Wednesday, 26 June 2019

Marah anak sebab sayang, bila anak tidur timbul rasa kesal

Assalamualaikum.

Hari ni anak-anak tidur awal. Izah pun macam nak lelapkan mata awal juga. Usai solat isyak, Izah cek kaki suhayl. Ada kesan merah, kesan cubit.
Rasa bersalah sangat-sangat. Ye, petang tadi memang Izah ada cubit suhayl di kaki.
Izah ketuk bilik kerja suami, cakap dekat dia nak tunjuk something. 
Izah tunjukkan kesan cubitan di kaki suhayl. Sebak kot, bersalah, sedih, nak nangis.😭

Bukan sengaja cubit, tapi tak sangka pula sampai tinggalkan kesan. 
Marah bukan kerana geram, tapi kerana sayang. 
Bukan mudah nak bentuk dan didik anak-anak.
Satu tanggungjawab yang besar.

"saya sedih, nak nangis rasa". Izah bagitahu suami.
Tak apa, awak cubit sebab sayang. Suami macam biaasalah, dia akan cari positive side.
Kang kalau tak cari positive side, dia pulak yang haru kena cool downkan izah. 🀣

Tegas dalam lembut
Izah memang lembut dan mudah bertolak ansur. 
tapi dalam kelembutan, ada tegasnya. 
Ye tegas. 
Tambah-tambah dalam mendidik anak-anak. 

Kalau salah, memang Izah akan kata tu salah. And kita kena betulkan benda tu. 
Izah tak nak nanti jadi habit atau kebiasaan. 
Kalau nak lentur buluh, biarlah mulanya dari rebung. 
Kalau dah jadi buluh, bukan ke susah nak lentur? 


Salah suhayl, sebab dia pijak-pijak keyboard laptop. 
Izah tak sayang kan laptop, tapi Izah nak bentuk dia supaya hargai sesuatu benda yang kita ada. Tak boleh sewenang-wenang nya rosakkan. 

Bila dia dah tidur, rasa kesian. 
Ummi sayang anak ummi. Ummi nak anak-anak ummi jadi manusia yang berjaya dari segi akhlak, dan berjaya juga dari segi pelajaran. 

Doa
 kalau cubit anak, izah akan baca bismillah atau selawat sebelum cubit. 
Supaya tak jadi degil. 
Doa ibu, doa yang Allah angkat. Lazimi doa bila pegang kepala anak-anak.
Lazimi doa untuk anak-anak setiap kali lepas solat.

Ni doa yang Izah ama dari tingkatan 4. Sampai sekarang masih amal. 


"Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa."

Nasihat
Masa Izah suap nasi untuk suhayl magrib tadi, Izah nasihat dan cakap dekat dia "suhayl dengar cakap ummi taw, ummi marah suhayl sebab suhayl tak dengar cakap ummi. Untuk kebaikan suhayl. 
Kalau suhayl dengar, ummi tak marah. Ummi sayang suhayl. 
Ingat pesan ummi ni taw?
Dia angguk tanda faham. Dia pun dah nangis-nangis minta maaf cakap tak nak buat lagi.


Hadiah yang dinanti
Suhayl dan Dhuha hadiah yang terindah dari Dia. Sebelum ni,  suami tak pernah expect yang Izah boleh pregnant.
Anugerah ni, Izah and suami akan jaga dan didik betul-betul.
Bukan soal kuantiti yang kita nak, tapi kualiti yang kita cari. 
❤️ 

Sunday, 23 June 2019

Resipi : Ayam Masak Merah

Assalamualaikum.



Semalam suami ajak breakfast dekat This is Nasi Kerabu Teras Jernang, Bangi . Izah memang mencari nasi kerabu ayam bakar, tapi suami nak makan ayam masak merah kat situ. The day before, memang kitorang dah breakfast situ.  Suami ambil nasi ayam masak merah, Izah pun sempat rasa.
tapi semalam, Tak ada rezeki, sebab masa sampai, ayam masak merah dah habis.

 Jadi, sebagai seorang isteri yang mithali , pagi ni kita buatlah style lebih kurang macam kat teras jernang tu.


Hari ni seawal 4 pagi lagi bangun kemas rumah, masak, baca novel. Hiks.
Sebelum anak-anak bangun, so kita settlekan kerja rumah dulu.

Jam 5.30 suami bangun pergi masjid, dia tengok isteri dah siap-siapkan bahan nak masak.


here we go!

Bahan-bahan 1 :
  • ayam(izah guna 1/3 ekor ayam)
  • Bawang merah 4 biji
  • bawang holland 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas 
  • Halia 1/2 inchi
  • 10 biji cili kering@boleh tambah jika ingin lebih (direndam air panas terlebih dahulu)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1 sudu besar gula
  • 1 mug air
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun limau nipis ( ni sebab Izah nak buat style dekat teras jernang tu,dia ada rasa daun limau nipis. Kalau korang tak suka rasa daun limau nipis, tak letak pun tak apa πŸ˜€) 
  • Gula batu (jika suka, tapi Izah tak letak)
p/s : kalau letak sedikit air asam jawa, kurangkkan sedikit sos tomato.

Rendam dulu cili kering dengan air panas sehingga lembut


Gula batu (optional, tapi Izah tak letak)



Bahan rebusan ayam :
  • Bawang merah 3 ulas(ditumbuk )
  • Bawang putih 4 ulas(ditumbuk)
  • Sedikit halia(ditumbuk)
  • Garam 1 sudu kecil
  • Sedikit serbuk kunyit (optional) 
  • Air
  •  
Cara-cara :
  1. Rebus ayam dengan garam,halia, bawang merah, dan bawang putih yang ditumbuk sehingga masak.
  2. Bila dah masak,ambil ayam yang direbus dan goreng ayam tersebut hingga separuh masak
  3. Ketepikan
     
Rebus ayam sebelum digoreng 

Separuh masak, jangan terlebih masak. 


Kemudian :
  1. Blend bahan-bahan 1 iaitu bawang merah, bawang putih, halia, dan cili kering.
  2. Tumis sehingga pecah minyak.
    Pecah minyaknya macam ni
  3.  Bila dah pecah minyak, masukkan sos cili, sos tomato, garam, gula dan gula melaka. Kacau seketika sehingga sebati. Dia akan jadi macam sambal tau.
  4. Bila dah jadi sambal macam tu, korang masukkan 1 mug air dan kacau sesaat biar sebati.
  5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak, tutup dengan tudung periuk dan biarkan ayam tu menggelegak dengan air yang kita masukkan tadi. Tujuannya supaya sambal yg kita buat tu masuk juga ke dalam isi ayam.
  6. Dalam masa yang sama, korang kacau kejap-kejap dan sesuaikan rasa.
  7. Masukkan hirisan bawang holland jika suka.
  8.  tutup api.
  9. done. 

Tips :
Cara menumis ada dua :
Tumis sekaligus bahan-bahan kisar dengan cili kering sehingga pecah minyak.
@ tumis bawang dahulu sehingga naik bau, dan masukkan cili kisar kemudian tumis sehingga pecah minyak.

dua-dua boleh guna. Kalau buat ayam masak merah, yang paling kena jaga adalah ketika menumis.
pastikan betul-betul masak dan pecah minyak. Kalau bawang tak masak dan tak sampai pecah minyak, masa makan nanti, kita akan rasa bau bawang.
  Tak syokk nanti spoil mood.haha

Bangun awal, tertidur pun awal jam 10 pagi. Haha
Izah bangun dalam jam 11,suami cakap anak-anak saya dah suapkan makan.
Boleh pulak tertidur, bukan tertidur dah tu, pengsan terus. Hahaa

Selamat mencuba. πŸ’•


Friday, 21 June 2019

Itik Salai Masthar dan Daging bakar, Harimau Menangis di Food Valet, Kajang

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Dalam seminggu biasanya kitorang akan makan 3 atau 4 kali di luar. Tengok mood jugak. Tapi tiap kali tanya, nak makan kat mana? Masing-masing garu kepala. Yang tak gatal boleh jadi gatal tau kalau tanya nak makan kat mana?
hot spot kitorang biasanya Mee Celup Pok Li, Maggi Ketam Bistro, Jom Bali, Restoran Makan.
Kalau kitorang malas nak fikir nak makan kat mana, memang situlah yang kitorang terjah.
Semua yang kat atas ni kids friendly. Maksudnya ada menu untuk anak-anak makan.

Semalam suami suruh fikir hari ni nak makan kat mana? Pagi ni suami bangun, dia tanya dah decide nak makan mana? Izah nak senyum,tapi tergelak.

"bakpo awok suko(kenapa awak gelak)?"  suami tanya dan dia pun tergelak sama.
Sebab saya tak fikir pun nak makan kat mana. πŸ˜‚

 Semalaman kot tunggu jawapan? haha

Di pendekkan cerita, Izah tanya dekat instagram. Benda boleh tanya kawan-kawan kat mana tempat makan best, buat apa tak gunakan?😏

 So kawan ada suggest April 24 di Bangi sentral, tapi tutup pulak masa sampai tadi.
Lagi sorang kawan suggest Itik Salai Masthar.

Suami pulak cakap nak pergi Food Valet, Kajang sebab ada daging bakar Harimau menangis
. Ahh jomss kita ikut suami. Kitorang tak pernah sampai sini taw, ni first time.


Pelbagai Pilihan di Food Valet, Kajang 
Sampai je suami cakap, "eh yang Itik Salai Masthar ada jugak la kat sini" .
Macam-macam pilihan makanan ada di Food Valet, western,eastern, meretern, last-last marathon nak makan semua. haha

Itik Salai  Masthar

First, kitorang pergi gerai itik salai.
Harga RM 8 semangkuk.
Suami ambik 1 mangkuk itik salai+nasi, ulam 1 ikat, tempe 3 keping, separuh biji telur masin total RM11.50.



Bila gigit isi itik , rasa smoke tu buatkan kitorang nak lagi dan lagi. Cukup pedas ,cukup lemak, cukup buatkan kitorang teringat-ingat nak datang sini lagi. haha
. Kalau yang tak tahan pedas macam kena order 2 gelas air. hihi

Menggunakan Tempurung Kelapa untuk menyalai

Bila tanya staff, dorang guna 100% tempurung kelapa untuk menyalai. Mungkin sebab tu rasa itik salai ni unik?



Menu lain

Daging Bakar Harimau menangis+sup kosong+nasi = RM13.00.

Yang ni punn sedap. Menangis jugak la makan menu ni(agak pedas, kalau anak tak duduk nogori tak digalakkan makanπŸ˜…)
Rasanya, tidak mengecewakan. Sedap. πŸ˜‹

BBQ beef crispy+nasi+sup kosong =
 RM 10. 

Kids nak makan pun boleh.
Sebab bila suhayl makan dia cakap ada rasa macam tomato sauce. Maknanya tak pedas la tu..


Air sirap+ Barli panas+Green Tea Jasmin+ Tea O Ais = RM 11.30
Air no komen sebab ok .
green tea Jasmin ok-ok je. for me, tak cukup umphhh. Tapi boleh minum. 😁

Gambaar air tak ada sebab perut duk menari riang nak makan.hahaa


Tempat selesa untuk lepak
Kalau nak bawa anak-anak atau lepak dengan kawan-kawan, tempat ni selesa dann bersih.
Surau tandas semua ada.

Meh izah belanja gambar.


Amacam, bersih tak? 






Sebelum makan, jom baca doa :
Suhayl and mertua 


Kami makan dulu!

Wednesday, 19 June 2019

Review : Mee Celup dan nasi sup daging sedap di Batu caves,( Pok Li Mee celup dan coconut shake)

Assalamualaikum.



Cerita pasal mee celup, orang yang dah lama kenal Izah tahu la betapa akrabnya Izah dengan mee celup.haha
hari-hari lepas balik sekolah, bawak motor pergi beli. Tak ada kedai A,cari kedai B, tak ada kedai B cari kedai C. Tak risau sebab mee celup dekat area rumah banyak yang sedap-sedap.

Tapi lepas berhijrah ke KL ni, nak jumpa yang betul-betul sedap tu susah nak jumpa.
Sekadar nak makan tu banyak, tapi nak yang rasa macam dekat kelantan tu jarang sangat jumpa.

Sehinggalah ada satu gerai dekat rumah ni, jual Mee Celup. Nama gerai tu Mee celup Pokli Dan Coconut Shake.
 Dari gerai bawah pokok,sekarang dah bukak kedai. Power tak power?


Rasa Sup
Izah punya honest review, mee celup dia sedap dan harganya murah.
 Bila hirup kuah tu, tak pandang lain lah. Sampai ke titisan terakhir lah kuahnya ku hirup. Licinnn.
Dan untuk Izah sendiri 2 mangkuk baru cukup.πŸ˜‚
Pekena pula dengan coconut shake, memang satu gabungan yang mantopp.

Waktu sesuai datang
Kalau nak datang, datang sebelum lunch hour atau selepas lunch hour. sebab waktu lunch hour ni biasanya kirim salam lah kalau nak cari tempat duduk. Full.

Izah biasa datang 11.30 pagi. Masa tu Izah ada gap sebab next kelas jam 4 petang. So tengah hari tu
suami ambil je dari kolej,terus ke sini untuk lunch.

 Harga
Semangkuk RM3 je! Izah biasa makan mee celup campur, means yang campur mee,bihun dan kueh tiaw.  Yang campur ni RM4 semangkuk. 2 mangkuk baru RM8! Sama harga dengan nasi kerabu sebungkus yang selalu Izah tapau pagi-pagi.

Coconut shake dengan 1 scoop ice cream pulak RM3 juga.
Mana nak cari harga ni area KL ni?


Nasi sup daging

Suami Izah dia kurang  dengan mee celup. So menu  dia kalau datang sini, nasi sup daging.
Nasi sup  daging ni didatangkan dengan sos.
Sos tu macam sos harimau menangis.
Mabeless wehh  🀀🀀

Close up sikit dagingnya. 

Teh ais vanilla


Pilihan menu berserta harga








Pok li dulu
Yang ni gerai. makan pun bawah pokok. 





 Pok li sekarang
Sekarang dah ada kedai, selesa sikit.. Tak risau kalau hujan.hahaa

Waktu operasi :
Jam 11 pagi- 10 malam
(kalau tak silap hari jumaat tutup.. Sebabb tiap kali pergi hari jumaat, mesti tak buka)

Lokasi : Taman sri batu caves jalan sbc 12 (sebelah Apt Casmaria kedai bwh flat) belakang Giant Batu Caves


Selamat menjamu selera.
❤️

Monday, 17 June 2019

Result exam 4 FLAT dengan dua orang anak! Bukan senang, tapi tak Mustahil.

Assalamualaikum.
Nak sebut jugak salam syawal sekali lagi! haha. Raya kan sebulan?

Tercabar dengan result suami
Straight to the point eh? Masa sem 1, result exam Izah 3.3. Suami pulak 3.67 . Jadi, masa ni suami dapat dekan. Izah tak capai pon dekan. Apa lagi bersedih la sorang-sorang dan Izah rasa tercabar.
Izah cakap dekat diri, 'Izah kena dapat tinggi lagi lepas ni'.

 Jaga carry mark
 Bermula titik tu lah Izah jaga carry mark. Segala mak nenek assignment, presentation, quiz , Izah make sure dapat tinggi. Exam pun Izah pulun biar semua soalan dapat jawab.
Tapi kalau sentuh bab exam, Izah dari dulu lagi seolah-olah sebiji buku Izah masukkan dalam otak.haha
Satu kepuasan bila semua soalan exam boleh jawab dengan yakin.


Kena lebih fokus bila ada anak
Kahwin awal dan alhamdulillah rezeki anak awal. Umur 21 dah dukung baby. Sekarang baru rasa, 'weh mudanya aku dulu dapat anak'.πŸ˜†
Izah bersalin tu, masa suami hampir-hampir dengan final exam.

Bila ada anak ni, perhatian lebih tertumpu kepada anak lah kan?
Pasal cabaran anak tu Izah tak nak sentuh dekat entri ni, sebab nanti jadi panjang. 
Masa ni baru nak belajar rentak anak macam mana dan nak susun jadual. 
Masa ni nak g kelas awal, tapi anak-anak pulak sakit. So berubah destinasi, ke klinik la dulu. 

Extend belajar
Lepas anak sulung umur 8 bulan baru Izah masuk belajar balik. Start extend masa pregnant 6 bulan. Bermula sinilah, bab belajar dah jadi slow and steady .


Tahu tujuan dan setting niat
Bila belajar ni., kita kena tahu tujuan kita belajar. Memang dari zaman sekolah lagi, kaki melangkah je ke sekolah, Izah akan setting balik niat.
"ya Allah , tiada lain dan bukan semua ni hanya untuk Mu dan ku cari keredhaan Mu".
Itulah yang Izah buat hari-hari supaya niat belajar tak terpesong.
 Bila rasa letih Izah akan ingat balik tujuan menuntut ilmu.
Tenang dan rasa sangat-sangat tenag bila semua kita pasakkan kerana Dia.


Cari keredhaan Tuhan
Sebenarnya, kahwin awal ni banyak sangat-sangat ajar Izah untuk lalui sesuatu keadaan.
Berkali-kali menangis , berkali-kali rasa macam useless. Apa yang buat bersemangat balik, satu je :
buat sesuatu tu untuk apa sampai sedih macam ni?
Allah tak pernah tinggalkan kita, Allah sentiasa dekat dan keredhaan Dia yang kita nak.
Buat sesuatu biar kerana Dia, bukan kerana manusia.

Kita sebenarnya mampu
Bila sem 2, dapatlah dekan. Dengan dekan tu , buatkan Izah yakin yang Izah dapat push  lagi kemampuan diri.

 let me tell you, selama belajar ni Izah kena: 
1)Bahagi masa antara belajar, rumahtangga dan anak.
2)Stabilkan emosi sebab Izah belajar dalam keadaan sakit. Kalau emosi tak stabil, sakit tu akan makin worst.

Izah tahu Izah mampu walaupun belajar dalam mode slow and steady .



Dann.. Kita semua mampu. Setkan di minda, orang lain boleh dan aku pun boleh.
Nampak tak muka penat? Night before tak tidur sangat sebab ada quiz.


Dekan untuk 7 semester berturut-turut
7 semester berturut-turut Izah dapat dekan. Dan ni adalah bukti Izah masih belajar. Ramai jugak ingat izah stop belajar lepas kahwin.πŸ˜…
Kahwin tu kahwin la. Nak stop belajar buat apaa.? Tak kisah la dalam mode slow and steady pun. janji belajar? giteewwww.

Nak capai tak mudah, tapi kita kena positif.
Bukan tak pernah stress. Stress tu bertubi-tubi.
Kena selalu suntik semangat buat diri.
Dengar lagu-lagu yang boleh buatkan kita bersemangat.

Bangun pagi, set matlamat, set target apa yang kita nak hari tu dan apa yang kita nak dalam hidup.

Kalau perlu tulis dalam buku, tulis.
Bila baca, kita tahu apa yang kita nak. 

 Saya nak juga rasa 4 flat
Izah selalu cakap dekat suami, 'yang saya nak jugak merasa dapat 4 flat'.
 Sem lepas, habis je last paper suami tanya ,
"Ok tak exam ? Boleh jawab?"
"Entah la yang, rasa macam tak boleh jawab. kalau dapat A pun, mungkin A- je la. tak nak ingat nak move on je sebab tak nak ganggu cuti saya."

Result pun nanti saya tak nak cek dapat berapa. 
 Biarkan ia menjadi misteri nusantara. Haha

 kena redha la dapat berapa sebab kita dah usaha sehabis mungkin.

Memang Izah tak nak cek result, buka student portal sebab nak tengok yuran yang Izah bayar dah masuk sistem ke belum.
Eh tertekan jugak tempat result tu. Kata tak nak tahu,  tapi gatai  tangan  jugak nak tekan?

 and then jeng3x!!
3,4 kali Izah ulang tengok. 
4!
4!
4!
eh biar betul? 4 flat ke ni?!

menjerittt panggil suami , yangggggggg!!!!!!
saya dapat 4 flat!!!

4 flat jugak! 


Tahniah dan terima kasih
Terus dia datang peluk and cium dekat dahi dan cakap , 'tahniah sayang'.

 "terima kasih jugak sebab awak banyak tolong saya. Jaga anak-anak bila nak study malam."

Peranan suami
Selama exam, anak-anak tak sihat. Demam, muntah dan cirit-birit.

Suami la yang banyak sangat-sangat bantu.
Bila nak study, dia ambik anak-anak main dekat ruang tamu.
Izah duk dalam bilik.
Masak pun suami tak bagi.
Makanan semua tapaw dari kedai.
Izah cuma buat makanan untuk anak-anak memandangkan dorg tak sihat.

Suami yang banyak tolong PUSH izah dari belakang supaya tak mudah patah semangat. 
Saat Izah down, dia yang banyak tenangkan dan bagi kata-kata semangat. 
Ikhlas 
 Bila kita ikhlas, kejayaan jadi kemanisan. Tak dapat apa yang kita target ianya tak jadi masalah . Boleh move on dan usaha lagi.

Kita ikhlas buat kerja sebagai isteri, sebagai suami, ikhlas laksanakan tanggungjawab, in shaa Allah ada keberkatannya.
❤️ 


  • Sebab masih syawal, nak letak jugak gambar raya. Haha 


Push to the limit
  
Setiap orang  boleh buat. Push diri kita. Kita boleh sebenarnya. Doa dan yakin.
Usaha+doa and then tawakal.

Good luck semua!
Jumpa di entri yang lain sebab banyak lagi nak share untuk pengalaman 5 tahun ni. Hehee

Salam kejayaan,mak dua orang anak.
❤️

Sunday, 16 June 2019

Selamat Hari Bapa Untuk Ayah kepada anak-anak ku!

Assalamualaikum dan salam syawal. Mood raya kami masih on.
Kalau ada buat open house jangan lupa jemput taw?😚

Berkisar Hari Bapa
Ramai yang terlepas pandang bila sebenarnya Hari Bapa. Hari bapa ni, disambut pada Ahad ke 3 bulan Jun setiap tahun.Tak lain tak bukan, hanya untuk menghargai jasa dan pengorbanan seorang bapa.
Izah pun terlepas pandang sebab tak pernah-pernah nak ambil tahu bila hari bapa memandangkan Izah yatim since umur 7 tahun.

Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa
Sebenarnya, bagi kita orang Islam ni, setiap hari kita wajib memuliakan kedua orang tua .
Sayangi dan hormati mereka sentiasa.

Bila dah jadi ibu ni, tahulah macam mana perasaan betapa inginnya anak-anak membesar menjadi seorang yang tahu hormat orang tua.

 Dan Rabb-mu menyuruh manusia untuk beribadah kepada-Nya dan selalu berbuat baik kepada orang tua. Jika salah satu atau keduanya berusia lanjut. Maka jangan mengatakan ‘ah’ dan membentaknya” (Al-Isra’ : 23)


 Happy Father's Day sayang!
Buat ayah kepada anak-anak saya, Happy Father's Day.

Terima kasih kerana jadi ayah yang baik dan bertanggungjawab buat anak-anak kita.
 Umur awak baru 21 tahun masa saya lahirkan Suhayl, tapi awak boleh bantu saya uruskan anak dan rumahtangga.
Masa pregnant tak miss awak teman saya check up.
masa pantang awak juga bersengkang mata jaga anak-anak, tak cukup dengan tu,awak hired orang untuk tolong saya dalam pantang.
Masa anak-anak sakit awak juga yang tak kisah bila anak-anak termuntah atas dada awak sampai tersembur masuk mulut awak.πŸ˜‚ 
Masa saya gugur dulu, habis je exam, awak balik rumah basuh tilam hok penuh darah.

Terima kasih untuk tugas sebagai bapa dan suami.

You did it well. πŸ‘
Nanti, saya jadi saksi depan Dia untuk semua tanggungjawab yang dah awak laksanakan.



Al-fatihah untuk hero-hero:

Al-Fatihah untuk hero-hero Izah dan suami.
Che Hussin Bin Che Mood & Hasbullah bin Hassan.
Buat yang dah kehilangan ayah, kita dalam 'boat' yang sama.
walaupun mereka dah tiada, tapi kita boleh hadiahkan bukan setakat sepotong doa tau, tapi berpotong-potong doa buat mereka.πŸ˜‡
Berpisah di alam dunia, in shaa Allah kita bertemu kembali di syurgaNya nanti.

 salam sayang semua dan selamat hari bapa. πŸ’


Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah dan menyapihnya dalam dua tahun, bersyukurlah kalian kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku lah kalian kembali” [Luqman : 14]

Read more https://almanhaj.or.id/358-wajibnya-berbakti-dan-haramnya-durhaka-kepada-kedua-orang-tua.html
Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah dan menyapihnya dalam dua tahun, bersyukurlah kalian kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku lah kalian kembali” [Luqman : 14]

Read more https://almanhaj.or.id/358-wajibnya-berbakti-dan-haramnya-durhaka-kepada-kedua-orang-tua.html
Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah lemah dan menyapihnya dalam dua tahun, bersyukurlah kalian kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku lah kalian kembali” [Luqman : 14]

Read more https://almanhaj.or.id/358-wajibnya-berbakti-dan-haramnya-durhaka-kepada-kedua-orang-tua.html

Sunday, 2 June 2019

Siapa patut kemas bag balik kampung? Suami atau Isteri? Selamat Hari Raya!








Assalamualaikum. Salam 20 Ramadan. 😊
Masuk je 20 ramadan ni, hati rasa sedih sebab bulan yang penuh rahmat, keberkatan sudah memasuki fasa-fasa akhir sebelum meninggalkan kita. Moga tahun depan kita dapat bertemu lagi. Amiin.


15 Ramadan Izah dah sampai Kelantan. Awal balik dengan niat nak habiskan bulan Ramadan di kampung. Persoalannya, siapakah yang patut kemas bag balik kampung? Suami atau isteri?


Siapa-siapa yang free.

Bagi Izah suami isteri, yang patut kemas siapa-siapa yang free. Kalau suami yang free,suamilah yang kemas. kalau isteri yang free, isteri yang kemas.
kalau dua-dua tak free, kemas sikit-sikit bila ada waktu free.


 Giliran isteri:
Masa tahun 2018, from A-Z Izah yang kemas dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar benda.
Sebab masa nak balik kampung, suami Izah demam(minggu sebelum balik suhayl masuk ward,suami banyak jaga,last-last dia yang sakit). So, dengan perut yang sudah sarat , Izah kemas semua.

Giliran suami
Kitorang ni jenis plan benda apa yang nak masuk dalam bag. Minggu sebelum balik kampung, suami tanya Izah baju raya anak-anak Izah simpan mana? Dia nak basuh. Siap je dia basuh and sidai, terus dia kemas masuk bag. Settle part anak-anak.

Ihsan dengan isteri
Lepas dia kemas yang anak-anak, Izah cakap the rest nanti Izah settlekan.
Berkebetulan sehari sebelum balik, kakak datang rumah buka puasa sama-sama.
So Izah banyak ketung-ketang dekat dapur dari sebelum buka puasa hingga lepas buka puasa.
 Lepas je Isyak suami start gear kemas yang selebihnya sebab dia cakap kesian Izah last year Izah dah settlekan, so tahun ni biar dia uruskan semua.

Dari kami decide untuk kemas sama-sama, akhirnya suami kemas semua sendiri sebab ihsan dengan isteri.


thank you sayang!

Tahun ni Izah just buat yang final touch je la macam susun letak depan pintu semua bag dan make sure semua barang dalam list semua dah bawa dan tak tertinggal.

Bag pertama baju anak-anak. Yang dalam plastik tu belum unboxing lagi. 



Buat check list
Check list ni penting. Izah dengan suami, ada group whatsapp nama "sudut ilmu" .
sebelum kemas bag balik kampung tu, kitorang akan list semua barang yang nak bawa balik dalam group whats app tu.
Jadi senang, suami isteri dah tahu nak packing barang apa masuk dalam bag. Kalau isteri sibuk, suami tengok je lah group dan kemas barang yang dah dihighlightkan.
senang kan?πŸ˜†

contoh list yang izah tulis masuk group



Mudahkan urusan pasangan

 Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, ALLAH memudahkannya di dunia dan akhirat. (Riwayat Ibnu Majah)


Selamat hari raya!