Tuesday, 30 April 2019

Memang ada penunggu eh dekat Brooch ni?πŸ˜‚

Assalamualaikum.
Haha.. Tajuk tu propa je lebih.

Brooch dan perempuan berpisah tiada. Jika berpisah, maka murunglah hari nya. Boleh meroyan dari pagi sampai malam tau dak?

Satu lagi yang boleh buat kami perempuan meroyan, bila kau kacau dia time dia tengah pakai tudung.

Rasa nak eeeiiiikan je atas muka. Dushhh sebijik biar melekat terus dekat dinding.

Penunggu brooch

Ok kat atas tu pembuka bicara je. Cerita pasal penunggu brooch ni. Entah la labu, beli la banyak2 , bila tiba sebulan lepas tu atau lebih parah, a week after, brooch tu boleh hilang tanpa jejak.?


Ada yang sama macam Izah tak?

 Terbaru, Izah baru je beli baby pin dekat Jerulongdamai(instagram).
Semua masih hot lagi tak disentuh taw tak.
Simpan elok-elok dalam bekas brooch.
Letak pula dalam laci meja.

Eh time nak pakai cari punya cari tak jumpa.

LOST AND FOUND


And then, Izah bagitahu suami, "saya rasa kan, ada penunggu la dekat brooch. Sebab dia besi kot? Boleh pulak dengan bekas-bekas sekali hilang. Macam kena beli baby brooch yg baru je?"

Dia boleh gelak, orang serius ni. πŸ˜‘πŸ˜‘

Balas dendam
 Sambil-sambil cari baju suhayl n dhuha untuk birthday party dekat Kenanga Mall, lalu depan kedai brooch.

Asal nak beli 10 biji je.
dekat situ tulis 14 biji RM10, satu kotak RM35.

" Satu kotak ada 100 biji, jadi 1 biji RM0.35. Kalau hilang pun tak rasa sangat sebab banyakπŸ˜‚," ligat otak duk congak sambil buat kesimpulan.

So kita menuju sasaran iaitu suami,

  "yang saya nak satu kotak ni, nanti nak raya tak payah letih-letih cari brooch, ni dah banyak boleh la tahan setahun nanti. Lagipun kotak brooch saya hilang, ada penunggu. πŸ˜†" 

Jadi isteri kena pandai bagi fakta dekat suami, memandangkan suami ni jenis terima fakta dari auta. 😜

ok lah 100 biji. 


Elok-elok tak ada terus ada. 
Balik je rumah, letak kotak brooch atas meja. Dengan muka yakinnya bagitahu suami,
betul lah tak ada bekas brooch saya. Meh saya tunjuk. " sambil tangan laju buka laci meja.

Dammmmnnnn, eh elok pulak ada kotak brooch dalam laci tersorok tepi bag jewelleries.

Dah tu kenapa seminggu ni cari tak jumpa?
Next, mungkin mata kena tambah power.
πŸ€ͺ

Haa ni lah perempuan, ada je alasan nak bagi kan?

Tapi serius tak jumpa, mungkin sebab cari ala kadar je? 😏😏

Penunggu  tu sebenarnya kita sendiri.
πŸ™Š


Brooch raya 
Kalau nak beli borong, boleh la beli dekat kenanga Mall. Macam-macam design ada.
Kalau brooch korea tu memang tahan lama dan batu dia serius lawaaa namateyyy...

Yang Izah beli ni, dekat tingkat 7 Kenanga Mall.

Alamat :2, Jalan Gelugor, Pudu, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..

 Atau tekan je πŸ‘‰πŸ‘‰ Kenanga Mall, KL
berlambak macam-macam design adaa. 


Sekian,
Wife yang kehilangan brooch.


No comments:

Post a Comment