Thursday, 27 August 2020

Breakout journey, perubahan dalam masa 10 bulan dan apa perlu Buat?

 


 Hai. Assalamualaikum. Ada yang rindu Izah tak? Izah banyak menulis di facebook dan Instagram. Kesian blog di anak tirikan.πŸ˜‚

Bulan 10 tahun 2019, Izah breakout tau. Menangis? Sudah pasti. πŸ˜†

Lepas tu suami bawa Izah pergi treatment dekat Klini Bazilah di Bangi. Izah ambik pakej 5x chemical peeling, dan ada juga pergi treatment lain.

Kalau breakout, yang kita kena jaga adalah skin hydration. Tu yang paling penting di samping buat treatment.

Jerawat ni muncul bila pori muka kita tersumbat, bila ada campur tangan bakteria, apa lagi pesta malam minggu lah jawabnya. πŸ’ƒπŸ’ƒ

Jerawat ni complicated sikit cara nak atasi. Tapi ada cara. Key utama, sabar dan jangan stress. Again, jaga skin hydration.

1)Jaga skin barrier

Boleh bezakan normal skin barrier dan skin barrier yang rosak?

 

Skin barrier ni macam pagar rumah yang akan lindungi kulit kita dari anasir jahat. Anasir jahat tu macam kulit kusam, jerawat, kulit kering, atau kulit terlampau berminyak 😈. Kalau pagar rumah ni kuat, in shaa Allah anasir jahat tak singgah. Kalau skin barrier ni terganggu, keradangan terhadap sel akan berlaku dan benda-benda tak elok ni senang lah hinggap. 

Kalau skin barrier ni terganggu apa nak buat? Kita repair balik. Bagi dinding dia tebal. Cari product yang ada :

  • Cholesterol
  • Lipid
  • ceramide

Ketiga-tiga bahan ni akan build balik skin barrier kita, tutup any gaps yang ada dan kuatkan bahagian kulit yang tak kuat, so kita akan dapat kulit yang sihat.

2) Back to basic skincare 

Kalau korang breakout disebabkan products, serta merta stop guna product tu. Balik kepada basic skincare, and again skincare tu kena ikut skin concern masing-masing. Basic skincare adalah :

  •  Pencuci muka yang rendah pH
  • Toner yang bebas alcohol (nak skip pun tak pe yang ni)
  • Moisturizer
  • Spf


 

Tapi Izah ada tambah serum niacinamide dari The Ordinary, sebab niacinamide ni sejenis kumpulan niacin yang akan merangsang penghasilan ceramide dan skin barrier akan jadi lebih kuat. 

Kalau korang nak beli boleh tekan link ni Niacinamide The Ordinary

 Cari juga product yang :

-Non-comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)

-Bebas minyak

-non-acnegenic

Tiga benda di atas ni, akan bantu untuk kuatkan balik skin barrier. Part yang paling penting, cuci, lembabkan dan protect kulit kita dai uva dan uvb rays.

3) Jangan cuci muka lebih dari 2x sehari

Cuci muka lebih 2x sehari akan merengsakan kulit kita dan jerawat akan makin teruk.

4) Jangan scrub muka dengan physical scrub.

Biasa dengar kan orang bagi tips supaya scrub muka kalau ada masalah jerawat? This big no ya . Scrubbing mungkin akan buatkan berlakunya luka micro, dan acne can be worsen.

Seeloknya korang guna chemical exfoliator yang ada AHA dan BHA . Dua products ni akan buang sel kulit mati dan cuci pori yang tersumbat.

This is how AHA and BHA work!

 

5) Guna ubat jerawat 

Izah guna ubat jerawat yang doktor bagi. Adapalene gel. Adapalene ni kumpulan vitamin A. Best pakai, sebab jerawat cepat kering. Tapi bagi sesetengah orang, kemungkinan akan berlakunya purging dahulu. Maksudnya, jerawat tu akan jadi lebih besar dan akhirnya pop! Purging juga berlaku di kawasan yang kita selalu naik jerawat untuk beberapa tempoh, antara 2 minggu hingga 8 minggu.

Ni adapalene gel tu

 

Jadi kena sabar lah sikit?πŸ˜…

Boleh juga guna benzoyl peroxide.

  

6) Sentiasa tukar cadar, sarung bantal dan sanitized phone!

 Sel kulit mati, bakteria, dan debu dari cadar, sarung bantal ni boleh sumbatkan liang pori. Jadi, rajin-rajinkan lah tukar. Paling kurang seminggu sekali.

Phone pun , kita kena rajin sanitized. 

7)Kurangkan makanan berminyak, tinggi gula dan produk tenusu.

Ramai yang anggap makanan bukan punca jerawat, tapi ianya tidak betul sebab tindak balas seseorang terhadap makanan adalah berbeza.

Masalah gula dalam darah boleh menyebabkan badan kita meradang dan munculnya jerawat.

Yang ni nasihat daripada doktor supaya kawal pemakanan. So sebagai peminat boba waktu tu, Izah buang jauh-jauh rasa nak minum boba tea. Nak kulit sihat kan.πŸ˜‚

Banyakkan makan buah-buahan dan ambil air yang mencukupi.

 

8) Kawal stress

Stress boleh menyumbang masalah jerawat secara tak langsung kerana sistem kekebalan badan akan menurun, dan jerawat berkembang biak bawak geng sekampung! huhh.

  Apa lagi ek nak cakap?

Sepanjang breakout, Izah memang jaga semua di atas. Sekarang dah 10 bulan, alhamdulillah masalah jerawat settle dan masalah parut jerawat hampir selesai!

Ni perubahan kulit Izah

Dalam bulan 12

Yang ni lupa bulan 12 ke 1.

Bulan 5. Jerawat hampir selesai. Ni bared face. Last step dengan sunscreen saja!

Bulan 8 2020. Alhamdulillah. Jerawat gone, tinggal parut sikit. Kulit dah sihat.

 

Sekarang ada lagi ke jerawat? Ada juga time nak period naik sebiji, kadang dua biji. Doakan Izah tau.


 

Wednesday, 25 March 2020

Resepi nasi Kerabu Kuning

Assalamualaikum.

                 Sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan, PKP. Hari-hari berdoa supaya wabak Covid-19 ni cepat berlalu dan moga kita semua terselamat daripada wabak ni. Amin.

Straight to the point, Izah nak share resepi Nasi Kerabu Kuning. Ni kali kedua Izah buat nasi kerabu selepas 6 tahun kahwin. hihi. Kali pertama buat, ma Izah guide. Kali ni sendiri guide. Oh terasa diri ini sudah sedikit tua. 😁

Biasa mertua buatkan nasi kerabu bila balik ke Bangi hujung minggu. Atau kalau nak makan, beli je yang siap. Musim PKP ni, nak keluar pun risau.πŸ˜…

Oh yaa jom masak. Cadangan hidangan untuk 6-8 orang makan. Kalau lebih, boleh simpan dalam peti ais.😁

Sambal ikan kelapa nasi kerabu
Bahan-bahan :
1/2 biji kelapa parut
7 ekor ikan sardin
5 ulas bawang merah(tumbuk)
1 inchi halia(tumbuk)
Serai 2 batang(tumbuk hingga hancur)
Gula 1 sudu
Garam 1/2 sudu kecil
1/2 keping gula melaka
Budu 1 sudu besar

Cara2:
1)Rebus ikan dgn asam keping dan garam.
Angkat dan ambil isi ikan.
Goreng isi ikan tanpa minyak sehingga kering air ketepikan.

2)Goreng isi kelapa parut tanpa minyak hingga perang dengan api yg sangat2 kecil. Ketepikan.

3)masukkan gula ke dalam air panas, gula melaka garam, budu. Kacau sebati. Anggaran air panas tu dalam 80 ml. Ketepikan.

4)Masukkan isi ikan yg dah di goreng dan isi kelapa parut ke dalam kuali. Gaul rata.

5)Kemudian masukkan bahan2 yang telah ditumbuk(serai, halia, bawang merah), masukkan campuran gula, gula melaka, garam dan budu.

6) Gaul hingga sebati ke semua bahan. Siap dan tutup api.

p/s : sepanjang handle ni, Izah guna api yang kecil untuk elakkan sambal ikan kelapa ni hangit.


goreng sampai perang macam ni isi kelapa.
isi ikan  yang digoreng tanpa minyak
Ni bila dah campur dengan semua bahan-bahan.



Tumis Nasi kerabu (tumis nasi kerabu ni banyak sikit taw, kalau just nak makan untuk 4-6 pax orang boleh bahagikan bahan-bahan kepada dua bahagian)

Bahan kisar :
10 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah,
1/2 labu bawang putih
1/2 biji bawang holland
1/2 inch halia
Bahan lain :
2 batang serai diketuk
1 keping asam keping
2 kotak santan kara
Garam
2 sudu besar gula
4sudu besar budu
Garam 1/2 sudu kecil

Cara-cara :
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan 1 cawan air dan biarkan sedikit kering.
Masukkan santan dan kacau dan kacau. (so that santan tak berketul),
Masukkan serai dan asam, kacau sehingga mendidih sebelum masukkan gula.
Masukkan gula dan gula melaka.
Masukkan garam dan masak sehingga pecah minyak.
Doneeee.



Bahan untuk Nasi Kuning:
2 helai daun limau purut
1 sudu besar butter
Sedikit garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit atau nak guna pewarna kuning pun boleh.

Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan-bahan di atas sewaktu memasak nasi.

Sayur-sayur: 
Taugeh
Kubis
Kacang panjang

Atau korang boleh guna mana-mana sayur yang korang suka.😊
Hiris nipis-nipis.


Ikan celup tepung :
Ikan
Tepung Cap Bestari
Telur 2 biji
1/3 cawan air


Ni tepung cap Bestari tu. rasa dia pedas-pedas.

Cara-cara :
Masukkan 2 biji telur, tepung cap bestari dan air ke dalam satu mangkuk dan gaul rata.
Celup ikan dan goreng.
Sewaktu menggoreng, letakkan bancuhan tepung  sedikit ke atas ikan. Jadi, tepung tu akan melekat.
😁
Dah siap. Boleh makan. seee tangan kecil Dhuha nak ambil sayur.πŸ˜‚




Tuesday, 29 October 2019

Pantai di tengah-tengah kota dengan harga berpatutan,Philea Mines Beach Resort

Assalamualaikum.
Kali ni nak cerita short vacay ke Philea Mines Beach Resort, Sri Kembangan , Selangor. Percutian yang tidak ada dalam perancangan. Suhayl dengan ayah dia baby October.
 Birthday Suhayl 10/10 setiap tahun dan suami 8/10. Beza 2 hari je. 😁.
 Kami tak plan sebarang celebration pun sebab waktu tu Izah demam.

Jenis Suhayl, tiap-tiap bulan kalau boleh dia nak hari lahir dia. Dapat hadiah katanya. Bila dia tahu 10/10 tu hari lahir dia, Suhayl bagitahu Izah macam ni :
"Ummi, birthday Suhayl. Suhayl nak g beach". 
Lepas tu apa lagi, setiap pagi, buka je mata lepas bangun tidur :
"Ummi, nak g beach."

Bath tub dan pantai
Izah ajak suami bawa Suhayl jalan-jalan dekat Genting Highland sebab dah dekat dengan rumah. Boleh pulak suami refuse cakap kat Genting tak ada benda best.πŸ˜… 
Bila tak ada kemahuan, tak adalah jalannya kan? 
Padahal banyak je yang best dekat Genting Highland.

Dipendekkan cerita, suami suruh cari hotel dekat-dekat yang ada bath tub. Boleh juga Suhayl main buih dalam bath tub. Bila digodek-godek dekat agoda.com , jumpa Philea Mines Beach Resort. 
Izah tak tahu pun kewujudan Philea dekat Selangor taw?
Sebelum ni pernah ke Philea Resort and Spa, Melaka. So bila jumpa Philea ni tipu la tak teruja kan? Sebab berdasarkan pengalaman di Philea Melaka, konsepnya ada lah Resort di dalam teduhan pokok-pokok dan bercirikan alam semulajadi. Struktur binaannya pun berseni.

Disambut oleh pancuran air. Ni waktu malam.


Jenis dan Harga Bilik
RM150 (waktu tak pack)-termasuk breakfast
RM350 (kebiasaannya) -termasuk breakfast untuk 2 orang

Ada  view tasik dan view nature.
Yang Izah ambil ni classic room, view nature.

Ada juga villa. Yang tu harga lain. Boleh check dekat Agoda .
Kiranya yang Izah ni paling murah la sebab view nature. Masih ada balkoni. Tapi view tak menghadap tasik. Kalau untuk bilik yang mengadap tasik tambah lagi RM100(kebiasaannya). Luas bilik masih sama. Dan semua bilik ada bath tub.



 Breakfast
Komen untuk breakfast ok lah. Pilihan makanan tak banyak dan tak sikit. Ada nasi lemak, nasi goreng,bihun, mee sup,baked bean, buah-buah, cereals, kuih-muih, air.

Breakfast untuk suhayl free. Tak perlu bayar.  Tak sure juga berapa tahun ke bawah yang free breakfast. Tapi dekat laman webtulis bawah 6 tahun menginap dengan percuma.

Swimming pool

Tapi nak bagitahu awal-awal, swimming pool dia banyak pasir. Mungkin sebab berjiran dengan pasir. πŸ˜† Jadi tak boleh nak demand swimming pool cuci tak ada pasir macam dekat hotel lain. Ada pro and cons dia.

Keadaan bilik
Alhamdulillah kami dapat bilik yang bersih. Untuk bilik Izah tak ada complaint.
ada peti ais, seterika, hair dryer, tv, meja solek, kerusi santai-santai. semua cukup lengkap.

Cuma sliding door balkoni tu(kalau nature view) , mungkin tak payah buka kot. sebab tak nak nyamuk menyelinap masuk. Haaa jangan, nyamuk ni macam pencuri la. Masuk senyap-senyap, lepas tu curi darah orang tanpa rasa bersalah. Kalau tinggal emas tak apa juga, ni tinggal biji gatal.πŸ˜†


Tapi malam tu tak ada pun nyamuk. Izah buka kejap je sliding tu.

Jom Izah bawa ronda-ronda bilik.

Ni hadapan bilik air.

Bilik yang boleh bernafas. Agak luas.


Konon nak baca buku, duduk lah sini.Tapi biasa sempat tak kalau kiri kanan anak tarik?πŸ˜†

Ni keadaan bilik. Bersih.Karpet tak ada bau. Haa ok lah kan?


Ini bath tubnya
Tengok yang belakang tu. Dhuha sampai ke sudah tak nak masuk tub.

Berkebetulan, Philea Mines beach Resort ni ada bath tub . Dapat package pantai sekali! 

Wait! Pantai?!
 Haa betul ke ada pantai? Tengah-tengah daratan, dan kiri kanan highway ada pantai?
Betul. Konsepya resort yang ada pantai.
 Tujuan utama Suhayl nak pergi pantai sebab nak main pasir. Kat sini ada pantai buatan tanpa deruan ombak. Muahaha
Paling kurangnya, dapat la feeling duduk tepi pantai juga. Boleh main pasir. πŸ˜† . Tapi masih tetap nampak macam pantai sebab ada swimming pool dan tasik di tepi pantai. Dari jauh memang nampak macam laut dan pantai.

Ronda-ronda pantai buatan pulak nak? Jomss


Happy kids, happy us.

Si kenit ni asalnya geli dengan pasir. Tu nakayah angkat.  Lama-lama dia yang makan pasir.


Dengan mak sekali main pasir

Add caption


Dorang tengah tengok tv.πŸ˜„
Pencinta alam semulajadi
Buat pencinta alam semulajadi, mungkin akan suka dengan keadaan resort ni. Banyak pokok-pokok menghijau. Lobby yang dikemaskan dengan sentuhan akhir dari kayu-kayan. Ada juga satu sudut khas untuk sunset area.
Ruang lobby yang cukup luas la bagi Izah yang ada dua anak ni.

Boleh tengok sunset kat sini.😍




Bahagian hadapan lobby

Ni one of kenalan Izah yang deco. Suka sebab kaler purple. Fav kaler Izah.hihi
Ni hadapan bilik-bilik hadapan beach.

Resort yang di ambil alih dekat dengan Mines Mall
Sebelum ni MInes Beach Resort, tapi sekarang Philea yang ambil alih. Tak sure tahun bila ambil alih. Masa sampai pun pihak resort banyak duk renovate lagi. Cat baru, landskap baru yang dalam progress.
Yang bestnya, dekat dengan Mall. Untuk dinner malam tu, Izah dinner di The Mines Shopping Mall. 2 minit je dari resort.
Dalam resort ni juga ada cruise, so boleh la nak jalan-jalan petang naik cruise dengan bayaran.

Terima Kasih Suami
Terima kasih suami sebab tak pernah berkira dengan isteri dan anak-anak. Suami Izah ada bagitahu macam ni ,
" Apalah sangat seratus lebih nak dibandingkan dengan memori dan rasa happy yang anak dapat. Tahun depan dia dah sekolah."

Tu dulu kot? Jumpa lagi!



Oh ya! Kalau nak tengok review Philea di Melaka boleh klik link sini Review Philea Resort and Spa Melaka

Monday, 28 October 2019

Tak perlu menjelaskan siapa kita

Assamualaikum.

Hari ni rasa nak buat tajuk ni. 😁
Kalau nak berbahas soal hidup. Perbahasannya takkan pernah habis.
Dari awal kelahiran hingga kematian.

A cakap macam ni, B cakap jalan hidup dia macam ni. C pula cakap apa yang dilaluinya macam ni. Rencah yang berbeza. Onak yang dilalui tak sama.

"Bestnya kehidupan dia",. Pernah kan hati kita tergetus macam ni?
Kehidupan dia nampak perfect tiada cacat.
Tapi kita tak pernah tahu apa yang disembunyikan di lubuk hati mereka.

Setiap orang ada masalah
Ye Setiap orang ada masalah. Hidup tanpa masalah tu memang mustahil.. Cuma Setiap masalah manusia berbeza.

Yang selalu suami Izah pesan, jangan sampai masalah tu membunuh awak.
Membunuh semangat dan kecekalan.

Kita kena pandai deal dengan masalah. Anggapnya cabaran. Cari jalan keluar. Bukan berterusan merintih membuang masa dan lama-kelamaan semangat juga terbang hilang bersama-sama.
Lagi bertambah masalah. Ye tak?

Jangan terlalu fikir masalah
Jangan terlalu fikir akan masalah. Bukan bermaksud kita meninggalkan terus, tapi cuba cari jalan macam mana untuk keluar.

Bila kita terlalu fikir masalah, kita fokus untuk masalah tu.
Cuba kita fokus 'Aku boleh  atasi semua ni, datanglah ribut, taufan, umpat cela, caci maki, kita masih boleh bertahan. Malah makin menjadi manusia berguna. Kental dan teguh. Seteguh karang di laut?'

Allah tidak membebani seseorang sesuai kesanggupannya.

Allah berfirman dalam surat Al Baqarah ayat 286 :

Ω„َΨ§ يُΩƒَΩ„ِّفُ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ Ω†َفْΨ³ًΨ§ Ψ₯ِΩ„َّΨ§ وُΨ³ْΨΉَΩ‡َΨ§ ۚ Ω„َΩ‡َΨ§ Ω…َΨ§ ΩƒَΨ³َΨ¨َΨͺْ وَΨΉَΩ„َيْΩ‡َΨ§ Ω…َΨ§ Ψ§ΩƒْΨͺَΨ³َΨ¨َΨͺْ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.


Kita rasa berat untuk lalui, tapi ujian tu sentiasa setimpal dengan kekuatan yang kita ada.

Setiap kesabaran dari mereka yang menjatuhkan, kita dapat pahala nya.
Mungkin ni antara amal yang akan tarik kita ke syurga.

Tak perlu menjelaskan siapa kita
Biarlah kita dipandang rendah oleh manusia lain, kita tak perlu menjelaskan siapa kita.
Sebab yang kita perlu fokus adalah darjat kita di sisi Allah. tu yang utama.


Kita?
Tetap terus berusaha, buat je kerja kita.
Ikhlaskan niat.
Biarlah mereka yang tak suka tu. Itu hanya picisan yang tak perlu kita pening kan kepala pun sebenarnya.

Terus berusaha, pandang ke depan.
Rezeki kita bukan ada di tangan manusia, tapi di tangan Allah.
Nak tarik hati manusia atau hati Allah?

Masih ada yang sayang

Ada lagi yang masih setia menemani kita. Bersyukur sebab masih ada yang sayang.
Masih ada ibu bapa, masih ada keluarga yang menyokong.
Masih ada kawan-kawan yang sudi meminjamkan bahu saat kita lelah dengan tomahan.

Kita berutung kerana masih ada tempat berteduh, makanan tak pernah sampai bercatu, baju yang masih bertukar. 😊


Biarkan kejayaan kita yang berbicara nanti.
Biarkan kelakuan kita yang menjelaskan siapa kita sebenarnya.

Tak perlu untuk banding kan diri dengan siapa-siapa pun sebenarnya.
Allah lebih berhak untuk kita tarik perhatian Nya. 😊

P/S : mengantuk teramat, tapi Cuba untuk celik kan mata. Sebab tu terhasilnya entri ni. πŸ˜†





Wednesday, 4 September 2019

Keluar darah sebelum bersalin, perlu solat atau tidak?

Assalamualaikum. Entri ni tertunda dari tahun lepas lagi. Nak tulis, nak update tapi hampeh duk layan benda lain dulu. Ampunnn..πŸ˜…

     Terdetik untuk share topik ni selepas lahirkan Dhuha. Izah lahirkan Dhuha di Kota Bharu Medical Centre, tapi sebelum ke KBMC, Izah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Krian sebab ada pre-term contraction sebelum 37 minggu. Sempatlah bermalam di HUSM selama 3 hari hari 2 malam.  Jadi, sewaktu menunggu di labour room, biasalah sometimes jadi banyak mulut pulak. Tanya tu, tanya ni dengan ibu preggy yang lain. 

Terlepas waktu Maghrib
Bila masuk waktu solat maghrib, Izah minta dengan staff nak solat. Staff cakap tunggu dulu ye sebab doktor nak datang check kejap lagi. Tik tok jam dah 8 malam, bila bangun lagi sekali minta untuk solat,jawapan staff masih sama. Supaya tunggu kejap. 
Sehinggalah habis waktu Maghrib doktor tak juga datang check. Haa waktu ni Izah dah rasa macam sedih la sebab bab solat boleh buat macam ni. 
Bila masuk je waktu Isyak, 
Izah pergi dekat staff cakap nak solat. 
Terbebel lah sikit bagitahu : " dari tadi cakap doktor nak datang check, saya nak minta diri untuk solat pun minta tunggu sehingga terlepas waktu maghrib. Ni dah masuk Isyak ." 
Staff tu pun nampak rasa serba salah. Minta maaf ya, tiada niat untuk marah banyak, niat untuk marah sikit je sebenarnya.πŸ˜†.
 Last sekali Izah pergi ambil wudhu', solat dekat ruang kosong depan bilik rawatan.Kat situ ada kain sembahyang, staff ambil dari dalam almari di sisi dinding. Tiada orang yang lalu lalang, bersih dan tiada masalah kalau nak solat. 

Akak dah solat?
Lepas siap solat fardhu+qadha  , Izah masih setia menunggu di hadapan labour room, ada akak kat tepi dalam usia 40 tahun menunggu untuk naik ke ward. Duk borak-borak tu, Izah tanya :
 "akak dah solat? Dalam almari hujung sana ada kain sembahyang."
Akak tu jawab :
Belum lagi dik, show dah ada(darah), jadi tak solat la.
Entah kenapa, mulut boleh pulak terkunci. Izah diam je tak bagitahu apa-apa. Dalam kepala je bermonolog. Bimbang takut kata nak ajar orang lebih tua pulak. Tambah-tambah duk tengok dia tengah tahan contraction, jadi diam waktu ni lebih baik rasanya. πŸ˜… 

3 hari 2 malam di ward :
Wad ni menempatkan hanya ibu-ibu yang mengandung. Di wad, katil Izah berhadapan dengan bilik solat. kebenaran yang pahit untuk diterima adalah hampir separuh ibu preggy tak solat. Mulanya ingat mungkin Izah yang tak perasan yang dorang dah solat kot? Jadi hari ke dua, tak ada kerja, kita cari kerja, kita tengok la muka-muka yang masuk solat. Semua muka-muka sama. Izah minta maaf dengan kebenaran yang Izah bagitahu ni. Tiada niat untuk membuka aib, cuma keadaan ni sepatutnya tidak berlaku.πŸ˜”πŸ˜”
Keluar darah sebelum bersalin, perlu solat atau tidak?
Perlu. Mengikut Mazhab Syafie, darah yang keluar sebelum bersalin adalah darah fasad/istihadah(darah yang rosak), bukan darah nifas. 
Setelah melahirkan baru disebut darah nifas. Jadi, hukum solat : wajib.
Boleh ditunaikan mengikut keadaan ibu mengandung. Kalau tak mampu berdiri, boleh tunaikan secara duduk. Tak mampu duduk, boleh tunaikan secara berbaring.
 
Kalau darah keluar banyak macam mana ? atau air ketuban keluar tak henti ?
Yang ni, sebelum berwudhuk, cuci kemaluan dulu.
 Pakai pad dan berwudhu'lah macam biasa.
Cuma, 1 wudhuk untuk 1 solat fardhu. Untuk solat fardhu yang lain, perlu perbaharui wudhu'.


Bersalin satu jihad, jika meninggal ia dikira syahid 
Bukan mudah untuk lahirkan sorang-sorang anak ni. Sakitnya macam nak terputus nyawa. Time contraction ni jangan ada pak lawak sudah. Dah la tengah sakit, nak kena gelak lagi layan dia melawak. Rasa nak tendang ja. Dah la kita nak guna banyak tenaga .πŸ˜‚
Kalau waktu ni Allah tarik nyawa, in shaa Allah kita syahid setelah melaksanakan hak Allah (solat).


Sampai ketemu lagi yaa!



Gambar sekadar hiasan


Tuesday, 3 September 2019

Cabaran pekerjaan untuk Generasi Y dan Z

Assalamualaikum.  
 Entri kali ni olahan kepada apa yang membelenggu dalam minda. Kebetulan semalam kitorang keluar, biasa dalam kereta jadi tempat untuk berdiskusi kami suami isteri. Sebelum tu, sekali lagi Izah bukan orang yang tepat untuk berbicara soal ni. Cuma rasa nak share apa yang Izah rasa ada bernasnya.

  Sebenarnya banyak benda yang Izah fikir kebelakangan ni. Kalau tengok sekeliling, kenapa peluang pekerjaan terlalu sengit? Fresh graduate ramai yang menganggur. Sedangkan mereka dah usaha sehabis baik dalam menuntut ilmu dan menamatkan pengajian. 
Kesimpulan yang Izah dapat buat dari apa yang suami share adalah :


5 generasi

gambar ihsan google


1. Pre Baby Boom (lahir pada ≤ 1945 )
2. The Baby Boom (lahir antara 1946 – 1964)
3. Generasi X (lahir antara 1965 – 1979) – Generasi X
4. Generasi Y (lahir antara 1980 – 1994) – Generasi Y
5. Generasi Z lahir selepas 1995

Ok, yang Izah highlight adalah generasi Baby Boom dengan generasi Y/ Milennial, (iaitu Izah sendiri).

Baby Boomer adalah mereka yang paling bertuah. Kenapa  macam tu? Sebab waktu ni, peluang pekerjaan senang dapat. Habis belajar memang dapat kerja. Keadaan ekonomi stabil, negara pulak baru nak membangun, jadi banyak peluang pekerjaan wujud. Bila lahirnya generasi Y, iaitu anak-anak kepada baby boomer, mereka melihat ibu ayah mereka sebagai orang yang berjaya.  Kebanyakkannya adalah ibubapa yang bekerjaya dan ekonomi waktu ni melimpah ruah. Jadi, generasi Y berharap akan berjaya seperti ibu bapa mereka.

Apa yang Izah selalu dengar dari kecil, belajar rajin-rajin nanti dapat kerja besar. Gaji besar. Kerja kerajaan, hidup senang. So, inilah yang kita duk semai nak capai.

Ekonomi merosot
Pada tahun 1997, ekonomi mulai merosot. Sejujurnya, pengakhiran sementara untuk sesebuah kebahagiaan yang dicapai. Harga barang meningkat, ekonomi merudum, peluang pekerjaan terhad. Tapi, teknologi berkembang pesat.
Kami baru nak bertatih kot?
Tahun demi tahun, banyak pekerja yang hilang pekerjaan. Kerja banyak di ambil alih oleh mesin dan robot. Peluang pekerjaan masih ada, tapi susah sangat nak dapat. Sijil-sijil pengajian dah jadi seperti cop sirim .'Ok done, yang ni dah habis belajar.'
Sedih bukan?


Isu Global Bukan Hanya di Malaysia- petikan Metro 4 September


 Laporan baru-baru ini menunjukkan, siswazah yang sudah enam bulan menyelesaikan pengajian mereka adalah antara 400,000 individu sedang menganggur dalam negara.

 Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, antara cabaran besar dihadapi mereka selepas menamatkan pengajian ialah kesukaran memperoleh pekerjaan sesuai, pembayaran gaji kurang setimpal dan tidak mempunyai pengalaman seperti dikehendaki majikan.

Apa sepatutnya Gen Y, Gen Z perlu lakukan?
"Jadi kita nak buat apa yang?", soal Izah pada suami.

 Rebut setiap peluang yang datang. Kalau kita dapat tawaran kerja yang rendah dari kelulusan kita, grab je dulu. Jangan tangguh dan bazirkan masa dengan menunggu tawaran yang lebih baik. Kalau awak menunggu selama dua tahun dengan menolak tawaran gaji RM1800 sebulan, berapa banyak gaji yang dah awak lepaskan semata-mata menunggu yang lebih baik?

Kalau tawaran kerja tak datang-datang, banyak lagi optional lain yang awak boleh lakukan.
 Contoh, berniaga kecil-kecilan , atau buat grab sementara waktu, atau asah skill yang sememangnya awak dah ada. 
Skill tu mahal. Zaman sekarang, siapa ada skill yang orang lain tak ada, dia beruntung. 
Contoh lagi, kalau awak minat menulis, awak gilap skill awak jadi penulis berjaya. 
Tak semua orang ada skill menulis taw? Kalau awak ada skill mengunting rambut, awak asah sampai jadi barber yang berjaya. Skill ni tak semua orang ada. Tapi masih boleh dipelajari.
Awak faham apa yang saya cuba sampaikan? Generasi milennial kena bijak curi peluang dan grab cecepat peluang yang datang. 

Tuntut ilmu satu keutamaan
 Tapi awak tetap harus belajar. Hidup ni, sampai ke mati kita kena belajar. Gunakan sebaik mungkin otak yang Allah bagi untuk sentiasa berfikir. Membaca, berfikir dan menyelesaikan masalah. Tu kunci untuk tackle otak supaya ianya sentiasa bekerja. Saya masih akan sambung belajar sehingga peringkat tertinggi, walaupun lambat dari orang lain. Bukan semata-mata untuk kerja, tapi untuk ilmu tu sendiri.-Omrie Hasbullah, suami yang sentiasa bagi semangat.


Sentiasa berusaha
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS.13:11

  Nasib kita, kita yang tentukan. Pilihan tu sendiri adab di tangan kita. Kalau dalam fikiran nak mengharapkan kerja kerajaan semata-mata, susah jugak. πŸ˜… Scopes rezeki ni luas. Bertebaranlah di bumi Allah dalam mencari rezeki yang halal. Bukan manusia memberi rezeki, tapi Allah. Kita? Kena berusaha.

Friday, 23 August 2019

Kereta breakdown berhampiran pintu gerbang Gua Musang waktu Maghrib

Assalamualaikum..

 Dah hampir seminggu selepas kejadian kereta breakdown waktu nak balik KL, sekarang baru ada kekuatan untuk cerita rentetan kejadian. Hari ni nak cerita gaya bahasa novel. buleh ko?πŸ˜‚

Jam 7.15 malam.

         Kereta meluncur tidak terlalu laju membelah jalan sempit melepasi bandar Kuala Krai. Keadaan jalan raya clear. Tidak sibuk dengan kenderaan. Hanya beberapa biji kenderaan sahaja datang dari arah bertentangan, menandakan mereka datang dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai. Mata mulai mengantuk, tapi memandangkan sudah hampir Maghrib, maka terpaksa dibuntangkan biji mata supaya tidak tertidur.

      Izah bertindak sebagai co-pilot, sedia menemani suami memandu. Kedengaran alunan Surah Al-Baqarah dari corong radio. Perlahan-lahan alunan ayat suci kami ikut bersama-sama membacanya.
Untung juga waktu sekolah dulu jadi ahli kelab Tahfiz.
Sesekali rengekan suara Dhuha mengingatkan bahawa dirinya perlu disusui. Di bahagian tempat duduk belakang, Suhayl sudah hampir 20 minit lena dibuai mimpi.

    Cahaya kuning jelas kelihatan di ufuk timur, menandakan siang bakal melabuhkan tirainya.
Kereta bergerak dengan kelajuan 70km/h, tiba-tiba telinga menangkap satu bunyi, seakan-akan kain yang berkibar. Keadaan kereta semakin slow .



(ok kita masuk gaya bahasa biasa pulak.haha )

  tepatnya bunyi tu gini "kepeh,kepeh,kepeh" πŸ˜‚


"eh yang bunyi gapo ni?(eh sayang, bunyi apa ni?), Izah tanya suami.

"Macam bunyi tayar pecah", cepat suami membalasnya.

'Ke tepi yang, cepat ke tepi. Alamak, tempat nak berhenti tak dok pulok(tempat nak berhenti tiada pula). Jalan sempit ni. 

Bernasib baik, di depan sikit ada tempat sikit untuk park kereta. Allah sayang, waktu kereta tiba-tiba lost power tu, kat depan dan kat belakang kereta tiada kenderaan lain. Hanya kereta Izah satu-satunya di situ.

"Ok tak pa, jap saya call abang bagitahu dia kereta breakdown," dengan penuh tenang bagitahu suami. Bila tengok jam, 7.26 malam. Elok je buka handphone nak call, dekat skrin telephone belah kiri atas jelas terpapar
 "emergency call only". 😰😰


No internet connection, no network coverage"
 
Boleh bayang tak, waktu nak call bagitahu family kereta breakdown langsung tak dapat sebab tak ada network. 😭 Dekat mana waktu tu? punnnn kitorang tak tahu kat mana. Bila buat kira-kira mungkin 20-30 kilometer selepas bandar Kuala Krai.

Suami cakap mungkin timing belt yang putus.



Call talian kecemasan
Izah minta suami call 999 dan minta sambungkan ke Balai Polis Kuala Krai.  Suami turun kereta dan cari network coverage kat luar.
Hampir tiada cahaya mentari. Matahari dah hampir tenggelam. Dalam masa yang sama, Izah dapat 1 line untuk call. Sempat juga call abang bagitahu kereta breakdown walaupun dalam keadaan line putus-putus.

so, dalam waktu emergency macam ni, buatlah laporan dekat polis dulu untuk bagitahu keberadaan kita kat mana. Bagi no plate kereta dan jenis kenderaan kita sekali. Supaya kita ada dalam record. Kalau jadi apa-apa, balai terdekat dah tahu.

7.30 malam-10 malam stuck di situ
Dari jam 7.30 malam-10 malam memang stuck di situ. Kitorang matikan aircond dan lampu kereta sebab takut bateri pulak yang habis power. Sekali sekala je buka lampu dalam kereta bila Dhuha merengek.
Kiri kanan hutan , tiada kereta pun yang berani berhenti . Dan Izah sendiri pun takut kalau ada kereta berhenti sebab takut orang jahatπŸ˜…. Lampu jalan pun langsung tak ada okeh tempat tu.

Memang betul-betul dalam kegelapan dan kepanasan. Bunyi cengkerik je la berpesta dari dalam hutan.  Suami pula banyak duduk luar kereta sebab cari line telephone.Dia minta Izah kuncikan kereta dari dalam. Kalau ada orang jahat dari jauh dia boleh nampak katanya.
Izah pulak risau sebab takut  lori dan kereta tak nampak ada orang kat luar. Nauzubillah minta jauh dari sebarang malapetaka.

Ni lah keadaan waktu tu. Memang gelap. 


Instinct dah rasa lain macam.
Dari Tanah Merah Izah dah rasa tak sedap hati. datang satu perasaan takut yang tak boleh nak describe. Nak je bagitahu kat suami masa tu "jom kita patah balik Pasir Mas, saya rasa tak sedap hati la".
Tapi kata-kata tu berlegar dalam kepala je. Sebab suami Izah ni jenis kalau nak pergi, dia akan teruskan perjalanan je. Takkan patah balik dah. 
Cuma masa tu Izah berdoa je la "Ya Allah jauhkan kami daripada sebarang malapetaka Ya Allah. Selamatkanlah perjalanan ni hingga akhirnya."

 Doa ni supaya dijauhkan dari malapetaka ni, Izah minta sungguh-sungguh waktu hari Arafah. Alhamdulillah  syukur Allah kabulkan. Allah lindung semuanya.

 Ada hamba Allah berhenti
Ada sorang hamba Allah berhenti tanya apa yang dah jadi. Kebetulan waktu tu, suami dapat coverage dan call towing Kuala Krai untuk towing kereta. Dan hamba Allah cakap dengan orang towing tu, Izah dengar macam ni,
"Keberadaan selepas pintu gerbang Gua Musang, tempat kemalangan yang berlaku baru-baru ni".

So waktu tu baru tahu kereta sebenarnya breakdown kat mana. Maknanya, dah 50km dari bandar Kuala Krai la.

Yeay hamba Allah ni bawa bulan. Dalam kekalutan pun sempat lagi berseloroh. Dia baawa lampu putih yang bulat macam bulan. Excited sebab ada cahaya kejap. Hahaa

Tenang dan positif
Waktu-waktu macam ni sangat-sangatlah penting untuk sentiasa tenang dan positif. Sebab ada 2 orang anak untuk di jaga waktu ni. Kalau ummi ayah tak tenang, bimbang anak-anak pulak yang menangis. Izah risau juga, takut kena panic attack. Sebab ada rasa pening dan susah nak bernafas.
Dari memburukkan keadaan, so Izah dan suami sama-sama kuatkan semangat antara satu sama lain.

Suami duk tanya awak ok ke, maaf lah sebab kereta breakdown.
Ya Allah, benda ni berlaku di luar kehendak kita. So sekarang, jangan tanya kenapa semua ni terjadi. Cuba cari jalan keluar.

Suhayl? Alhamdulillah , dia faham . Always duk tengok kereta breakdwn dalam youtube, so dia tahu nanti akan ada towing datang ambil. Waktu ni Izah ajar dia baca doa banyak-banyak.



Doa ni diulang-ulang baca. 



Suhayl nasib baik kau mengerti nak.

Ayat-ayat quran
Jangan lupa baca ayat-ayat quran. 3 kul dan ayat Kursi. Al-baqarah pun baca jugak. Ayat seribu dinar pun sama. Sebab kita hidup berkongsi alam dengan Syaitan, Jin dan Iblis. Benda ni kita tak boleh deny ok?

Tak nak diorang datang memburukkan lagi keadaan. Sebab kitorang suami isteri dapat rasa keberadaan diorang di sekeliling kereta. Bukan perasaan yang melebih, tapi benda nyata yang nampak dengan mata kasar. Okeh yang ni cerita sampai takat ni je.πŸ˜…

Rupa-rupanya kawasan yang kereta breakdown tu, kawasan yang sentiasa berlaku kemalangan maut dan tempat yang kereta-kereta lain pun breakdown.




Polis tak jumpa cari, towing yang sampai
Polis tak jumpa cari kitorang sebab kitorang berada dalam jajahan Gua Musang. Diorang cari sehingga sempadan Kuala Krai, bila melepasi sempadan kes  ni terpaksa di'transfer' ke Balai Polis Gua Musang. Tepat jam 10 towing dari Kuala Krai sampai. Bila di tengah jalan, terserempak Police MPV yang cari kitorang tadi. So dorang escort sehingga ke Stesen Minyak Kuala Krai.

Abang Izah dah tunggu dekat stesen minyak yang dijanjikan di Kuala Krai.

Terima Kasih Abang-abang polis.

Yang towing kereta pun datang berteman waktu datang towing. Sunyi katanya jalan tu. Orangnya mudah berkira, seney baso. So selamatlah kereta di towing sejauh 100 km.


Terima kasih!
Terima kasih semua kawan-kawan facebook yang bertanya khabar, yang whatsapp untuk tanya keadaan. Moga urusan kalian di mudahkan Allah dan kita semua dijauhkan dari sebarang malapetaka. amin!