Wednesday, 19 June 2019

Review : Mee Celup dan nasi sup daging sedap di Batu caves,( Pok Li Mee celup dan coconut shake)

Assalamualaikum.



Cerita pasal mee celup, orang yang dah lama kenal Izah tahu la betapa akrabnya Izah dengan mee celup.haha
hari-hari lepas balik sekolah, bawak motor pergi beli. Tak ada kedai A,cari kedai B, tak ada kedai B cari kedai C. Tak risau sebab mee celup dekat area rumah banyak yang sedap-sedap.

Tapi lepas berhijrah ke KL ni, nak jumpa yang betul-betul sedap tu susah nak jumpa.
Sekadar nak makan tu banyak, tapi nak yang rasa macam dekat kelantan tu jarang sangat jumpa.

Sehinggalah ada satu gerai dekat rumah ni, jual Mee Celup. Nama gerai tu Mee celup Pokli Dan Coconut Shake.
 Dari gerai bawah pokok,sekarang dah bukak kedai. Power tak power?


Rasa Sup
Izah punya honest review, mee celup dia sedap dan harganya murah.
 Bila hirup kuah tu, tak pandang lain lah. Sampai ke titisan terakhir lah kuahnya ku hirup. Licinnn.
Dan untuk Izah sendiri 2 mangkuk baru cukup.😂
Pekena pula dengan coconut shake, memang satu gabungan yang mantopp.

Waktu sesuai datang
Kalau nak datang, datang sebelum lunch hour atau selepas lunch hour. sebab waktu lunch hour ni biasanya kirim salam lah kalau nak cari tempat duduk. Full.

Izah biasa datang 11.30 pagi. Masa tu Izah ada gap sebab next kelas jam 4 petang. So tengah hari tu
suami ambil je dari kolej,terus ke sini untuk lunch.

 Harga
Semangkuk RM3 je! Izah biasa makan mee celup campur, means yang campur mee,bihun dan kueh tiaw.  Yang campur ni RM4 semangkuk. 2 mangkuk baru RM8! Sama harga dengan nasi kerabu sebungkus yang selalu Izah tapau pagi-pagi.

Coconut shake dengan 1 scoop ice cream pulak RM3 juga.
Mana nak cari harga ni area KL ni?


Nasi sup daging

Suami Izah dia kurang  dengan mee celup. So menu  dia kalau datang sini, nasi sup daging.
Nasi sup  daging ni didatangkan dengan sos.
Sos tu macam sos harimau menangis.
Mabeless wehh  🤤🤤

Close up sikit dagingnya. 

Teh ais vanilla


Pilihan menu berserta harga








Pok li dulu
Yang ni gerai. makan pun bawah pokok. 





 Pok li sekarang
Sekarang dah ada kedai, selesa sikit.. Tak risau kalau hujan.hahaa

Waktu operasi :
Jam 11 pagi- 10 malam
(kalau tak silap hari jumaat tutup.. Sebabb tiap kali pergi hari jumaat, mesti tak buka)

Lokasi : Taman sri batu caves jalan sbc 12 (sebelah Apt Casmaria kedai bwh flat) belakang Giant Batu Caves


Selamat menjamu selera.
❤️

No comments:

Post a Comment