Monday, 17 June 2019

Result exam 4 FLAT dengan dua orang anak! Bukan senang, tapi tak Mustahil.

Assalamualaikum.
Nak sebut jugak salam syawal sekali lagi! haha. Raya kan sebulan?

Tercabar dengan result suami
Straight to the point eh? Masa sem 1, result exam Izah 3.3. Suami pulak 3.67 . Jadi, masa ni suami dapat dekan. Izah tak capai pon dekan. Apa lagi bersedih la sorang-sorang dan Izah rasa tercabar.
Izah cakap dekat diri, 'Izah kena dapat tinggi lagi lepas ni'.

 Jaga carry mark
 Bermula titik tu lah Izah jaga carry mark. Segala mak nenek assignment, presentation, quiz , Izah make sure dapat tinggi. Exam pun Izah pulun biar semua soalan dapat jawab.
Tapi kalau sentuh bab exam, Izah dari dulu lagi seolah-olah sebiji buku Izah masukkan dalam otak.haha
Satu kepuasan bila semua soalan exam boleh jawab dengan yakin.


Kena lebih fokus bila ada anak
Kahwin awal dan alhamdulillah rezeki anak awal. Umur 21 dah dukung baby. Sekarang baru rasa, 'weh mudanya aku dulu dapat anak'.😆
Izah bersalin tu, masa suami hampir-hampir dengan final exam.

Bila ada anak ni, perhatian lebih tertumpu kepada anak lah kan?
Pasal cabaran anak tu Izah tak nak sentuh dekat entri ni, sebab nanti jadi panjang. 
Masa ni baru nak belajar rentak anak macam mana dan nak susun jadual. 
Masa ni nak g kelas awal, tapi anak-anak pulak sakit. So berubah destinasi, ke klinik la dulu. 

Extend belajar
Lepas anak sulung umur 8 bulan baru Izah masuk belajar balik. Start extend masa pregnant 6 bulan. Bermula sinilah, bab belajar dah jadi slow and steady .


Tahu tujuan dan setting niat
Bila belajar ni., kita kena tahu tujuan kita belajar. Memang dari zaman sekolah lagi, kaki melangkah je ke sekolah, Izah akan setting balik niat.
"ya Allah , tiada lain dan bukan semua ni hanya untuk Mu dan ku cari keredhaan Mu".
Itulah yang Izah buat hari-hari supaya niat belajar tak terpesong.
 Bila rasa letih Izah akan ingat balik tujuan menuntut ilmu.
Tenang dan rasa sangat-sangat tenag bila semua kita pasakkan kerana Dia.


Cari keredhaan Tuhan
Sebenarnya, kahwin awal ni banyak sangat-sangat ajar Izah untuk lalui sesuatu keadaan.
Berkali-kali menangis , berkali-kali rasa macam useless. Apa yang buat bersemangat balik, satu je :
buat sesuatu tu untuk apa sampai sedih macam ni?
Allah tak pernah tinggalkan kita, Allah sentiasa dekat dan keredhaan Dia yang kita nak.
Buat sesuatu biar kerana Dia, bukan kerana manusia.

Kita sebenarnya mampu
Bila sem 2, dapatlah dekan. Dengan dekan tu , buatkan Izah yakin yang Izah dapat push  lagi kemampuan diri.

 let me tell you, selama belajar ni Izah kena: 
1)Bahagi masa antara belajar, rumahtangga dan anak.
2)Stabilkan emosi sebab Izah belajar dalam keadaan sakit. Kalau emosi tak stabil, sakit tu akan makin worst.

Izah tahu Izah mampu walaupun belajar dalam mode slow and steady .



Dann.. Kita semua mampu. Setkan di minda, orang lain boleh dan aku pun boleh.
Nampak tak muka penat? Night before tak tidur sangat sebab ada quiz.


Dekan untuk 7 semester berturut-turut
7 semester berturut-turut Izah dapat dekan. Dan ni adalah bukti Izah masih belajar. Ramai jugak ingat izah stop belajar lepas kahwin.😅
Kahwin tu kahwin la. Nak stop belajar buat apaa.? Tak kisah la dalam mode slow and steady pun. janji belajar? giteewwww.

Nak capai tak mudah, tapi kita kena positif.
Bukan tak pernah stress. Stress tu bertubi-tubi.
Kena selalu suntik semangat buat diri.
Dengar lagu-lagu yang boleh buatkan kita bersemangat.

Bangun pagi, set matlamat, set target apa yang kita nak hari tu dan apa yang kita nak dalam hidup.

Kalau perlu tulis dalam buku, tulis.
Bila baca, kita tahu apa yang kita nak. 

 Saya nak juga rasa 4 flat
Izah selalu cakap dekat suami, 'yang saya nak jugak merasa dapat 4 flat'.
 Sem lepas, habis je last paper suami tanya ,
"Ok tak exam ? Boleh jawab?"
"Entah la yang, rasa macam tak boleh jawab. kalau dapat A pun, mungkin A- je la. tak nak ingat nak move on je sebab tak nak ganggu cuti saya."

Result pun nanti saya tak nak cek dapat berapa. 
 Biarkan ia menjadi misteri nusantara. Haha

 kena redha la dapat berapa sebab kita dah usaha sehabis mungkin.

Memang Izah tak nak cek result, buka student portal sebab nak tengok yuran yang Izah bayar dah masuk sistem ke belum.
Eh tertekan jugak tempat result tu. Kata tak nak tahu,  tapi gatai  tangan  jugak nak tekan?

 and then jeng3x!!
3,4 kali Izah ulang tengok. 
4!
4!
4!
eh biar betul? 4 flat ke ni?!

menjerittt panggil suami , yangggggggg!!!!!!
saya dapat 4 flat!!!

4 flat jugak! 


Tahniah dan terima kasih
Terus dia datang peluk and cium dekat dahi dan cakap , 'tahniah sayang'.

 "terima kasih jugak sebab awak banyak tolong saya. Jaga anak-anak bila nak study malam."

Peranan suami
Selama exam, anak-anak tak sihat. Demam, muntah dan cirit-birit.

Suami la yang banyak sangat-sangat bantu.
Bila nak study, dia ambik anak-anak main dekat ruang tamu.
Izah duk dalam bilik.
Masak pun suami tak bagi.
Makanan semua tapaw dari kedai.
Izah cuma buat makanan untuk anak-anak memandangkan dorg tak sihat.

Suami yang banyak tolong PUSH izah dari belakang supaya tak mudah patah semangat. 
Saat Izah down, dia yang banyak tenangkan dan bagi kata-kata semangat. 
Ikhlas 
 Bila kita ikhlas, kejayaan jadi kemanisan. Tak dapat apa yang kita target ianya tak jadi masalah . Boleh move on dan usaha lagi.

Kita ikhlas buat kerja sebagai isteri, sebagai suami, ikhlas laksanakan tanggungjawab, in shaa Allah ada keberkatannya.
❤️ 


  • Sebab masih syawal, nak letak jugak gambar raya. Haha 


Push to the limit
  
Setiap orang  boleh buat. Push diri kita. Kita boleh sebenarnya. Doa dan yakin.
Usaha+doa and then tawakal.

Good luck semua!
Jumpa di entri yang lain sebab banyak lagi nak share untuk pengalaman 5 tahun ni. Hehee

Salam kejayaan,mak dua orang anak.
❤️

No comments:

Post a Comment