Assalamualaikum.
Banyak kali nak singgah KyoChon. Tapi tersinggah Wingstop Mytown la, tersasar ke Dubuyo la, tersampai ke Korean BBQ la. Banyak lagi yang tersitu, tersini. Tapi kali ni betul-betul sampai KyoChon.
Makan sama-sama tak kesampaian
Pagi tu Izah goreng mee . Jam 7.30 pagi dah siap masak. Tunggu suami nak makan sama-sama. Rupanya dia tertidur tepi anak-anak. Tunggu punya tunggu tak bangun. Izah pulak masuk bilik, tertidur sekali masa susukan Dhuha. Bila bangun, ajak suami makan, dia cakap dah makan. Maka, bersedih hati la isteri.😆
Sebab rasa bersalah, dia tanya nak pergi jalan-jalan kat mana. Bagitahu je, dia bawakan.
Saja uji, cakap nak pergi Cameron Highland. Dia sanggup kau? haha
So decide la nak pergi Genting Highland, boleh ushar-ushar mainan untuk anak-anak. Suhayl pulak cakap nak makan ayam goreng. So tu yang terjadi singgah dekat KyoChon ni.
Panjangnya mukadimah. Dulu Izah jaguh masa buat karangan taw?
5 helai kertas buat karangan takde hal.😎
KyoChon kita Berdating
Sasaran utama kami adalah KyoChon di One Utama, Damansara.
Pilihan :
pilihan untuk rasa ayam goreng ni,
1)Soy Garlic
2)Honey
3)Red Pepper
Boleh pilih sama ada nak 8 ketul atau 12 ketul atau 20 ketul. Sekoq pun ada.
SAMPLER 12 ketul RM 32 (Mix Flavour)
Kalau nak rasa semua perisa, pilih yang set SAMPLER .
Red pepper ada, soy garlic ada and honey pun ada.
Yang mana paling sedap? Semua sedap. Kalau soy garlic dan honey tu, budak-budak boleh makan. Tak pedas.
Dia punya crispy rasa macam kriuk-kriuk goreng pisang dekat Kelantan.
Sedap dan tak muak.
Setiap set disertakan dengan salad.
Pilihan :
pilihan untuk rasa ayam goreng ni,
1)Soy Garlic
2)Honey
3)Red Pepper
Boleh pilih sama ada nak 8 ketul atau 12 ketul atau 20 ketul. Sekoq pun ada.
RED PEPPER WINGGETTE AND DRUMMET:
Yang ni campur bahagian kepak dan peha ayam. Izah ambil 8 ketul dengan harga RM19.
Pedas dia tu still boleh makan.
Tak terlampau pedas macam makan ramen pedas sampai keluar asap dari telinga. Tak macam tu okeh.
SAMPLER 12 ketul RM 32 (Mix Flavour)
Kalau nak rasa semua perisa, pilih yang set SAMPLER .
Red pepper ada, soy garlic ada and honey pun ada.
Yang mana paling sedap? Semua sedap. Kalau soy garlic dan honey tu, budak-budak boleh makan. Tak pedas.
Dia punya crispy rasa macam kriuk-kriuk goreng pisang dekat Kelantan.
Sedap dan tak muak.
Setiap set disertakan dengan salad.
Bos kecil awal-awal dah thumbs up. Tadi beria nak makan ayam goreng.
GARLIC FRIED RICE DOUBLE RM12
Jenis perut melayu yang tak boleh tinggal nasi macam Izah ni, ni diaaa ada Garlic Fried Rice.
Satu mangkuk ni cukup untuk share dua orang.
Pilihan Air
Biasa kalau kedai Korea macam ni, pilihan air tak banyak sangat.
Tak de air pelik-pelik sangat. Even di Korea sendiri pun.
Banyak minuman tin atau air mineral je. Nak air ada topping pelik-pelik sila maju ke kedai Thai.😁
Kami order 3 jenis air :
Peachy Lemon Tea RM 10
Lychee Lagoon RM 10(carbonated drink+lychee)
Coca Cola Glass RM 5
Honey Lemon Tea
![]() |
Lychee Lagoon |
Full menu dan harga :
TOTAL HARGA : RM 96.30 termasuk service caj.
Service Caj RM 8.30
Komen keseluruhan :
Sedap, menepati selera Asia dan Kelantan kami anak beranak, ayam tak muak, boleh kalau nak datang sebulan sekali. 4 out of 5 star kot boleh bagi?💖
Duk syok makan, Tuan Akem lawyer Cik Epal tu masuk makan meja sebelah. Nak tegur tiba-tiba rasa was-was sebab takut pelanduk dua serupa. Dalam ig dia cakap tu memang dia. Awat tak tegur, kalau bukan dia apa salahnya gelak?😂
Jumpa lagi di entri yang berlambak akan masuk!
air soda refillable x?
ReplyDelete