Memandangkan Izah sekarang ada anak kecil, simptom mak-mak tak boleh nak elak, nak bagi yang terbaik untuk anak-anak.
Kali ni, nak share resipi chicken bone broth.
Ok kita formal sikit ye.
Chicken bone broth ni asas dia tulang-tulang haiwan yang halal dimakan. Jap nak gelak. Hahahaha. Macam belajar syariah pulak.
Of course la kena cari yang halal.. Tak kisah la nak letak tulang apa, janji tulang. Tulang lembu, ayam, itik. Tak kisah.
Tapi kalau untuk baby, chicken bone better than beef bone. Sebab senang untuk baby digest nanti. Haa gitewww.
Dah tak nak melalut panjang. Jom terokai alam sains.. Hahaha.. Jom kita terokai resipinya yaaa mummies.
![]() |
Femes kau ayam, masuk blog. ๐ |
1)Halia 2 inchi
2)bawang putih 4 ulas
3)bawang merah 3 biji
4)bawang holland 1biji
5)Tomato 1 biji
6)Sup bunjut 1 ketui
7)carrot 1 biji
8)lemon 1 sudu
9)kerangka ayam/kaki ayam/kepak/leher
10)air penuh periuk
Bahan-bahan yang boleh ditambah :
▪️batang celeri(2)
Tapi yang ni Izah nak beli tak ada, so guna la yang mana ada.
Tips tambahan :
▪️Kalau tak ada lemon boleh ganti dengan cuka epal atau asam limau atau sedikit asam keping.
Tujuannya, sebab nak jadikannya sebagai catalayst untuk uraikan tulang ayam tu.
Info tambahan :
Kaki ayam lagi bagus berbanding kerangka ayam sebab ianya tinggi dengan collagen(made up of amino acid).
Amino acid ni blocks kepada protein. (ingat balik subject bio dulu ๐ค)
Dah NSK time tu kehabisan kaki ayam, ku tibai je mana-mana yang ada.
Cara-cara :
▪️Satukan kesemua bahan di atas, dan reneh sehingga 4-5 jam.
▪️Tengok isi dah terlerai dari tulang tu dah kira ok lah.
▪️Izah buat sampai 6 jam. Sampai tulang tu macam tak nampak dek pandangan mata.
▪️The longer the better.
Periuk :
▪️Boleh guna periuk stainless steel(jangan yang aluminum), 4-5 jam.
▪️Pressure cooker : 1 jam
▪️Slow cooker : 7 jam
Dah masak :
Dah masak tu, korang tapis ambik air je.
Hampas tu boleh buang atau bagi kucing.
Cara simpan
Letak dalam bekas kecil-kecil simpan dalam peti ais.
Bekukan ponn boleh.. Tahan jugak la sebulan.
![]() |
Taraaaaaa... |
The end. ๐น
Nota kaki :
๐บKalau tak nak letak bawang merah tak apa.
๐บIzah letak bawang merah sebab tulang-tulang tu izah buat banyak.
๐บBawang putih 3 ulas pun memadai.
No comments:
Post a Comment