Hari ni anak-anak tidur awal. Izah pun macam nak lelapkan mata awal juga. Usai solat isyak, Izah cek kaki suhayl. Ada kesan merah, kesan cubit.
Rasa bersalah sangat-sangat. Ye, petang tadi memang Izah ada cubit suhayl di kaki.
Izah ketuk bilik kerja suami, cakap dekat dia nak tunjuk something.
Izah tunjukkan kesan cubitan di kaki suhayl. Sebak kot, bersalah, sedih, nak nangis.ðŸ˜
Bukan sengaja cubit, tapi tak sangka pula sampai tinggalkan kesan.
Marah bukan kerana geram, tapi kerana sayang.
Bukan mudah nak bentuk dan didik anak-anak.
Satu tanggungjawab yang besar.
"saya sedih, nak nangis rasa". Izah bagitahu suami.
Tak apa, awak cubit sebab sayang. Suami macam biaasalah, dia akan cari positive side.
Kang kalau tak cari positive side, dia pulak yang haru kena cool downkan izah. 🤣
Kang kalau tak cari positive side, dia pulak yang haru kena cool downkan izah. 🤣
Tegas dalam lembut
Izah memang lembut dan mudah bertolak ansur.
tapi dalam kelembutan, ada tegasnya.
Ye tegas.
Tambah-tambah dalam mendidik anak-anak.
Kalau salah, memang Izah akan kata tu salah. And kita kena betulkan benda tu.
Izah tak nak nanti jadi habit atau kebiasaan.
Kalau nak lentur buluh, biarlah mulanya dari rebung.
Kalau dah jadi buluh, bukan ke susah nak lentur?
Salah suhayl, sebab dia pijak-pijak keyboard laptop.
Izah tak sayang kan laptop, tapi Izah nak bentuk dia supaya hargai sesuatu benda yang kita ada. Tak boleh sewenang-wenang nya rosakkan.
Bila dia dah tidur, rasa kesian.
Ummi sayang anak ummi. Ummi nak anak-anak ummi jadi manusia yang berjaya dari segi akhlak, dan berjaya juga dari segi pelajaran.
Doa
kalau cubit anak, izah akan baca bismillah atau selawat sebelum cubit.
Supaya tak jadi degil.
Doa ibu, doa yang Allah angkat. Lazimi doa bila pegang kepala anak-anak.
Lazimi doa untuk anak-anak setiap kali lepas solat.
Ni doa yang Izah ama dari tingkatan 4. Sampai sekarang masih amal.
"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa."
Nasihat
Masa Izah suap nasi untuk suhayl magrib tadi, Izah nasihat dan cakap dekat dia "suhayl dengar cakap ummi taw, ummi marah suhayl sebab suhayl tak dengar cakap ummi. Untuk kebaikan suhayl.
Kalau suhayl dengar, ummi tak marah. Ummi sayang suhayl.
Ingat pesan ummi ni taw?
Dia angguk tanda faham. Dia pun dah nangis-nangis minta maaf cakap tak nak buat lagi.
Hadiah yang dinanti
Suhayl dan Dhuha hadiah yang terindah dari Dia. Sebelum ni, suami tak pernah expect yang Izah boleh pregnant.
Anugerah ni, Izah and suami akan jaga dan didik betul-betul.
Bukan soal kuantiti yang kita nak, tapi kualiti yang kita cari.
❤️
No comments:
Post a Comment