Sunday, 23 June 2019

Resipi : Ayam Masak Merah

Assalamualaikum.



Semalam suami ajak breakfast dekat This is Nasi Kerabu Teras Jernang, Bangi . Izah memang mencari nasi kerabu ayam bakar, tapi suami nak makan ayam masak merah kat situ. The day before, memang kitorang dah breakfast situ.  Suami ambil nasi ayam masak merah, Izah pun sempat rasa.
tapi semalam, Tak ada rezeki, sebab masa sampai, ayam masak merah dah habis.

 Jadi, sebagai seorang isteri yang mithali , pagi ni kita buatlah style lebih kurang macam kat teras jernang tu.


Hari ni seawal 4 pagi lagi bangun kemas rumah, masak, baca novel. Hiks.
Sebelum anak-anak bangun, so kita settlekan kerja rumah dulu.

Jam 5.30 suami bangun pergi masjid, dia tengok isteri dah siap-siapkan bahan nak masak.


here we go!

Bahan-bahan 1 :
  • ayam(izah guna 1/3 ekor ayam)
  • Bawang merah 4 biji
  • bawang holland 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas 
  • Halia 1/2 inchi
  • 10 biji cili kering@boleh tambah jika ingin lebih (direndam air panas terlebih dahulu)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula
  • 1 mug air
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun limau nipis ( ni sebab Izah nak buat style dekat teras jernang tu,dia ada rasa daun limau nipis. Kalau korang tak suka rasa daun limau nipis, tak letak pun tak apa 😀) 
  • Gula batu (jika suka, tapi Izah tak letak)
p/s : kalau letak sedikit air asam jawa, kurangkkan sedikit sos tomato.

Rendam dulu cili kering dengan air panas sehingga lembut


Gula batu (optional, tapi Izah tak letak)



Bahan rebusan ayam :
  • Bawang merah 3 ulas(ditumbuk )
  • Bawang putih 4 ulas(ditumbuk)
  • Sedikit halia(ditumbuk)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Sedikit serbuk kunyit (optional) 
  • Air
  •  
Cara-cara :
  1. Rebus ayam dengan garam,halia, bawang merah, dan bawang putih yang ditumbuk sehingga masak.
  2. Bila dah masak,ambil ayam yang direbus dan goreng ayam tersebut hingga separuh masak
  3. Ketepikan
     
Rebus ayam sebelum digoreng 

Separuh masak, jangan terlebih masak. 


Kemudian :
  1. Blend bahan-bahan 1 iaitu bawang merah, bawang putih, halia, dan cili kering.
  2. Tumis sehingga pecah minyak.
    Pecah minyaknya macam ni
  3.  Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula dan gula melaka. Kacau seketika sehingga sebati. Dia akan jadi macam sambal tau.
  4. Bila dah jadi sambal macam tu, korang masukkan 1 mug air dan kacau sesaat biar sebati.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, tutup dengan tudung periuk dan biarkan ayam tu menggelegak dengan air yang kita masukkan tadi. Tujuannya supaya sambal yg kita buat tu masuk juga ke dalam isi ayam.
  6. Dalam masa yang sama, korang kacau kejap-kejap dan sesuaikan rasa.
  7. Masukkan hirisan bawang holland jika suka.
  8.  tutup api.
  9. done. 

Tips :
Cara menumis ada dua :
Tumis sekaligus bahan-bahan kisar dengan cili kering sehingga pecah minyak.
@ tumis bawang dahulu sehingga naik bau, dan masukkan cili kisar kemudian tumis sehingga pecah minyak.

dua-dua boleh guna. Kalau buat ayam masak merah, yang paling kena jaga adalah ketika menumis.
pastikan betul-betul masak dan pecah minyak. Kalau bawang tak masak dan tak sampai pecah minyak, masa makan nanti, kita akan rasa bau bawang.
  Tak syokk nanti spoil mood.haha

Bangun awal, tertidur pun awal jam 10 pagi. Haha
Izah bangun dalam jam 11,suami cakap anak-anak saya dah suapkan makan.
Boleh pulak tertidur, bukan tertidur dah tu, pengsan terus. Hahaa

Selamat mencuba. 💕


No comments:

Post a Comment