Sekarang jam 1 pagi, Dhuha baru tidur. Ummi pulak cuba lelapkan mata.
Tapi ada sesuatu yang menganggu fikiran yang menyebabkan mata degil untuk dilelapkan.
Kecewa. Sedih. Izah bukan orang yang pantas berbicara mengenai topik ni.
Namun terasa terpanggil untuk sentuh sedikit walaupun diri Izah sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki.
Topik ni agak besar untuk disentuh.
Purdah dan Akhlak .
Bila kita tengok orang yang berpurdah, sejuk kan mata memandang?
Dalam hati, terdetik untuk menjadi seperti mereka.
Izah sendiri ada koleksi beberapa helai purdah.
Namun untuk sarung ke muka, berkali-kali berfikir.
Rasa tanggungjawab bila berpurdah tu besar.
Akhlak, tutur bicara harus diteliti.
Bukan bermakna Izah tak nak pakai purdah sebab Izah tak nak jaga akhlak.
Semampu boleh, Izah cuba perbaiki diri.
Semampu boleh, Izah cuba jaga tutur bicara.
Tapi, bila kita menyarungkan purdah, ianya akan membawa imej islamic kepada si pemakai dan membawa imej islam.
Imej yang terlalu suci untuk dicalitkan dengan akhlak yang tidak baik.
Izah tak nak cerita orang arab pakai purdah kenapa dan kenapa.
Dan di Malaysia, bila kita pakai purdah, orang akan pandang kita adalah orang yang bagus agama,termasuk bagus akhlaknya.
Kat sini Izah nak sentuh mengenai Niat dan Akhlak.
2 perkara yang mendatangkn effect yang agak besar pada kehidupan.
1)Niat.
Untuk apa kita pakai purdah? Kalau sekadar mengikut trend, mungkin lebih baik tajdid dulu niat yang sebenar.
Setiap yang kita lakukan, sedar tak sedar, orang sekeliling memerhati.
Dan Izah juga memerhati. Belajar di institusi yang memegang title "International Islamic", juga mengambil course Islamic , Izah sendiri dikelilingi oleh kawan-kawan yang berpurdah.
AKHLAK
Pemakaian tak selari dengan akhlak.
Bukan semua, tapi sesetengah mereka yang berpurdah mengambil mudah soal akhlak.
Gelak ketawa berdekah-dekah dihadapan lelaki tak lagi di pandang sebagai sesuatu yang memalukan.
Bila berbicara, main lepas je. Bila nak sound, main sound je.
"Aku berpurdah, aku lebih tahu agama, aku lebih mulia, and kau tak tahu apa-apa, kau diam"
Wahai teman syurga Izah, boleh jadi kita tengok seseorang tu biasa-biasa,tapi kita tak tahu ilmu yang dia ada luar biasa.
Boleh jadi Allah muliakan dia melebihi kita yang berpurdah.
Kita ke syurga bukan sebab pakaian kita, bukan sebab amal kita, tapi sebab rahmat Allah.
Kita buka siapa-siapa untuk underestimate orang lain.
Ramai orang yang makin jauh dari Islam sebab kita terlampau rasa kita adalah yang paling betul.
Pandangan dan pendapat orang lain salah.
Bila ditegur secara lembut oleh mereka yang berpakaian biasa-biasa, kita degil untuk menerimanya dan beremosi dalam berkata-kata.
Sehingga mengeluarkan kata-kata kasar.
Disebabkan golongan yang macam ni, semua golongan niqabis terpalit sama arangnya.
Kesian mereka.
Disebabkan yang segelintir, niqabis yang betul-betul menjaga akhlak dipandang serong.
Sebab orang takkan pandang dah niqabis yang buat baik, tapi orang akan pandang segelintir yang buat onar.
kita bawa nama agama dan in shaa Allah kita sama-sama improvekan diri ke arah yang lebih baik.
Kita(termasuk Izah) hamba Allah yang sentiasa melakukan kesalahan, tapi masih ada masa untuk memohon kemaafan dan memperbaiki kesilapan.
Kita(termasuk Izah) hamba Allah yang sentiasa melakukan kesalahan, tapi masih ada masa untuk memohon kemaafan dan memperbaiki kesilapan.
Kerana sayang, mudah-mudahan kita semua berjiran di syurgaNya..
"Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya".
(HR Tirmizi)
No comments:
Post a Comment