Saturday, 9 March 2019

Resipi : Chicken Bone Broth bagus untuk Imunisasi Bayi

Assalamualaikum..
Memandangkan Izah sekarang ada anak kecil, simptom mak-mak tak boleh nak elak, nak bagi yang terbaik untuk anak-anak.



Kali ni, nak share resipi chicken bone broth.

Ok kita formal sikit ye.
 Chicken bone broth ni asas dia tulang-tulang haiwan yang halal dimakan. Jap nak gelak. Hahahaha. Macam belajar syariah pulak.

Of course la kena cari yang halal.. Tak kisah la nak letak tulang apa, janji tulang. Tulang lembu, ayam, itik. Tak kisah.

Tapi kalau untuk baby, chicken bone better than beef bone. Sebab senang untuk baby digest nanti. Haa gitewww.

Dah tak nak melalut panjang. Jom terokai alam sains.. Hahaha.. Jom kita terokai resipinya yaaa mummies.


Femes kau ayam, masuk blog.
πŸ˜† 
Bahan-bahan :
1)Halia 2 inchi
2)bawang putih 4 ulas
3)bawang merah 3 biji
4)bawang holland 1biji
5)Tomato 1 biji
6)Sup bunjut 1 ketui
7)carrot 1 biji
8)lemon 1 sudu
9)kerangka ayam/kaki ayam/kepak/leher
10)air penuh periuk

Bahan-bahan yang boleh ditambah :
▪️batang celeri(2)

Tapi yang ni Izah nak beli tak ada, so guna la yang mana ada.

Tips tambahan :
▪️Kalau tak ada lemon boleh ganti dengan cuka epal atau asam limau atau sedikit asam keping.
Tujuannya, sebab nak jadikannya sebagai catalayst untuk uraikan tulang ayam tu.

Info tambahan :
Kaki ayam lagi bagus berbanding kerangka ayam sebab ianya tinggi dengan collagen(made up of amino acid).
Amino acid ni blocks kepada protein. (ingat balik subject bio dulu πŸ€“)

Dah NSK time tu kehabisan kaki ayam, ku tibai je mana-mana yang ada.


Cara-cara :
▪️Satukan kesemua bahan di atas, dan reneh sehingga 4-5 jam.
▪️Tengok isi dah terlerai dari tulang tu dah kira ok lah.
▪️Izah buat sampai 6 jam. Sampai tulang tu macam tak nampak dek pandangan mata.
▪️The longer the better. 

Periuk :
▪️Boleh guna periuk stainless steel(jangan yang aluminum), 4-5 jam.
▪️Pressure cooker : 1 jam
▪️Slow cooker  : 7 jam


Dah masak :
Dah masak tu, korang tapis ambik air je.
Hampas tu boleh buang atau bagi kucing.

Cara simpan
Letak dalam bekas kecil-kecil simpan dalam peti ais.
Bekukan ponn boleh.. Tahan jugak la sebulan.

Taraaaaaa...

The end. 🌹

Nota kaki :
πŸ”ΊKalau tak nak letak bawang merah tak apa.
πŸ”ΊIzah letak bawang merah sebab tulang-tulang tu izah buat banyak.
πŸ”ΊBawang putih 3 ulas pun memadai.

Wednesday, 6 March 2019

Menu simple : Sotong masak kunyit.

Assalamualaikum.
Sotong masak kunyit ni, feveret suhayl.
Kalau masak menu ni, bertambah-tambah suhayl makan nasi.
Mungkin sebab masa pregnantkan dia dulu suka sangat seafood?

Khas untuk yang baru berjinak-jinak dengan masak-memasak. Sebab senang nak buat.
Kalau yang pro masak, jangan kecam kami sebab kami masih bertatih. πŸ˜…


Sukatan kat bawah ni memang dah tepat. *yakinnya Izah 🀷‍♀️*


Bahan-bahan :
1)6 ekor sotong
2) 1 ts(tea spoon) kunyit
3) 3 ulas bawang putih
4)1/2 biji bawang holland dipotong nipis
5) 3 sudu besar sos tiram.
6)1 sudu kecil garam
7)sedikit kicap abc(separuh sudu atau 1 sudu terpulang citarasa korang)
7)gula 1/2 ts-by option

Cara-cara :
1)Gaul kesemua bahan-bahan di atas kecuali bawang holland.
2)perapkan kejap lebih kurang 15 minit.
3) panaskan minyak masak, dah panas, masukkan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan bawang holland.
4)Bila bawang holland dah kuning, masukkan sotong yang diperap dan biarkan seketika (dalam 3-4 minit)
5)tambah sedikit air, gaul sebati.
6) Dah siap!

Tips :
Jangan goreng lama sangat sotong tu, takut kenyal dan kecut nanti.

Atau langkah kedua, goreng sotong yang diperap tanpa minyak dulu. Agak-agak sotong dah nak masak, masukkan sedikit minyak dan boleh masukkan bawang holland.

Izah perap dulu sebab nak elakkan bau sotong tu, boleh spoil mood masa makan.
Izah memang cerewet bab makanan, tambah-tambah nasi goreng.

Kalau letak ayam dalam nasi goreng, izah perap jugak dengan kicap ke, garam+chicken stock ke.
Dan pastikan cuci betul-betul  dan betul-betulll masak.
Tiada yang lain melainkan yang betul-betul sahaja. 🀣
Kalau tak, bila makan tu akan ada rasa yang kurang enak.

Menu untuk tengah hari lah biasanya macam ni kan? 


Thank you, Izah yang masih belajar masak.

Cara pikat Hati Mertua Sebelum Kahwin part 2

Assalamualaikum..
Thank you semua yang sudi baca Cara pikat hati mertua sebelum kahwin part 1.

Cuma kali ni Izah nak share cara suami Izah pikat hati bakal mertua dia a.k.a ma zah.

2 hari riki-riki suami kot-kot dia memang ada tips ke apa kan?

Tapi hampehhh.. Dia cakap "i'm just be myself"

Suami Izah ni, kalau cakap dengan dia memang dia tak nak kalah.
Tapi lama-lama dia memang akan beralah bila Izah tarik muncung. Haha

Jatuh berkenan kali pertama tengok
Bukan Izah yang jatuh berkenan taw, tapi ma Izah.
Berkenan dengan peribadi.
Tahu kan yang Izah pernah masuk hospital sebelum exam SPM tahun 2011?
Haa time ni la suami datang lawat Izah dengan sorang lagi classmate.
tu pun suami datang sebab kebetulan nak pergi KB Mall.

Profesionalisme
Cara dia bercakap dengan ma Izah, nampak profesional.

Even baru jumpa dengan ma Izah for the first time, tapi dia boleh act like ma Izah tu macam mak cik yang dah lama dia kenal serta meraikan kehadiran ma dekat situ.

Maksudnya macam ni, yes betul  dia kawan sekelas Izah. Tapi dia lebih banyak bercakap dengan ma tanya progress kesihatan Izah.

Nampak tak dia raikan kehadiran ma dekat situ?

Jadi, kalau jumpa dengan bakal mertua, mungkin kita boleh tinggal kejap pasangan kita, lebihkan masa dengan bakal mertua.
Berbual, tanya khabar dan raikan kehadiran bakal mertua. 😊
 Jangan buat kehadiran mereka depan mata, macam tak ada..
Giteeeww.

Jadi, bakal mertua akan rasa keberadaan mereka ni dihargai.

Masa ni kitorang belum ada apa-apa hubungan istimewa ok?
Sekadar kawan sekelas yang masih memakai gelaran 'kau, aku'.

Cool dan bertenang
Suami Izah ni dia jenis soft spoken. 
Bukan nak suruh tiru cara suami Izah, cuma nak bagitahu macam mana intonasi dan emosi ketika bercakap mempengaruhi orang sekeliling.
Dia macam ada daya penarik taw? 

So banyakkan bertenang dan relax kalau jumpa mertua. 
Jangan duk buat kalut. πŸ‘»

Izah kalau kalut, mula lah jadi bodoh dengan tiba-tiba. Elok-elok pintu kena push kita pergi pull.
Haa tu contoh ja. πŸ˜†

Hubungan dengan ibu sendiri 
Yang ni mungkin ramai terlepas pandang. 
Mertua ni memerhati macam mana bakal menantu dia layan mak dia sendiri. 

Kalaulah di mata mertua, bakal menantu layan mak dia sendiri dengan baik, in shaa Allah, mertua sendiri akan rasa satu ketenangan nak bermenantukan kita. 😁

Macam mana Izah tahu?
Tahu lah, Izah kan dah jadi ibu sekarang ni. Haha

Ok gurau, tahulah sebabbb......

Kita mainkan peranan
Kita tolong lah tackle hati mak ayah kita sendiri.
Cerita la dengan parents apa yang buat korang berkenan sangattt dengan pasangan?

Mainkan peranan masing-masing guys.
😎

Apa yang mertua nak dari bakal menantu? 
Jaga anak dia elok-elok. Tunjukkan kesungguhan yang kita memang nak beristerikan/bersuamikan anak dia. 
Kadang-kadang orang tua ni, dia akan uji kita taw? 
Boleh ke tak kita jaga anak dia nanti. 
Ada lah trick dari mertua yang kita kena pandai tackle. πŸ€—

Bila datang rumah mertua, siap-siap . Kot-kot korang terpilih jadi imam solat.
😎

Ikhlas, Izah yang ada 2 quiz esok. πŸ€“πŸ˜…










Monday, 4 March 2019

Tips perkahwinan : Cara pikat hati Mertua sebelum Kahwin

Assalamualaikum..
Tajuk yang buatkan Izah rasa segan nak share. Tapi, disebabkan ada adik senior request bagi idea pasal tajuk ni, so this is for you my sister.😊


Sebenarnya Izah sendiri tak tahu nak mula dari mana, sebab masa sebelum kahwin, Izah tak tahu macam mana ianya bermula.

Cuma, bila ingat-ingat balik, semuanya start bila Izah sakit dan bakal mertua bawak Izah pergi berubat dengan Ustaz(sakit apa sebenarnya, Izah tak bersedia lagi nak cerita)
Haa tu lah titik mulanya.

Situasi setiap orang tak sama, cuma tips kat bawah ni mungkin boleh bukak sikit jalan untuk pikat hati mertua.
Gitewww. Haha

Izah pulak the only one menantu perempuan dalam family suami+kahwin usia muda, so kena bagi gambaran yang baik buat mertua.

Risik minat mertua:
Boleh tanya bakal suami, apa yang bakal mertua minat dan apa yang dia tak suka.
Kalau mertua suka shopping, boleh ajak tunang pergi shopping dengan bakal mertua .
Dan apaaa lagi, kita teman la mertua shopping sama.

Mula-mula sumpah akan rasa kekok, nak berbual pasal apa bagai. Nanti lama-lama bila dah jumpa rentak, semua akan ok.

Macam Izah, mertua sangat-sangat suka dengan ilmu. Dan kami share minat yang sama.
Jadi benda ni macam bonus la. 😎
Kalau mertua start buka satu topic, haa kita boleh la on gear.



Air tangan bakal menantu :
Dulu sebelum kahwin, rajin jugak masak, buat laksa, kadang-kadang ayam pedas, ajak mertua dengan suami datang rumah makan tengah hari.

Time ni Izah lepas SPM, so tak ada apa nak buat, Izah masaklah.
Dann pulak ma dengan Izah suka masak-masak masa ni, lepas tu bagi jugak apa yang kitorang masak dekat jiran rapat.

Kadang-kadang kalau buat kuih tu, Izah tapawkan dekat suami.
Puding caramel tu boleh dikatakan sebulan sekali wajib buat.


Menggamit memori betul. πŸ˜†(thanks adik senior yang bagi akak idea pasal tajuk ni)

Raikan pendapat mertua:
Yang ni penting.
Kalau kita tahu banyak benda, cuba relax dan jangan tunjuk kita serba tahu.
Peramah tu bagus, tapi kena ada batasnya juga.
Maksudnya macam ni, kalau mertua sedang cerita pasal sesuatu yang kita dah tahu, raikan apa yang mertua cakap.
Buat je macam kita tak tahu, tapi dalam masa yang sama kita boleh masuk slow-slow dengan topic yang mertua utarakan.

Jangan mencelah selagi dia tak habis cakap.

Hormat setiap pendapat dan pandangan mertua.

Adab dan tutur kata :
Tunjukkan adab dan kelakuan yang baik.
Mungkin at first mertua tak berkenan dengan kita, atau mungkin kita bukan menantu pilihan.

Jaga tutur kata, jaga adab.
Sama macam kita jaga tutur kata dan adab dengan mak ayah kita sendiri. 😊


Jadi diri sendiri :
Bila depan mertua banyakkan jadi diri sendiri.
So ni adalah cabaran untuk diri kita, supaya perbaiki apa yang lompang.
Dari segi perangai, tutur kata, pemakaian semua tu kita kena tengok.
Sebab lepas ni bila dah kahwin, perangai asal yang kita akan bawak.


Perkahwinan nanti, tanggungjawab besar yang kita akan galas.
Anak-anak akan jadikan kita sebagai contoh nanti.

Doa :
Yang ni senjata yang paling ampuh.
Allah ni pemilik hati-hati hambaNya. Kunci untuk buka hati manusia, ada pada Dia.
Jadi doa bersungguh-sungguh supaya mertua dapat terima baik buruk kita.😊

Sabda Rasulullah S.A.W : Daripada Abu Hurairah R.A : “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan diperkenankan dan sesungguhnya Allah tidak memperkenankan doa daripada hati yang lalai & berpaling.” (Hadith riwayat At-Tirmidzi)
Izah tak ada gambar dengan mertua sebelum kahwin, so gambar ni kira macam boleh la ye untuk throwback . πŸ˜†
Part 2 ada dekat sini.
πŸ‘‡πŸ‘‡
Cara Pikat Hati Mertua Sebelum Kahwin Part 2

Instagram : nurazizah_chehussin

Sunday, 3 March 2019

Skin Care Routine untuk dapatkan kulit glowing

Assalamualaikum.





Straight to the point, entri kali ni khas untuk cerita pasal skincare routine Izah.

Nak masuk 25 tahun, baru ada kesedaran nak jaga elok-elok kulit muka.

Sebelum ni main tibai je on off jaga kulit.
Kalau rasa malas tu, memang berminggu-minggu lah cuci muka je tanpa ada step-step yang lain.

Seru sudah sampaiiii.. Haha.

So basic step macam ni :
1)Facial wash
2)Toner
3)Moisturizer

Tapi izah tambah step ni :
1)Facial Wash
2)Toner
3)Serum
4)Moisturizer
5)SPF(siang hari sahaja)

Ni set yang Izah pakai waktu malam. 
Pencuci muka Izah guna tu nama dia serisoap. 

Walau malas macam mana sekali pun, basic step ni tak boleh tinggal. Taw? Taw? Taw? Haa 3x "taw" maknanya penting la.

Kenapa?
Facial wash - Khas untuk buang-buang kotoran di muka. Kotoran kat muka ni lah penyumbang utama kepada masalah jerawat, blackhead, whitehead.

Cara cuci:
Dulu Izah main taram je basuh muka, sekarang ni adalah penambahbaikan sikit, cuci muka guna method "double cleansing".
Langkah :
1)Cuci muka guna pencuci "oil based product" / balm /micellar .
2)Cuci guna "water based product"-pencuci yang kita selalu guna tu yang banyak buih.

Ni micellar water yg Izah guna sebelum serisoap. 



TONER :
Lepas cuci muka, apply toner.
Tujuan/kebaikan :
- membuang kotoran di muka yang masih tersisa.
-seimbangkan pH kulit(kalau pH kulit tak seimbang, boleh menyebabkan kulit muka berminyak)
-menutup kembali pori-pori yang terbuka ketika membasuh muka.


Serum :
Bahasa mudahnya, serum ni macam vitamin untuk kulit lah. Ianya akan baiki struktur-struktur kulit yang rosak.
Yang mana kusam, tona tak sekata haa korang boleh la guna serum yang sesuai dengan keadaan kulit korang.

Selain serum skII, Izah guna serum ni jugak. Serinaara. 



Pakai serum selepas toner dan sebelum moisturizer. So senang zat-zat dalam serum tu kulit serap ok?

Moisturizer :
For me moisturizer sangat-sangatlah penting tambah-tambah jika korang ber'aircond' macam Izah

Kegunaan:
-Melembabkan kulit.
-Melambatkan penuaan.
-kalau yang suka make up, moisturizer membantu supaya make up korang tak crack dan tahan lama.

Info menarik:
Kalau kulit kita sentiasa kering dan kita tak hydratekan balik kulit dengan moisturizer, tu lah penyebab utama garis-garis kedutan muncul awal.
Pakai moisturizer 5,6 kali sehari pun tak apa ok?

Antara moisturizer yang Izah ulang-ulang pakai. 

Yang ni pulak kalau rasa kulit kering sangat, just spray miracle bio water. 

Spf :
Lindungi kulit muka dari sinar uv.
Sebenarnya, sinar UV ni lah yang menyebabkan jeragat muncul.

Extra tips : siang hari boleh pakai moisturizer cetaphil yang dah ada SPF.

Routine ni, korang buat pagi lepas bangun tidur dan malam sebelum tidur.
Malam tu buang step untuk SPF je.

Ni moisturizer, tapi best sebab dia ada sekali dengan spf! 

Done kholas!

After istiqomah about 1 month. Haha


Kalau korang ada apa-apa pertanyaan boleh ke instagram Izah :
Instagram : @nurazizah_chehussin