Dalam seminggu biasanya kitorang akan makan 3 atau 4 kali di luar. Tengok mood jugak. Tapi tiap kali tanya, nak makan kat mana? Masing-masing garu kepala. Yang tak gatal boleh jadi gatal tau kalau tanya nak makan kat mana?
hot spot kitorang biasanya Mee Celup Pok Li, Maggi Ketam Bistro, Jom Bali, Restoran Makan.
Kalau kitorang malas nak fikir nak makan kat mana, memang situlah yang kitorang terjah.
Semua yang kat atas ni kids friendly. Maksudnya ada menu untuk anak-anak makan.
Semalam suami suruh fikir hari ni nak makan kat mana? Pagi ni suami bangun, dia tanya dah decide nak makan mana? Izah nak senyum,tapi tergelak.
"bakpo awok suko(kenapa awak gelak)?" suami tanya dan dia pun tergelak sama.
Sebab saya tak fikir pun nak makan kat mana. π
Semalaman kot tunggu jawapan? haha
Di pendekkan cerita, Izah tanya dekat instagram. Benda boleh tanya kawan-kawan kat mana tempat makan best, buat apa tak gunakan?π
So kawan ada suggest April 24 di Bangi sentral, tapi tutup pulak masa sampai tadi.
Lagi sorang kawan suggest Itik Salai Masthar.
Suami pulak cakap nak pergi Food Valet, Kajang sebab ada daging bakar Harimau menangis
. Ahh jomss kita ikut suami. Kitorang tak pernah sampai sini taw, ni first time.
Pelbagai Pilihan di Food Valet, Kajang
Sampai je suami cakap, "eh yang Itik Salai Masthar ada jugak la kat sini" .
Macam-macam pilihan makanan ada di Food Valet, western,eastern, meretern, last-last marathon nak makan semua. haha
Itik Salai Masthar
First, kitorang pergi gerai itik salai.
Harga RM 8 semangkuk.
Suami ambik 1 mangkuk itik salai+nasi, ulam 1 ikat, tempe 3 keping, separuh biji telur masin total RM11.50.
Bila gigit isi itik , rasa smoke tu buatkan kitorang nak lagi dan lagi. Cukup pedas ,cukup lemak, cukup buatkan kitorang teringat-ingat nak datang sini lagi. haha
. Kalau yang tak tahan pedas macam kena order 2 gelas air. hihi
Menggunakan Tempurung Kelapa untuk menyalai
Bila tanya staff, dorang guna 100% tempurung kelapa untuk menyalai. Mungkin sebab tu rasa itik salai ni unik?
Menu lain
Daging Bakar Harimau menangis+sup kosong+nasi = RM13.00.
Yang ni punn sedap. Menangis jugak la makan menu ni(agak pedas, kalau anak tak duduk nogori tak digalakkan makanπ )
Rasanya, tidak mengecewakan. Sedap. π
BBQ beef crispy+nasi+sup kosong =
RM 10.
Kids nak makan pun boleh.
Sebab bila suhayl makan dia cakap ada rasa macam tomato sauce. Maknanya tak pedas la tu..
Air sirap+ Barli panas+Green Tea Jasmin+ Tea O Ais = RM 11.30
Air no komen sebab ok .
green tea Jasmin ok-ok je. for me, tak cukup umphhh. Tapi boleh minum. π
Gambaar air tak ada sebab perut duk menari riang nak makan.hahaa
Tempat selesa untuk lepak
Kalau nak bawa anak-anak atau lepak dengan kawan-kawan, tempat ni selesa dann bersih.
Surau tandas semua ada.
Meh izah belanja gambar.
Amacam, bersih tak?
Sebelum makan, jom baca doa :
![]() |
Suhayl and mertua |
Kami makan dulu!
cantik tempatnya, mknan pun nk semua sedap, itik salai masthar yg sama yg femes kt nilai tu ke?
ReplyDeleteHi, tak sure juga hihi. Rasa mcm owner sama. π
Delete