Saturday, 6 October 2018

Villa atas air Di Malaysia, Lexis Hibiscus Port Dickson


Assalamualaikum.. Alhamdulillah kali ni bersempatan sambut 4th anniversary sekaligus babymoon di Lexis Hibiscus Port Dickson.

Kali ni kitorang marathon sambut anniversary(Avani, Sepang & Lexis Hibiscus).

Di avani Sepang Izah belanja suami, Lexis Hibiscus suami plak yg belanja Izah. 😆

SPECIALNYA APA?
Setiap villa atas air ada private pool dan sauna room. Seronoklah kalau nak berendam mandi kolam dengan anak-anak.

View tak payah cakap lah, memang cantikkk..

Sesuai sangat bagi korang yang nak honeymoon dekat sini.

Bertambah special pulak bila Villa ni membentuk bentuk bunga raya kalau dilihat dari udara.

Haa yang naik flight turun KLIA tu, nanti boleh nampak Lexis Hibiscus ni dari atas.
View penuh dari udara
Layanan macam princess :
Hotel 5 star, so haruslah kan layanan 1st class? 
1)Sesampainya di Hibiscus, ada orang akan buka pintu kereta. 
2)Beg tak payah bawak, dorang akan bawakkan hingga ke bilik
3)Kaunter pendaftaran banyak, so urusan check in dan check out cepat. 
4)opsss deposit jangan lupa RM300.. Nanti check out dorang bagi balik deposit tu. 


Lobby

Dapat masa check in. 


Pilihan yang ada :
1)Water pool Villa
2)Sky pool villa (RM 700) 

Harga/night termasuk breakfast untuk 2 orang :
Rm690-RM5000

Harga bilik izah : RM960/night(premium pool villa with sea view) 

Harga jugak berbeza ikut musim.. Kadang-kadang premium pool villa sea view ada sampai RM1100/night.

Nanti boleh check harga semasa dekat agoda@trivago@hotels.com@expedia.
Water pool villa :
Untuk water pool villa ada beberapa pilihan :
1)Executive pool villa
2)Premium pool villa nature view/sea view
3) panorama pool villa mountain/sea view
4)imperial suite

Setiap villa kat atas tu perbezaannya pada keluasan dan pemandangan yang dapat.
So harga pun berbezalah.
Untuk executive,bilik terletak di daun bunga raya. Hati-hati sebab boleh diskodeng dari sky pool villa. 😅

So nak lebih rasa selamat dari diskodeng, izah ambil Premium pool Villa sea view. 
Yang ni terletak di kelopak bunga raya, tapi nun jauh dihujung sanaa, so xda orang dapat skodeng. Haha

Masa tunggu sunrise

Nilah view yang Izah dapat

Kalau mandi pool, tak ada orang boleh tengok even bukak tudung. 

Jiran pun tak dapat tengok sebab dihalang dengan dinding simen.
Kalau executive, dinding tu glass bukan simen. 


Kalau korang ambil SKY POOL VILLA, ni pemandangan yang korang akan dapat bila malam,
Oh yaa, sky pool villa ni terletak dekat tower. 
Bukan ats air ye, tapi satu bangunan dengan lobby.
View dari sky pool villa(gambar ni kredit untuk blogger pureGlutton) 

Jom jelajah bilik :

Haa bagi salam dulu, mak buyung time ni 6 bulan pregnant.


Dapat 2 katil king size. 
Nampak tak cermin kaca tu? Belakang cermin kaca tu bilik air. Lepas tu ada cermin kaca lagi, barulah boleh terjun kolam. 

Tv dalam flat glass

Kawasan tandas pun class giteww


Depan tandas
Depan pool, boleh la santai2 minum teh petang dengan suami. 

Sauna room, yang ni izah tak masuk sebab tengah pregnant.. Kang kepanasa anak Izah kat dalam perut. 😂

Izinkan kami berposing boleh?😂
Suhayl cari fish kat bawah ni. Jangan risau, glass ni boleh tampung berat kami berempat. Hihi


Bab mandi kolam bagi dekat hero ni lah.
Dulu kami strangers, sekarang kami dah jadi ummi dan ayah kepada 2 orang anak. 


SEKITAR LEXIS HIBISCUS :
1)Bermacam aktiviti air seperti  banana boat, kayak. 
2)playground
3)Spa
4)Restoran-restoran







HELICOPTER RIDES :
Haa kat sini ada jugak helicopter rides.. Kot-kot lah korang nak abadikan kenangan anniversary/babymoon/birthday kat sini dengan menaiki helikopter. 
RM700+ untuk 6 minit.




Kredit to lexis hibiscus web


Terima kasih dan Doakan kami! 
Terima kasih sudi baca entri yang tak seberapa ni,doakan kami kekal hingga ke jannah, dilimpahi mawaddah dan rahmah. 
Dapat anak yang soleh dan solehah. 
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
Tq semua!

JAPPPPPP!! NI ADA VIDEO IZAH DEKAT YOUTUBE
Boleh jugak tengok video anniversary di you tube  :Lexis Hibiscus-Anniversary Trip

No comments:

Post a Comment