Tuesday, 30 April 2019

Resipi Singgang Daging Kelantan

Assalamualaikum.



Memandangkan Ramadan hampir tiba, maka eloklah kiranya kita mem'plan' (jumpa dengan cikgu bahasa melayu dgn english teruk ni kena) juadah berbuka.

Macam Izah sendiri kan, bila fikir nak masak apa, haa sudahhh, stuck tak tahu nak masak apa.

Fikir punya fikir, sudahnya berakhir di bazar.
πŸ€ͺ

Jadi anak-anak, tahun ni kita cuba okay untuk tidak menye'stuck'kan(lagi sekalii) minda kita okay.

Jom sama-sama kita berdaging singgang lengkap dengan bismillah disudahi alhamdulillah bila dah kenyang.

Lengkap dengan sukatan yang sepatutnya. Hee.


Resipi daging singgang :
1/2kg daging
8 ulas bawang putih(5 ulas ditumbuk, 3 ulas hiris)
8 biji bawang merah(5 biji ditumbuk, 3 biji dihiris)
4 inci halia(2 inci tumbuk, 2 inci hiris)
4 inci lengkuas( 2 inci tumbuk, 2 inci hiris)
3 inci gula melaka
Biji Ketumbar 1 genggam
Budu 3 sudu
Asam keping 2-3 keping
Lada kering besar 3 biji.
Garam dan gula.
Air


Cara-cara :

1)Perap daging bersama2 5 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah, 2 inci halia, 2 inci lengkuas, gula melaka, asam,lada kering, budu, garam dan gula..

2)Biarkan setengah jam.



3)letak atas dapur dan masukkan air..
Bila menggelegak, masukkan :
 3 ulas bwg putih(hiris),
3 biji bawang merah(hiris)
 2inci halia(hiris),
2 inci lengkuas(hiris)

 4)biarkan seketika dan tutup api.

5)siap,boleh hidang.

Daging singgang+telur goreng+budu dgn cili+timun perghhhhhhh memang satu periuk nasi kita je yang punya.πŸ˜‚



Selamat menyambut ramadan.
❤️

Memang ada penunggu eh dekat Brooch ni?πŸ˜‚

Assalamualaikum.
Haha.. Tajuk tu propa je lebih.

Brooch dan perempuan berpisah tiada. Jika berpisah, maka murunglah hari nya. Boleh meroyan dari pagi sampai malam tau dak?

Satu lagi yang boleh buat kami perempuan meroyan, bila kau kacau dia time dia tengah pakai tudung.

Rasa nak eeeiiiikan je atas muka. Dushhh sebijik biar melekat terus dekat dinding.

Penunggu brooch

Ok kat atas tu pembuka bicara je. Cerita pasal penunggu brooch ni. Entah la labu, beli la banyak2 , bila tiba sebulan lepas tu atau lebih parah, a week after, brooch tu boleh hilang tanpa jejak.?


Ada yang sama macam Izah tak?

 Terbaru, Izah baru je beli baby pin dekat Jerulongdamai(instagram).
Semua masih hot lagi tak disentuh taw tak.
Simpan elok-elok dalam bekas brooch.
Letak pula dalam laci meja.

Eh time nak pakai cari punya cari tak jumpa.

LOST AND FOUND


And then, Izah bagitahu suami, "saya rasa kan, ada penunggu la dekat brooch. Sebab dia besi kot? Boleh pulak dengan bekas-bekas sekali hilang. Macam kena beli baby brooch yg baru je?"

Dia boleh gelak, orang serius ni. πŸ˜‘πŸ˜‘

Balas dendam
 Sambil-sambil cari baju suhayl n dhuha untuk birthday party dekat Kenanga Mall, lalu depan kedai brooch.

Asal nak beli 10 biji je.
dekat situ tulis 14 biji RM10, satu kotak RM35.

" Satu kotak ada 100 biji, jadi 1 biji RM0.35. Kalau hilang pun tak rasa sangat sebab banyakπŸ˜‚," ligat otak duk congak sambil buat kesimpulan.

So kita menuju sasaran iaitu suami,

  "yang saya nak satu kotak ni, nanti nak raya tak payah letih-letih cari brooch, ni dah banyak boleh la tahan setahun nanti. Lagipun kotak brooch saya hilang, ada penunggu. πŸ˜†" 

Jadi isteri kena pandai bagi fakta dekat suami, memandangkan suami ni jenis terima fakta dari auta. 😜

ok lah 100 biji. 


Elok-elok tak ada terus ada. 
Balik je rumah, letak kotak brooch atas meja. Dengan muka yakinnya bagitahu suami,
betul lah tak ada bekas brooch saya. Meh saya tunjuk. " sambil tangan laju buka laci meja.

Dammmmnnnn, eh elok pulak ada kotak brooch dalam laci tersorok tepi bag jewelleries.

Dah tu kenapa seminggu ni cari tak jumpa?
Next, mungkin mata kena tambah power.
πŸ€ͺ

Haa ni lah perempuan, ada je alasan nak bagi kan?

Tapi serius tak jumpa, mungkin sebab cari ala kadar je? 😏😏

Penunggu  tu sebenarnya kita sendiri.
πŸ™Š


Brooch raya 
Kalau nak beli borong, boleh la beli dekat kenanga Mall. Macam-macam design ada.
Kalau brooch korea tu memang tahan lama dan batu dia serius lawaaa namateyyy...

Yang Izah beli ni, dekat tingkat 7 Kenanga Mall.

Alamat :2, Jalan Gelugor, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..

 Atau tekan je πŸ‘‰πŸ‘‰ Kenanga Mall, KL
berlambak macam-macam design adaa. 


Sekian,
Wife yang kehilangan brooch.


Saturday, 27 April 2019

Apa maksud mademousel dan kenapa tukar ke Mademousel?



Assalamualaikum.
Macam biasala lah kan, nak start entri kena lah bagi salam kan?

Mademousel oh Mademousel
Ejaan asalnya mademoiselle. Berasal Dari perkataan Perancis. 
Maksud mademoiselle ni sebenarnya gelaran bagi perempuan yang belum kahwin. Tepatnya, 'cik'. 

Dah tu kenapa guna mademousel? 
Sajaa. Haha. 
Tak sebenarnya Izah tengah nak tukar nama blog, so nak cari nama yang pendek dan lain dari yang lain. 
Berkebetulan, nama family asal Izah dari keturunan Che. 

Tapi bukan nak angkat keturunan, it is just kebetulan che dgn cik. 
So guna je lah. πŸ˜‚
Tapi even macam tu, perkataan mademousel ni sangat rapat dengan Izah.
How i miss my late father. 😒😭

Idea asal suami
Suami cakap dekat izah beberapa tahun lepas " eh yang why not awak guna je nama lain untuk blog awak tu? Stay anonymous maybe?" 

Masa mula-mula buat blog, Izah pun macam "eh tak pe lah, sebab saya rasa elokk je nama blog saya sekarang ni," 

Tukar angin
Bila ditilik dan ditilik selepas beberapa tahun baru sampai seru. Punyalah lamaaa. 
πŸ˜‚
Macam panjang je nama, so tukarlah? 

Suami suggest nama ni, "eh macam lawa juga mademousel ni".

So jadilah mademousel94.
94 tu sebab izah lahir tahun 1994. 

Sedikit pesanan
Pesanan ni, randomly, terpakai untuk semua.

Kadang-kadang sedikit perubahan tu perlu.
Mungkin tu boleh jadi perubahan yang bawa kita ke sudut yang lebih baik?

Contoh la kan, kita dah selesa dengan melayan emosi kita, dan kita rasa kita paling betul?

Cuba sejenak, kita duduk dan dengar apa yang orang lain cuba sampaikan/pendapat diorang?

Teliti dengan mata hati,analisis dengan akal. 
Mungkin kita akan jumpa something yang boleh buat hidup kita lebih baik? 


Lepas ni nak gelarkan diri as mademousel aci dak? πŸ€”πŸ˜œ
❤️, mademousel.



Monday, 15 April 2019

Resipi Spicy Korean Chicken Wings

Hai assalamualaikum.

 Kitorang laki bini tiap-tiap minggu suka cari tempat makan best. Mula-mula saja nak ubah selera, nak try Korean spicy chicken ni. Sekali terjatuh chentaa la pulak. Dan memang lepas tu berturut-turut la terjah tempat makan sama.

Yang paling suka ayam ni suamilah. Dia pulak suka masak try and error..akhirnya jadiii.. So here we go!

Resipi untuk 20 ketul chicken wings..

Bahan-bahan sos :
20 sudu sos tomato
10 sudu sos cili
10 sudu madu
10 sudu cili boh/cili giling
10 sudu gula
15 ulas bawang putih

Bahan-bahan salutan ayam :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil soda bicarbonat.

Bahan perapan ayam :
Sedikit lada hitam kasar
Garam

Tentera tambahan:
Telur 3 biji

Cara-cara :
1)Perap ayam bersama-sama lada hitam kasar dan sedikit garam dan ketepikan.
Ayam yang diperap dengan lada hitam kasar dan garam

2)satukan sos cili, sos tomato dan madu di dalam satu mangkuk.
3)Tumis bawang putih. Bila bawang putih sedikit masak, masukkan cili boh/cili giling dan biarkan sehingga pecah minyak.
4)Masukkan sos cili, sos tomato dan madu yang telah disatukan ke dalam periuk.
5)Ketepikan bila masak.
Ni sos2 yang telah disatukan.
6)Kepuk telur sehingga sedikit berbuih dan celup ayam yang telah diperap ke dalam telur. Jangan risau ayam dan telur takkan bergaduh sebab dorang dah bersatu hati.🀭
Haa macam ni. 
7) pada masa yang sama, satukan tepung gandum, tepung beras dan soda bicarbonat ke dalam satu bekas

8)Celup ayam di dalam tepung.

9)Panaskan minyak, bila minyak betul-betul panas masukkan ayam dan goreng.

Dah siap goreng. nak buat ayam goreng macam kfc pun boleh guna resipi sama .


10) kemudian, celup ayam di dalam sos yang kita tumis tadi.
😁
Celup macam ni dan ketuk-ketuk sikit bagi lebihan sos jatuh. 

11) Part paling penting, bila dah celup ke dalam sos, makan lah ayam tu.πŸ˜†

And doneeee.. ❤️

Izah penolong kelas dapur je, resipi semua dari suami. 🀭🀭
nahh close up sikit

Juicy-juicy gitu. tipsnya goreng dengan minyak yang betul-betul panas


Extra tips : oh yaaaa resipi ni  untuk 5 hidangan, kalau nak buat untuk 1 hidangan which is 4 ketul chicken wings, boleh bahagi resipi di atas dengan 5.😁
Kalau korang suka pedas sangat-sangat, boleh tambah lagi dose untuk sos cili.

Love,
Izah.

Friday, 12 April 2019

Resipi Bubur ala-ala McD

Assalamualaikum. Kali nak share resipi bubur mcD yang bagi Izah sangat senang dan mudah nak buat. Masak campak-campak je and then terus siap. Sesuailah bagi mak yang bergelar student ni nak buat.hihi
Suami Izah cukup suka kalau buat bubut ala-ala mcD macam  ni. Sedap dan dia boleh variety kan rasa bubur tu.


 Bahan-bahan :
1)4 ketul isi ayam
2) 1 1/2 cawan beras
3) 2 inchi halia(1 inci ditumbuk 1 inci dimayang)
4) 1/2 cukup rasa maggi
5) 2 ulas Bawang putih
6)1/2 sudu kecil garam
7)1/2 sudu kecil gula
8)Minyak Bijan
9) Daun sup


Cara-cara :
  • Gaul isi ayam dengan bawang putih, halia yang ditumbuk dan sedikit garam(untuk hilangkan hanyir). 
  • Rebus isi ayam di dalam periuk lain. 
  • At the same time, basuh beras dan masak di atas dapur.
  • Sukatan untuk air tu Izah tak letak kat sini sebab Izah guna beras Siam, so memang guna banyak air.( Hampir 3/4 periuk Izah masukkan air. )
  • Bila beras sudah menjadi nasi, masukkan halia yang dimayang dan cukup rasa maggi. 
  • Kemudian, masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk bubur nasi bersama-sama ayam yang telah direbus. 
  • Tutup periuk dan kacau setiap 10 minit(Kalau perlu tambah air, korang tambahkan air).
  • Minit-minit terakhir sebelum tutup api dapur, masukkan garam dan gula. 
For those yang guna beras jasmine, masak nasi macam biasa cuma lebihkn sedikit air.
Setiap 10 minit, kacau dan tambah air hinggalah capai texture bubur yang korang nak.

Bila nak makan tu, korang masukkan sedikit minyak bijan dan daun sup.
N then so yummy yum yum boleh makan. πŸ˜‹ πŸ˜‹

Macam suami izah, dia suka tambah kicap+sambal cili.

P/S : kalau nak bagi baby, pandai-pandailah korang adjust bila nak masukkan garam, gula n cukup rasa tu.
😜

Jangan lupa share! Ni ada button untuk share kat bawah πŸ‘‡πŸ‘‡