalam perjalanan. So that apa-apa senang,buka buku,buka flashcard nanti lama2 dia akan leka bermain.
Ni buku boleh tekan2 keluar music.

 2)Alih Perhatian anak
Bila dah tantrum,anak tak dengar apa dah,Bawak anak tengok kawasan sekeliling . Sambil dukung,sambil bercerita kat anak apa tu,apa ni .. nak buka lagu ke apa ke tak kisah. Janji Perhatian anak teralih kepada benda lain. Nyanyi sama-sama dengan anak.

3)Kenyangkan perut anak
Jangan biarkan anak lapar. Bagi dia makan kenyang-kenyang sebelum berlepas. Baby yang berumur setahun,dia tak pandai lagi nak cakap lapar ke apa. Kalau lapar,dia nangis. Start gelabah la kita,minda Duk fikir apa la yang tak kena. Padahal anak lapar. So,biarkan anak kenyang dulu.

4)Make sure anak tak tidur
Sebelum berlepas make sure anak tak tidur. I means masa kat airport ni.. Sepanjang tu ajak anak bermain ke apa tak kisah,janji dia tak tidur. Sebab? Nanti bila dah Naik flight/bus dia akan tidur nyenyak senyenyak-nyenyaknya sebab letih! Hihi
Time dia tidur,boleh la Izah lelapkan mata kejap. Bila dah jadi mak2 memang tak ckup tidur.

Letih main. Sepanjang dalam flight,tido.



5)Dalam flight
Let say anak terbangun,ya Allah tak mustahil dia akan nangis sebab nak turun merangkak/berjalan. Time ni memang kena pandai pujuk hati anak. Bagi balik mainan dia biar dia bermain. Atau memang tak tahan sangat dah, dukung anak kejap ke belakang tandas.haha. tapi pastikan tanda isyarat padamkan tali keledar dah dipadamkan. So keadaan selamat untuk bawak anak kejap.


6)Tu je kot? 
Buat masa ni tu je kot. Hihi

Jadi pelajar,isteri dalam masa sama jadi Ibu muda agak mencabar. Tapi in shaa Allah semuanya boleh jika kita set kat Minda kita,kita boleh! Tuhh macam lagu dah tu! Haha.

Ok bai!



   

Tuesday, 11 October 2016

Persediaan ke Korea Bawak Baby-musim bunga

Assalamualaikum and hye!

Alhamdulillah 18/4/2016 selamat sampai ke bumi Korea . Dah berbulan baru nak update blog. Haha..Tapi sebelum tu,nak ucap thanks sangat2 suami sebab belanja pergi Korea as a gift untuk 2nd anniversary kita. Moga Allah balas kebaikan awak dengan kebaikan2 lain di dunia Dan akhirat. Hari tu pergi Korea suhayl officially dah 6 bulan time tu . Mencabar tak bawak baby jalan2? Dah namanya ayah Dan ummi darah muda,semangat tu jadi lebih sikit. Dalam kepala,no hal lah! Semuanya bisa di atur. Kah3


Izah pergi time Musim bunga,lawaaa sangat tambah2 kat everland theme park! Cantik tulips! Tak boleh nak move on..😂
Cuma sayang cherry blossom dah xbnyk.




Ticket Flight
Tempah ticket flight awal2 kalau nak murah. Izah tempah hari tu 2 bulan sebelum berlepas. Return kl-incheon-kl rm1600. Ni pun sebab izah pilih hot seat sebab nak bassinet baby untuk letak suhayl dalam tu . Kl-incheon ambik masa 6jam. So agak azab jugak kalau nak pangku baby.
Haa tu anak kangaroo Duk intai ummi..😂


MUSIM DAN SUHU
Make sure tahu nak pergi Musim apa dan suhu macam mana. Senang nak prepare keperluan. Tambah bawak baby yang kulitnya tak tahan sejuk.
Korea merupakan negara 4 musim. maknanya winter,spring,summer Dan autumn. Make sure tahu nak pergi musim apa dan awal-awal lagi kena cek berapa suhu kat sana. Macam Izah pergi pertengahan musim bunga(18/4/2016-23/4/2016). So dari tarikh 18-24 tu Izah cek siap2 berapa suhu.  masa pergi hari tu suhu antara 3°c-18°c. So agak sejuk lah kan. Kalau malam sejuk sampai rasa sakit tangan a.k.a kebas. Bagi yang tak tahan sejuk,siapkan glove awal2.
Bagi baby,awal Musim bunga tolong siapkan baby glove.

Kalau nak hunting cherry blossom yang tengah full bloom tu boleh datang awal April hingga pertengahan April. Time ni cuaca amat baik.




PASSPORT
Nak ke korea bagi rakyat malaysia,tak Perlu visa. Cukup lah passport yang tak Tamat tempoh Dan pastikan pasport tu bernyawa!haha maksud bernyawa kat sini make sure tarikh Tamat tempoh passport tak kurang dari 6 bulan.
Harga untuk buat passport bayi rm100. Izah buat hari tu untuk 5 tahun. So nanti suhayl umur 2 tahun or agak2 muka dah berubah sikit, boleh la pergi pejabat imigresen Dan ambik gmbr balik untuk attach kat passport. Tak Perlu bayar. Time nak buat passport tu jangan lupa bawak Surat beranak , ic ibu Dan ayah serta mykid baby.

Incheon airport.



BAJU
Sebab masa pergi ni musim yang agak sejuk,tak payah bawak baju banyak2..kalau pergi 6 hari bawak 4 helai baju pun dah cukup untuk pakai jenjalan.. sebab 6t sepanjang kat situ kita pakai long coat. Izah ni kes tak dengar kata,nak jugak bawak banyak.. haha. sebab dalam kepala fikir takut baju Kotor,kan tengah menyusukan baby so air susu tu senang melimpah. 6t lencun baju.

So kat sini nak senang
Baju untuk jalan2 : 4 helai
Seluar  : 2 helai
Baju untuk tidur : 2 helai
Seluar tidur : 2 helai
Towel:.   1 helai
Baju spare : 1 helai
Shawl : 3-4 helai
Long coat : 2

Stoking tu bawak 2pasang. Nanti sampai Korea ualls boleh beli kat sana. Sebab belambak stoking dijual dengan harga yang murah! 1000won untuk sepasang=Rm 3.50.

Untuk baby :
Baju sejuk : 2-3helai. Kalau boleh beli yang yang jenis jumpsuit y siap ad kaki dgn hoodie.

Stoking : 5-6pasang.
Kasut :2 pasang
Snow cap :2(untuk perangkap haha di bahgian telinga)
Glove : 2 pasang
Romper dan seluar panjang : banyak pun tak apa(senang in case baby muak atau 'poop' tu terkena baju.)


Boleh jugak beli heatteach long John utk baby..kt uniqlo ad jual..tp ad untuk kids y 4-5 tahun je.so kalau nk pakai kn kt infant,boleh lipat2 kt heatteach tu.. fungsi heatteach? Untuk bg bdn warm.

Tapi untuk kitorang Izah suami isteri,xbeli pun heatteach..memadai dgn lapisan baju sedikit tebal kt dlm dgn long coat kt luar .

MAKANAN
Bawak lah makanan secukupnya kalau nk berjimat.. contoh,pergi 6 hari . Untuk breakfast tu blh bawak roti dgn sardin. Biasanya kt guest house ada sediakn microwave dn kelengkapan memasak. Nk senang,bawak brahim's. Letak dlm microwave,n then siap blh mkn. Brahim's boleh dapatkan dekat giant. izah beli brahim's dekat kilang terus di bangi.Untuk breakfast hri tu Izah mkn kt guesthouse. Tgh hari dgn dinner makan dekat kedai. Kalau pergi myeongdong,boleh makan dekat yoogane.

Untuk Baby
Biskut baby yang rice 2kotak (untuk sogok nk suh suhayl behave ..haha)
-If bagi baby susu tepung,siapkan cukup2 susu tepung..letak dalam plastic mknn Ikea pun ok utk jimat space.
Sampai sana,letak siap2 susu dalam bekas khas susu untuk bawak travel. So bila baby nk susu,just masukkan air dan susu yang dah siap letak dalam bekas..
-pump susu
Ni kalau ibu2 yang bagi spenuhnya susu Ibu..boleh pump awal2 kt bilik. Kalau suhu kat luar sejuk,dalam 15°c ke bawah susu boleh tahan sampai 8jam .
-makanan baby
Bagi yang da start bagi baby mkn,boleh bagi puree. Sekarang banyak jual puree yang dah siap.. bawak puree tu je pergi travel. Tapi kalau nak masak kat guests house pun tak da masalah. Boleh beli kentang or buah2 lain kat kedai dan masak..

Stroller atau baby Carrier?
Izah lebih prefer baby Carrier sebab senang nak gerak. Stroller tak payah bawak sebab tak berbaloi. Kalau sewa kereta kt sana dan drive sendiri tak ada masalah. Tapi kalau nak gerak by public transport lebih baik bawak baby Carrier.
Baby pun selesa dalam carrier. Nampak panas tapi sejuk..


musim Sesuai ke sana,tempat yang best, dan gambar2 nanti Izah upload next entri..hihi

Acah Korean ..😎 -adik




Ckup situ dulu ye? Nanti izah Sambung part 2 pulak...😁😁




Sunday, 9 October 2016

Cabaran Membesarkan Anak ketika Belajar

Assalamualaikum..

Cabaran Membesarkan Anak ketika Belajar.
Haa tu tajuk.. macam besar je cabaran..haha..sebenarnya tak pun..cuma nak bg gambaran untuk mommy-to- be out there cabaran tu dari segi apa..😂😂

Nak manage antara belajar dan anak,macam mana ye? Nak2 masa masih belajar.

Bila dah kahwin, Allah bagi rezeki anak. Alhamdulillah, bukan semua pasangan yang berkahwin Allah bagi anak. So for those yang dapat anak masa belajar,jangan gelabah tak tentu hala. Anak tu rezeki dan pengalaman membesarkan ank masa belajar ni tak semua orang dapat..

Dah bersedia nak ada anak?
Kena juga bersedia fizikal dan mental untuk tempuh semua ni.

1) Cabaran Menyiapkan Assignment
Mencabar kalau tak ada planning yang betul. Macam mana nak siapkan assignment?
Bila dapat je assignment,terus buat.jangan tunggu last minute baru nk siapkan. Nanti haru dunia.haha ..kenapa? Sebab kita tak tahu bila anak ok,bila anak tak ok. Dibuatnya anak sakit,memang 'takkan buat la assignment tu.
Bila nak buat assignment? Ada je masa free kat university or ada masa gap kt u,terus buat..manfaatkan masa sepenuhnya..

2)Cabaran bila ada quizzes 
Quiz ni something yang sakit otak kalau tak hadam betul2 time dalam kelas. Esok quiz, malam ni gelabah sebab tak sempat study.
So cara terbaik,sebelum masuk kelas sila tahu apa yang lecturer akan ajar. Kiranya masuk kelas tu tanya apa yang tak faham je. Kalau habis kelas awal,boleh la pergi ke library dan buat revision.so dengan cara ni,bila tiba hari quiz,tak da lah rasa terbeban sangat. Macam izah,lepas siapkan apa yang patut kat library,baru Izah pergi ambik anak. Bila anak dah kat rumah,memang susah sikit nak study sebab nak monitor anak buat apa. Nak2 anak dah pandai jalan,panjat memanjat tu memang dah kerja suhayl..

3)Simpan elok2 buku2 atau assignment 
Lawak kan point ni? Haha. Tapi betul.. Izah dah kena, suhayl panjat rak buku tarik buku2 dan start koyak buku. Kalau kena nota yang penting macam mana?😂😂

4) tak ckup rehat
Pagi nak pergi kelas,malam anak jam 1 atau 2 pagi baru tido. Rabak tak mata? Dah la  esoknya ada presentation. Fuhh memang mnguji kesabaran .. tapi kena keep positif,enjoy every moment. Sebab lepas ni sure akan rindu saat ni bila dah habis belajar. Allah sedang melimpahkan pahala kat kita. In shaa Allah kalau kita ikhlas, Allah akan mudahkan pelajaran kita.. dan benda ni izah akui memang betul.

Pernah malam tak ckup tidur,esoknya nak present+quiz..dalam hati ya Allah mudahkan segalanya. Last minute,tup2 lecturer WhatsApp cakap kelas batal.  Tup2 lecturer kelas satu lagi cakap nak habiskn silibus dulu. Bukankah tu pertolongan Allah? Haa ada la masa lagi nak prepare untuk present dan quiz.

Alhamdulillah izah enjoy jaga anak. Sekarang suhayl dah pandai panjat,agak letih bagi Izah nak berkejar tambah2 dengan sakit pinggang yang menjadi2.. tapi dengan keadaan ni lah Izah jadi makin kuat.

Anak adalah amanah yang Allah titipkan buat kita. Izah hepy dengan keadaan sekarang. Belajar,jaga anak, urus rumahtangga. In shaa Allah nanti dah tua,anak pulak jaga Izah. Nak pencen awal. Umur 35 nak round the world. Time tu anak dah besar.😁

Please,enjoy every moment.. suhayl jangan cepat besar taw,nanti ummi akan rindu saat2 ni..😭😭

Bagi yang cakap susah ada anak time belajar,for me tak susah kalau kita pandai handle..😘



Time tidur nak suh dia bangun,time bangun nak suh tidur.😅

Tuesday, 6 September 2016

Hikmah dibalik ujian

Assalamualaikum.. maaf sebab lately memang xupdate blog.😅 Macam biasa,tak sempat..haha

Malam ni rasa nak meluahkan apa yang duk tahan dalam dada ni .haha

1) Jangan mengeluh
Ni nak cakap perihal ujian Allah bagi. Sakit,sihat,bahagia, semua itu adalah ujian . Macam mana kita sebagai hambaNya jalani semua tu.bersyukurkah kita saat gembira? Sabarkah kita saat derita?
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim [14]: 7)

So jangan sesekali mengeluh. Memanglah sebagai manusia kita kadang2 lemah. First sekali yang kita kena buat,bagi masa untuk diri bertenang. Sentiasa positif,suntik balik semangat dalam diri supaya terus kuat disaat hati sedang goyah.

Nikmat yang Allah dah bagi terlalu banyak. Kenangkan nikmat yang banyak tu. Sentiasa tengok ke bawah,tengok orang yang lebih susah dari kita .

Ujian Allah ni pelbagai bentuk. Allah nak tahu siapa dalam kalangan hambaNya yang paling bersyukur. Syukur dengan ujian. Kuatkan semangat,teruskan melangkah.

Macam Izah sendiri, macam2 ujian sebelum ni Izah telan. Time tu cakap kat diri Allah tahu yang terbaik dan akan bagi/ganti dengan lebih baik.

Exam spm dalam ward tanpa preparation yang ok. Agak2 macam mana keadaan tu? Tapi at last Allah bagi izah rasa gembira saat tengok result.

Allah bagi nikmat yang bertambah2..kahwin time Izah struggle dengan penyakit. Tapi Allah bagi suami yang boleh jaga Izah. Yang sanggup jaga Izah. Mana nak cari seorang laki2 yang sanggup kahwin awal sebab nak jaga seorang perempuan yang semestinya akan buat dia tak tidur malam,kena get ready anytime sebab wife dia sakit? Allah campak kasih sayang ke dalam hati suami untuk jaga Izah.


Dan semua orang tak expect izah dapat prgnnt. When Allah say kun,so it be. Alhamdulillah sepanjang mengandung Izah enjoy it. Time tu time paling aktif dan bertenaga. Alah nikmat Allah terlalu luas dibandingkan dengan ujian yang seciput.
Apa Allah buat ada hikmahnya. Sebab Allah adalah sebaik2 perancang. Doakan izah terus kuat dan kuat demi anak dan suami .. sekarang tengah struggle nak habiskn sem ni.. tiap2 Malam tak dapat tidur sebab sakit..😥 tapi harap dapat kuat hingga ke akhirnya..

Hidup ni kejap je,sementara masih hidup,nak buat yang terbaik sementara menunggu kehidupan yang abadi di sana.

Lots of love :Izah..😘😘

P/S: jangan lupa like page Zeneera HQ. Sape teringin nak pakai jubah seluar bolehlah beli dengan Zeneera HQ..nanti raya haji boleh kejar lembu sebab jubah tu ada seluar ..haha.. ok doakan kejayaan Izah..😇😇

Tuesday, 9 August 2016

Slipped disc -part 1

Assalamualaikum..lemau nak taip blog..tapi alang2 tak da buat apa2 meh la kita berblog..😅


Tidaklah seorang Muslim ditimpa penyakit melainkan dengannya Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana daun pohon yang berguguran.(HR Bukhari)

Hari ni Genap 5hari 6malam bermalam di ward.
Minggu lepas,tak dapat sangat nak tidur malam,kaki jadi sakit semacam. Dengan kebasnya,nak berjalan pun macam hilang keseimbangan badan . Mula-mula nak ignorekan je. Tapi takut makin dibiar,makin melarat. 2/8/2016 pergi klinik,dan bagitahu simptom2,doktor suggest ke hospital.

3/8 suami bawak ke Ampang Puteri Specialist Hospital, jumpa Dr Ali yang incharge Bahagian Ortho hari tu.. lepas cek semua,Dr cakap mungkin slipped disc dan dia minta buat MRI.

Lepas buat MRI, terus admit ward sebab memang slipped disc antara thoracic dengan lumbar.. T12,L1.. So, sekarang masih didalam ward, on ubat dengan physiotherapy..dan masih tiada sebarang perubahan.kaki masih kebas. Dan sekarang refer kpd pakar spine..

Yang Izah herniated disc..dan ianya menekan saraf. Kalau dibiarkan berterusan boleh menyebabkan kesakitan makin teruk.

lepas discuss tentang kat mana injured,doktor bagi 2pilihan 1) injection 2)surgery.

Kalau inject ianya hanya untuk Menahan kebas .sedangkan Saraf masih ditolak oleh Dics (cakera).. kalau surgery doctor akan buang sikit dics yang menghimpit  Saraf.

Sape yang pernah jatuh dan sakit belakang tolong pergi cek keadaan mcm mana.

Izah pilih operate.. doakan supaya semoga smuanya berjalan lancar.
P/S:Allah bagi ujian sebab Dia sayang. Bukan mudah nak dapat kan syurga Allah. Tu ayat yang sntiasa Izah remind buat diri. Tu kekuatan izah .Biarlah manusia mengata,biarlah manusia semakin menjauh. Izah tetap ada Allah.


Tq suami tak pernah  merungut. Setia disisi jaga saya dan bagi kata2 semangat. Memang Betul la, Allah hadirkan awak dalam hidup saya sebab awak yang terbaik.yang boleh terima baik buruk saya. Kekurangan  saya awak lengkapi dengan kelebihan awak.kalau orang lain mungkin dah lama tinggalkan saya.thanks mak jaga menantu mak kt hospital sementara tunggu ma datang.  Thanks Allah.. 😊

Peneman ummi





Sunday, 24 July 2016

Urus anak+rumah tangga ketika Masih Belajar?

Assalamualaikum .. hehhh lamo bebenorr tak update blog. Ummi busy lately. For those request  pasal Korea hari tu,soon naa ummi update..😅

Ummi dah officially masuk belajar. Another 3sem to go! Eh mcm banyak lg 3 sem. Senang crita setahun lg baru complete  untuk level ni ..n then mission complete! Eh dah namanya belajar,sampai bila-bila mission tu harus diteruskan takdanya istilah mission complete.😘😘

Dan sem ni jugak,Izah kena tahu mcm mana nak manage study,bisnes,suami n anakkk...namanya Ibu yang belajar ,juga bekerja(kerja sendiri),dan isteri.


First week,rasa macam haru jugaklah . Sebab mana nak handle baby,nak kemas rumah,nak masak n semua kerja rumahlah senang cite+belajar!

1)suami
As usual,suami banyak tolong . Sama2 belajar,sama2 handle our own bisnes,so sama-sama tolong. "Awak Kat hati saya tu thanks sebab banyak tolong"!😍😍
 2) baby?
Kelas paling awal start jam 9, so dalam 8.30 Izah hantar baby rumah pengasuh. Memang semangat kena kuat. Sebab first day smpai entri ni ditulis baby menangis+tak Makan+tak minum susu sepanjang ummi tinggal rumah mama(pengasuh). Nak nangis rasa. Tapi hati kena sado. Harap semua akan going well soon..😇😇
Katakan kelas jam 9,izah akan sampai rumah pengasuh sejam-setengah jam awal. Izah main2 dulu dengan suhayl,bila dy leka izah akan tinggal pergi kelas.
Pagi izah akan suap suhayl Makan dulu. Sebab izah tahu nanti dekat rumah mama suhayl akan buat konsert.😥😥
Tengah leka main dengan botol.


3) kemas rumah
Paling lama kelas 4jam,dan paling awal 1jam dah habis kelas. So after habis kelas Izah akan balik rumah,kemas mana patut,Study,buat assignment .. bila dah settle everything baru izah pergi ambik baby.bila baby dah kt rumah,izah focus hanya untuk baby dan buat apa yang belum sempat settle such as basuh baju.
Suhayl tengah membesar,ummi tahu suhayl nak explore banyak benda. So ummi kena Bantu,main2 dengan suhayl+ajar benda baru.

Tapi kadang2 tak sempat  nak settle ,izah dah pergi ambik baby..mana taknya menangis xhenti. "Ya Allahhh.. mudahkn urusan yang bernama Izah ni.."

4)study
Izah study masa suhayl duduk Kat rumah pengasuh. Malam sebelum tidur atau wktu suhayl tidur Izah akan sentuh sikit apa yang nak belajar keesokkan hari. So tak da lah masuk kelas dengan otak kosong. At least,izah dah tahu apa yang lecturer nak ajar. Ada je masa terluang,izah akan buka buku. Biasanya masa terluang banyak atas kereta.so masa tu izah gunakan untuk hafal. Dapat hafal 1 perkataan pun dah jadi.

5) masa
Biasanya Malam sebelum,izah akan sediakn bahan2 untuk masak .. so esok tu,just campak2 je dlm kuali.jimat masa.

6)bisnes
Bab pos mengepos,suami akan buat. Tugas Izah,jawab soalan customer . Bab edit mengedit gambar,smua suami buat. Izah buat ayat promote je.tu pun banyak suami y bantu.

7) weekend
Hujung minggu ,izah akan iron semua baju yang nak pakai untuk minggu tu.

8) yang nak kena buat hari2,makanan baby.
Lepas solat subuh,izah masuk dapur. Masak untuk baby. Nak express punya pasal,sayur+nasi+lauk izah masak dalam periuk electric.so dengan hanya 1butang tekan,tunggu semua tu masak je!hi hihi

Apa lagi eh? Tu jela kot buat masa ni.. doakan izah.. moga Allah permudahkn segalanya! Kata nak syurga,bukan senang nak dapat syurga. Dann izah bersyukur dengan apa yang Izah ada sekarang. Letih memang letih,tapi kepuasan tengok family+anak tu mengatasi keletihan. Jangan Tanya bila suhayl nak dapat Adik,izah tumbuk nanti!😝😝

Nah belanja gambar suhayl!

Friday, 25 March 2016

Eco dan romantik!- Philea Resort,Melaka.

Assalamualaikum and hai!

Jangan tanya mengapa lama menyepi..hee
Post2 lepas ni pun mungkin berkaitan percutian Dan tempat makan best. Misi sekarang? nak ternak lemak balik! Haha

Lepas bersalin 2bulan lebih, ada family gathering belah keluarga suami. Sebab plan last minit,banyak tempat dah penuh untuk book. So,ke Philea Resort lah kita.

Siapa-siapa yang rasa nak bercuti kat tempat yang more to nature,tenang,jauh dari kesibukan kota walaupun tak jauh sangat haha, haa Philea Resort ni highly recommended! Serious suka giler dengan keadaan kat resort ni!

Lobi utama-google
See? Dibina dari pine log yang disusun cantik Dan diimport khas dari luar negara. Perabot kat lobi seperti kerusi dan meja diperbuat daripada kayu kapal yang karam. Lupa pulak nak ambik gambar. Tapi serius kita tak kan sangka tu kayu kapal karam.
Sekeliling resort,ditanam dengan ribuan pokok. So udara sangattt freshh..tangga kat depan room pulak dibina dari kayu landasan kereta api.


N then moh kita ke bilik. Terdiri dari Pavilion room,Philea suite dan Royal Villa. Kalau datang nak honeymoon boleh la pilih philea suite , Dan kalau nak Villa yang ada private swimming pool boleh book Royal Villa. Royal villa limited, hanya ada dua unit je!beza Philea suite dengan Pavilion room? Pavilion room,satu unit ada 4 bilik. Dan Philea suite 1 unit khas untuk 1 tetamu.
Philea suite-google


Royal villa-google

Family besar kami ambik 2 unit Pavilion room. So ada 8 bilik. First time masuk waa Izah is jatuh hati ualls! Sebab room kat sini guna interlock system. Maknanya tak guna paku untuk bina room . namanya pine log,maka haruslah sejuk. Tak payah on
aircond,buka kipas pun dah rasa sejukkk...

Namanya resort 5 star,servis haruslah tiptop. So nak ke bilik, pihak resort sediakan buggy.. Kalau nak fefeling romantik gitu,jalan kaki pun boleh. And kalau ada plan nak bawak basikal round2 resort,tak da hal lah bro! Tapi kena berhati2 sebab jalan sedikit berbukit. Waktu untuk check in jam 3 petang dan check out jam 12tengah hari..
Kalau tersampai awal, boleh la jalan2 area zoo melaka.. 3km je dari Philea. And yang mana gigih nak shopping, boleh ke Freeport A'Famosa Outlet Dalam 31km dari Philea resort.


Bagi yang nak merasa spa,bolehlah try spa kt sini. Tapi bayaran untuk spa kira lain.
Siapa2 nak swimming ,swimming pool ada disediakan.. Layann habis suasana kat swimming pool.. Sebab ada air terjun.. Boleh la feeling macam duduk dalam hutan yang ada deruan air terjun.

Jom layan gambar,(gambar ni Izah ambik dari abang ipar )
Waktu malam depan Pavilion room
Kat tingkat atas






Bilik air

Suhayl's first time swimming. 


Waterfall buatan Dan swimming pool


Pavilion room..husband's family.. Cari mana Izah.? Yang gigih pegang baby sibuk nak ikut jalan2 walaupun tak habis pantang 100hari lagi..haha
Room's rate untuk Pavilion room, hari tu dapat 699 sebilik termasuk breakfast.. Satu Pavilion room ada empat bilik. Rate harga untuk cuti sekolah dengan hari biasa lain.  Biasanya kalau school holiday,harganya lebih mahal. Tun Dr Mahathir Dan Shah rukh Khan pun pernah sampai ke resort ni.



Alamat:
Lot 2940-1, Jalan Ayer Keroh, Off Jalan Plaza Toll, Melaka, Malaysia

Thursday, 3 March 2016

SuamiKu Milik Ibunya

Assalamualaikum and hye!

Apa khabar semuanya? Apa khabar iman? Apa khabar hati? In shaa Allah moga iman sentiasa meningkat Dan Dalam petunjukNya sentiasa. Amin.

Hari ni macam terpanggil buat satu entry "suami kita Milik siapa?" Entri ni khusus untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga dan yang sudah berumahtangga. Tergerak hati nak tulis sebab banyak tengok dalam drama lepas kawin,anak lelaki lupakan ibu bapanya. Melebihkan isteri.. Sejujurnya anak lelaki berat tanggungjawabnya . sebab tu lelaki diciptakan untuk menjadi pemimpin/leader. Awak,saya Dan semua yang bernama perempuan,kena tahu bahawa suami kita bukan milik kita sepenuhnya. Tapi milik ibunya. Apa? Yes! Sekali lagi,milik ibunya!

Ingatlah,penat lelah mertua membesarkan suami. Yang mengandung 9bulan,dididik,diasuh,disekolahkan. Dan kita tidak mengeluarkan wang walau sesen pun. Tiba saatny, sang ibu berkongsi kasih dengan menantu. Cemburu? Sudah tentu cemburu! Kita wanita asing,yang kini sentiasa disayang oleh anak lelakinya. Namun,direlakan dirinya berkongsi kasih ..

"aku milik SuamiKu,Dan SuamiKu milik ibunya"..
Akad dilafaz,jnji diucap..ikatan y pnuh barakah..duhai ibu,ank mu kini beralih ketaatan..tp xkn pernah ku lupa akn drimu..suami ku kini mjd ank mu jua..bersama kita meraih redhaNya..duhai mertua ku,ank mu kini mgalas tggjwb baru..nmun jgn khuatir,ketaatannya masih pd mu..diri mu harus di utamakan melebihi diri ku..terima kasih ya Allah..separuh imanku sudah lgkap smpurna.. cc : zauj tercinta @omriefarid
Ig : nurazizah_chehussin
(Quote masa kawin dulu)




Al-Imam An-Nasaa’iy rahimahullah meriwayatkan dalam Sunan-nya :
أَخْبَرَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلانَ، قَالَ: نا أَبُو أَحْمَدَ، قَالَ: نا مِسْعَرٌ، عَنْ أَبِي عُتْبَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ: ” زَوْجُهَا “، قُلْتُ: فَأَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الرَّجُلِ؟ قَالَ: ” أُمُّهُ “
Telah mengkhabarkan kepada kami Mahmuud bin Ghailaan, ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Abu Ahmad, ia berkata, telah mengkhabarkan kepada kami Mis’ar, dari Abu ‘Utbah, dari ‘Aaisyah -radhiyallaahu ‘anha-, ia berkata, aku bertanya kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, “Siapakah manusia yang paling berhak atas seorang istri?” Beliau bersabda, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak atas seorang laki-laki?” Beliau bersabda, “Ibunya.”
[Sunan Al-Kubraa no. 9099]

Mak and suami

Buat isteri Dan bakal isteri,sentiasa ingatkn suami akan ibunya. Usahlah cemburu dengan mertua mu jika suami melebihkan ibunya,kerana itu adalah yang sepatutnya.
Dan anak lelaki kita akan mencontohi apa yang dilakukan oleh ayahnya in shaa Allah..

Isteri hendaklah taat kepada suami,Dan suami hendaklah ihsan terhadap isteri.. :)
Maksud ihsan dalam konteks ni,suami bertolak ansur dengan isteri. Contoh la,isteri request nak duduk 2,3 hari rumah ibu kandungnya,no hal. Suami bg. Kiranya saling bertolak ansur. Suami sentiasa meraikan pendapat isteri . kalau suami tak tak setuju untuk benda2 tertentu,dia cakap elok-elok sampai isteri faham dan boleh terima.
Even dah kahwin,dah ada anak pun dah, Izah dgn ma still macam dulu.
Love u ma!




Dulu sebelum kahwin, suami tanya 1 benda je kat Izah "awak boleh terima mak saya?" Dan satu syarat yang suami letak sebelum kawin ialah, "awak kena terima mak saya,Dan awak kena tahu di hati saya lepas Allah Dan rasul ialah mak saya,lepas tu baru awak". Ok ni syarat sebelum kawin.

Dan bila dah kahwin,alhamdulillah Allah mudahkan segalanya. Mertua dah macam mak sendiri..masa pantang,mertua yang jaga dengan ma.. Ma and mak,I love u both!
Moga kalian dalam rahmatnya sentiasa serta dipanjangkan umur.!

Saturday, 27 February 2016

Mengapa langit berwarna biru?

Assalamualaikum and hai!

Waktu entry ni ditulis I'm on my way to lowyat.. Boring sesaja dalam kereta terfikir kenapa langit berwarna biru?

Ok sekarang sedikit sebanyak dah tahu kenapa langit berwarna biru.
Dulu masa kelas fizik belajar 7 jalur cahaya. Nampak tak warna cahaya matahari? Warna putih kan? Sebenarnya warna putih terhasil daripada 7 warna yang berbeza. Merah,jingga,kuning,hijau,biru,indigo,ungu. Pernah tengok prisma kaca? 

Prisma 


Like energy passing through the ocean, light energy travels in waves, too.

Warna tersebut mempunyai panjang gelombang yang berbeza.warna merah mempunyai gelombang panjang yang paling tinggi. Panjang gelombang yang tinggi jika ditangkap oleh mata akan terlihat sebagai warna merah, orange, dan kuning. Sedangkan panjang gelombang yang rendah dikenali oleh mata sebagai warna biru, ungu, dan hijau.
Warna-warna yang memiliki panjang gelombang tinggi akan disebarkan secara lurus sedangkan warna-warna yang panjang gelombangnya rendah akan disebarkan ke semua arah. Untuk lebih jelas,jom teliti gambar di bawah.


Kesimpulannya macam ni(ceh mcm nk buat lab report la pulak!)

Cahaya matahari yang sampai ke atmosphere bumi akan bertaburan(scattered) melalui gas Dan partikel di Dalam udara. Cahaya biru akan bertaburan Dalam semua arah. Dan disebabkan panjang gelombang biru adalah rendah, taburannya adalah lebih tinggi dari warna lain. This is why we see a blue sky most of the time!



Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.” (QS. Ali-‘Imran: 190-191).[1]

Monday, 15 February 2016

Macam ni ke rasa??

Assalamualaikum and hi !

Pejam celik dah masuk pertengahan bulan 2 dah.. Suhayl pun dah masuk 4bulan. Lagi 5bulan start kelas balik. Eh lambat lg. Kn? Sebenarnya banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum masuk belajar. So tak da maknanya 5bulan tu lama.. D_D

Patutnya hari ni hantar suhayl rumah pengasuh, tp due to ada benda nak settle so esoklah . act,dah lama plan nak hantar suhayl ni. Tapi asyiik tertangguh.

Macam ni ke rasa bila nak hantar anak? Izah ingat Izah mak paling cool sebab
Izah rasa macam alah kejap je pun letak baby.

But in fact, bila dah dekat hari nak hantar nak tidur malam pun tak Lena. Sebab selama 4bulan ni Suhayl duk dengan Izah je. Pergi mall ke,pergi mana-mana wajib bawak. Tak tinggal. Kalau tinggal nanti rindu..huu .eh mengada!




Baru tahu macam mana perasaan ibu tu macam mana. Dalam pantang hari tu masa tidur malam,memang suhayl tidur atas lengan Izah sebab takut dy muak. Lepas 2bulan,Izah letak je atas bantal sebab muak dah tak sangat. 2,3 malam ni letak atas lengan balik.sebab nak peluk suhayl. Padahal kejap je letak rumah pengasuh. Tapi rasa sedih tu tetap ada.

Alhamdulillah Allah bagi rezeki Izah dapat pengasuh baik. Mama kawan. Tapi dah rasa macam mak sendiri. Memang tak risau la nak tinggal suhayl. But perasaan sedih nak tinggal anak tu mak aii memang ada.

Tapi ni untuk suhayl jugak. Sekarang dia tak kenal orang lagi. Tapi kannnn...macam dah kenal. Hihi. Hari tu tinggal suhayl kat akak sebab nak solat, serta merta suhayl macam mencari umminya. Tak nak senyum,tak nak gelak. Dia tengok je mak long dia tu.

Tu yang nak tinggal awal ni sebab suhayl macam cerdik sangat. Dah pandai gelak kuat2.. Pagi2 kalau bangun tidur perkara pertama suhayl buat ialah sengeh2 bila nampak ummi and ayah.lepas tu, kalau orang tak cakap2 dengan dia, suhayl akan panggil orang tu 'heh' sampai la orang datang cakap2 dengan dia. Takut dia dah start kenal orang,lagi kesian kat dia.

Mata bulat ni la yang buat ummi duk ingat sokmo kat suhayl!


Macam ni ke rasa ? :'(



Monday, 1 February 2016

Just Be Yourself!

Assalamualaikum and hi! Lama sangat xupdate blog kn? Ngee..entah.. Lately nak cakap busy,tak jugak..nak kata tak busy,tak jugak. Cuma macam tak jumpa flow lagi untuk urus everything.. Hoho

Pernah tak bila nak keluar tu tiba-tiba tengok cermin "eh macam pelik je dressing macam ni". Walhal tak ada pelik kat mana pun. Cuma kita je yang terlebih fikir. Kadang2 dah siap pakai elok2 dah,tup2 tukar baju lain. Membazir masa kan? Tu contoh la. Tak perlu jadi orang lain,jadi diri sendiri . kita akan happy.

Just be yourself sayang2 sekalian! Why? Sebab anda adalah diri anda. Tak payah sangat nak fikir tentang tanggapan orang lain kat kita. Jangan pernah rasa down dengan ucapan negatif dari orang lain. 
Jadikan tu satu cabaran. Cabaran untuk jadi lebih baik!

Sometimes kita rasa apa yang kita buat tak betul. Ok tu normal. Cuba dapatkan nasihat dari orang yang rapat dengan kita. Betul ke tindakan kita? Kalau majoriti cakap betul,so ignore je orang yang mengutuk Dan mengeji perbuatan kita. Yang penting niat. Betulkan niat . In shaa Allah everything will be ok.

Be yourself! Kita akan happy. Sebab tak perlu nak letih-letih fikir untuk jadi orang lain. Tak perlu berlakon untuk orang lain nampak  kita perfect . cuma, jadi diri sendiri . Ikut suruhan Allah. Dua sumber utama Dalam kehidupan seorang Muslim ialah Quran dan Sunnah.

Follow kedua2 tu in shaa Allah hidup berjaya bukan hanya di dunia malah akhirat.. In shaa Allah.!